Usai bersarapan di Maiishelloud, terus kami gerak ke destinasi seterusnya. Cuti² Selangor je...
Kami sampai dalam pukul 9.20 pg tapi dah ramai pengunjung. Depa lagi awai nampaknya...
Untuk kami sekeluarga;
4 dewasa x RM15
2 kanak² x RM10
Total: RM80
Dalam ni haiwan² diletakkan dalam sangkar/kandang ikut species masing². Nanti boleh bagi makan haiwan² ni....
Sampai dekat kandang besar ni... Ada pelbagai haiwan dalam ni termasuk rusa. Tak tahulah kenapa rusa jantan ni marah betul dengan kitorang ๐ซฃ Nak bagi ayam² makan, dia datang siap angkat² kaki dan buat memek muka macam marah.....senget² mulut dia huhu... Risau juga jadi kami ke tempat lain je la. Malas nak gaduh hahaha...
Nota: Kami pernah melawat ladang termakan lembu di Juasseh Agro Park beberapa tahun lepas.
Penat berjalan singgah la makan aiskrim sat...
Free je sebab dah bayar harga tiket tadi kan...
Untuk naik tractor ni better pakai face mask dan sunglasses sebab jalan berdebu. Ummi tutup muka dengan tudung je la, tak tahan debu tu. Kita tak tahu so takdelah prepare awal kan...
Tractor ni bawa kita pusing² ladang ni. Ride dalam 20 minit kot...
Selain produk tenusu ada juga freshly picked veges & fruits. Ikut hati nak beli tapi sebab ada lagi destinasi seterusnya terpaksalah lupakan hasrat hati. Teringin sangat Butter FF tu tapi takut cair di tengah jalan pulak ๐
Alhamdulillah it was an enjoyable trip.

Niceeee. Cute betul part rusa jantan tu marah๐คฃ๐คฃ๐คฃ
ReplyDeleteBad mood orang ramai kot haha
DeleteDatang tak kena time nie...
ReplyDeleteHihi...
DeleteDah plan lama nak bawak anak2 ke sini tak berkesempatan lagi.
ReplyDeleteNanti datanglah Cie... Nice juga tempat ni
DeleteIngatkan kita awal, rupa-rupanya ada lagi awal ya. Tapi best jugak, meriahhhh.
ReplyDeleteItulah..bas pelancong, bas tadika semua lagi awal hihi
Deleteanak² suka dtg sini. School trip anak² Pasti tahun ni katanya ke Farm Fresh. Excited kakak Fatima & Nusayba nak join.
ReplyDeleteSemalam pun ada kanak² ribena... Chinese kindie :)
DeleteKenapa rusa tu bad mood?. Oh PH dah sampai. Kita pun dah sampai juga.
ReplyDeleteEntahlah...jeles kot kitorg bagi ayam je makan ahaha ๐
DeleteJap... kenapa uncle turut ternyanyi lagu ayam tu? Haih!
ReplyDeleteHaha ๐๐๐
DeleteAda sayur jugak rupanya kat sini.. bestnya.. cuti sekolah confirm ramai org, sampai rusa pn badmood malas nk layan pengunjung ๐
ReplyDeletePenat ramai sangat orang kan, itu yg bad mood haha
DeleteFarm fresh ini jenama susu bukan? Kalo tak salah ada lihat susu dengan nama farm fresh.
ReplyDeleteKalo kesana, confirm kandang ular sawah tak akan saya lihat ๐คฃ๐คฃ. Takuuut ๐
Ya betul Fanny
DeleteIni ladangnya :)
Akk pun tak berani dekat sama kandang ular haha
Kami 3 beranak bukan main plan nak pi sini..nak pakai baju kaler putih and buat photoshoot...erm...bila la lepas nak pi...
ReplyDeleteLawa tu SA kalau pakat pakai sedondon esp putih...sbb kat sini banyak kawasan hijau
DeleteSelangor banyak tempat² menarik. Seronoklah semua dapat tengok dan bagi makan haiwan. Dapat naik truck semua tu. Mestilah enjoy. Juasseh Agro Park tu ada lagi ke tak ek. Macam best juga kalau dapat pergi sebab dah dekat.
ReplyDeleteNak pergi jauh² pun byk komitmen Fiza...Abg byk homework dan kelas...
DeleteTak sure la Juasseh AF tu masih ada ke tak. Kena check dulu sbb jauh ke dalam juga tempat tu
Boleh masuk dalam bucket list ni.
ReplyDeleteNampak menarik.