Bermula 29.8 anak² asrama balik ke rumah. Ummi yang jemput kali ni. Alhamdulillah Jumaat tengahari dan petang jalan masih clear.
Masak Sup Daging Korban (last batch) untuk dinner. Laju makan sebab lepas Maghrib Ummi Walid ada meeting ππ»
Abang pula ada kelas MAQ lepas Isyak.
Sabtu pagi - tengahari Abang ada kelas online (Fizik) dengan Dr Umair. Tajuk F4, Abang joined untuk revision. Cuti Merdeka ni pilih kelas online untuk Abang sebab nak elak keluar rumah to avoid traffic jam. Tapi rasanya tak teruk sangat kot kesesakan trafik kali ni. Maybe sebab hujung minggu ni pun long weekend (Maulud Nabi on 5.9) dan minggu depan cuti sekolah. Masa tu kot orang pakat balik kampung atau bercuti.
Tengahari Ummi Walid dan Adik pergi makan kenduri.
Ini pinggan Walid, segan nak post gambar halia di pinggan Ummi yang dah kena geget π
Lepas Asar keluar untuk early dinner. Sebab malamnya ada majlis bacaan Yasin F5 dan Abang ada kelas online Kimia (Cg Sab).
Ahad, hari Merdeka duduk rumah je layan TV.
Breakfast sambil tengok perarakan Merdeka π²πΎ
Masa Tokti nyanyi, Ummi dekat dapur dok goreng nasi ni la...
Malam off la kitchen penat dah masak sebelah siang ni ...
Sebelum Maghrib tu sempatlah layan TV kejap. Ada 2-3 cerita best; Leftenan Adnan (TV Kita - saluran 100 channel free sampai 16.9), Polis Evo (Ria) dan Seniman Bujang Lapok (Prima). Kejap² tukar channel bila time iklan sebab nak layan semua cerita π
Malam pulak anak³ nak tengok Polis Evo 3. Layannnnn....
Hj Zikri buat kenduri aqiqah cucu, dapatlah nasi goreng kampung 2 packs. Alhamdulillah rezeki dinner.
Isnin cuti Merdeka lagi tapi kena bangun awal. Masak breakfast untuk Abang. Dia kena balik asrama sebelum pukul 8 pagi sebab ada kelas persiapan untuk Syafawi Hifz SPM bermula esok.
Kali ni tak mampu dah nak tolak, kesian banyak kali sangat dah dok minta Ummi tapaukan. Lagipun pukul 10 dah nak makan jadi nasi ni taklah terperam lama.
Petang balik dari hantar Angah ke asrama ada pokok tumbang halang jalan. Kata jiran ada ribut. Kami sampai rumah dah reda sebab hanya hujan je, takde angin.
Seronok juga bila cuti panjang tak kemana² ni. Rasa panjang je masa. Jumaat ni cuti umum lagi kan.
Salam merdeka 68.
ReplyDeleteSalam Merdeka π²πΎπ²πΎπ²πΎ
DeleteTerisi minggu cuti merdeka macam2 program.
ReplyDeletePadat dgn pelbagai aktiviti alhamdulillah.
DeleteSalam kemerdekaan yang ke 68 tahun..semoga kita sentiasa ceria sihat dan dapat beramal ibadah..Aamiin
ReplyDeleteAamiin π€²π»
DeleteSA pun x kemana- mana...belikat sakit..memerap aje la kat rumah tapi pishaang sebab internet problem..wayar putuih...sabo je la..
ReplyDeleteAdoi... Double trouble tu SA huhu
DeleteYa betul Jumaat ni Maulidur Rasul. ML pun seronok cuti panjang tak kemana, spend time dengan anak-anak. Grocery shopping, cook and baking together. Alhamdulillah.
ReplyDeleteYes spent time w family is always the best even at home pun kan
DeletePenuh aktiviti terutama masak itu rasa meriah dengan macam-macam.
ReplyDeleteCukup korum itu yg terlebih rajin tu hihi
Deletesedapnya sup daging korban...meriah la ank2 asrama balik cuti pjg kan...mcm2 menu ummi masak
ReplyDeleteBanyak juadah PH masak. Saya tak ke mana juga long weekend merdeka, tapi rasa masa cepat je berlalu walau pun di rumah. Seronok sebab anak-anak semua ada. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSedapnya sup daging korban dgn nasi lemak tu. Cuti panjang saya prefer tak kemana2 sbb confirm jem highway π
ReplyDeleteSaya kalau Long weekend, memang memilih di rumah saja. Sebab mana2 tempat wisata pasti crowded.dan harga2 langsung naik π. Dah paling betul, di rumah, masak atau pesan makan, laku menonton Netflix π
ReplyDeleteBest tu dapat merasa lagi daging korban. Bukan halia je pandai menyamar jadi ayam, kadang cili hijau pun pandai menyamar jadi kacang. hihi..selalu terkena. Nasib kita okay je kalau pedas.
ReplyDeleteHari yang sibuk, malam memang surrender lah nak masak-masak ni. Alhamdulillah rezeki dapat nasi goreng untuk dinner.
Memang seronok cuti panjang kalau tak kemana-mana. Dapat rehat lama. Minggu ni cuti panjang lagi. yeay!
Betul lah.. cuti merdeka tu jalan clear je.. surprisingly..
ReplyDeletemungkin ramai yang plan berjalan masa cuti sekolah nanti.
terliur sup tu
ReplyDelete