Wednesday, 3 September 2025

Kakak ~ Mukhayyam Perdana SRAI

Seminggu sebelum trial PSRA Kakak joined program Mukhayyam Perdana SRAI 2025 anjuran JAIS ni di Pusat Korikulum Negeri Selangor, di Sg Tekali Hulu Langat. Mukhayyam ni melibatkan wakil unit² beruniform dari semua SRAI di Selangor. 

Berat juga hati nak bagi izin sebab satunya nak trial, keduanya sebab mula tu dengar kata nak camping dalam hutan. Dan of course kami risau kalau ada aktiviti air sebab Hulu Langat ni terkenal dengan sungainya yang sentiasa jadi tumpuan ramai. Pernah berlaku kepala air dan banjir di Hulu Langat ni, itu yang risau sebenarnya. 


Akhirnya lepaskan juga mek ni pergi.
Ahli BSMM darjah 6 cuma 4 orang perempuan, jadi automatik keempat²-nya terpilih sbb cikgu bagi priority kpd murid D6. Program ni peringkat negeri, boleh tambah markah PAJSK nanti. Uniform BSMM beli semata² utk Mukhayyam ni. Pinjam baju Kak Khai (classmate Angah dulu) tapi senteng. Terpaksalah beli juga sebab ada perbarisan nanti. 

Pergi mana² mesti nak duduk dgn bestie dia. 

Seronok diorang nak bas ramai²... 
Ummi dulu pernah juga dipilih ke program Rakan Muda di Alor Star. Setiap daerah hantar 1 bas. Ummi dengan 2 orang lagi wakil Puteri Islam sekolah kami. Naik bas ramai² dengan wakil pelbagai sekolah dari daerah Baling. Kenangan masa darjah 5. Mesti Kakak pun akan ingat kenangan dia pergi Mukhayyam ni. Sebab tu Ummi sokong anak² aktif dalam pelbagai acara supaya dapat cipta kenangan dalam hidup masing² di samping dapat pelbagai manfaatlah dari program sebegini. 

Seronok tengok kehijauan tu...
Pusat Korikulum ni lengkap dengan pelbagai fasiliti as a training center. Siap ada swimming pool ye.

Boys je tidur dalam khemah manakala gegirls tidur dalam bilik. Satu dorm utk satu sekolah. Luas dorm-nya boleh muat 15 orang tak silap. 

Hiking.
Kakak satu kumpulan dgn bff Izz. Seronoklah ada geng. 

Lepas penat hiking, kena masak pulak 😅 

Sebelah malam ada Pertandingan Apresiasi Seni. Kakak tak jadi peserta tapi kawan² lain joined; Alan, Cuuk, Zhu, Najla dll... 

Pagi hari terakhir ada perbarisan. 

Pertandingan mencipta gajet.
Alhamdulillah team Kakak menang 👏🏻
No berapa tak ingat, tapi dapatlah medal. 

Masing² kemain ye show off medal, piala dan sijil 🤭
Tahniah semua! 

Jumaat lepas 29.8 tu ada penyampaian hadiah dan sijil di sekolah pula. Alhamdulillah rezeki Kakak dan kawan² yang terlibat. 
Selalunya kalau ada apa² program/pertandingan di luar, cikgu akan pegang dulu hadiah/sijil. Nanti masa perhimpunan mingguan baru disampaikan semula sijil dan hadiah kepada pemiliknya. Salah satu cara sekolah nak raikan peserta/pemenang disamping bagi motivasi kepada murid² lain. 

Alhamdulillah satu lagi pencapaian untuk Kakak. 





16 comments:

  1. Replies
    1. Iye Sueann. Dapatlah pengalaman dan pendedahan berharga alhamdulillah

      Delete
  2. Alhamdulilah....moga berjaya kakak dan kawan2nya. Pelajaran + kokurikulum.

    ReplyDelete
  3. bagus...linda pun suka nak galakkan anak2 aktif nie, tapi tulah..masing2 ada preference masing2...macam abang Mu'az tu memang takmo dah la, dia lagi suka beraktiviti dengan kawan sendiri je...
    macam abang Mueez, dia boleh je hidup kat mana2.. macam linda la.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing² ada minat masing² kan. Sapot je la mana yg depa minatkan.
      Si Kakak ni jenis semua benda nak join dan try 😇

      Delete
  4. Pencapaian terbaik ni kakak...good luck..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah kakak. Berat hati tu memang berat, risau nak melepaskan untuk aktiviti luar macam ni. Tapi untuk kebaikan, perlu juga untuk kakak. Yang penting, sentiasa diiringi dengan doa seorang ibu. Bagus program macam ni untuk mereka. Pengalaman untuk mereka belajar sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat juga hati tapi kita pun yakin cikgu akan jaga sebaiknya anak2 kita jadi pergilah asalkan bukan tempat/aktiviti yg berisiko tinggi. Biarlah dia nikmati zaman persekolahan dia 😊

      Delete
  6. tahniah kakak n team menang hadiah!
    seronoknya pergi camping camni, boleh rehatkan minda sat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rehat minda sebelum exam, Umminya yang fening ahaha

      Delete
  7. Betul, join program gini akan jadi kenangan manis dalam hidup. Girls tidur dalam dorm, oklah tak risau.

    Program Rakan Muda, sekarang semua dah jadi Rakan Tua 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang tua, program tu tetap namanya Rakan Muda ahak 😆

      Delete
  8. Bagi peluang ada anak-anak pula untuk join aktiviti begini.
    Pasti pengalaman yang sangat berharga dan akan sentiasa dikenang.

    ReplyDelete
  9. congrats kakak! bagus betul sbb join mcm2 aktiviti

    ReplyDelete