Thursday, 5 June 2025

3.6 | Service Aircond & etc


Panggil H, our aircond man untuk service aircond di master bedroom kami. 

Sebelum ni set 24°C w full kipas pun tak sejuk. Sekarang set 27°C pun sejuk ya amat. Banyak habuk kata H. Gas ada lagi. Puashati kerja dia, teliti dan kemas. 

Sambil tu minta H tolong buat beberapa perkara lagi.

Pasang wall fan dan baby fan di bilik Kakak dan Adik. Ceiling fan yang lama terpaksa diturunkan sebab sangkut pada wardrobe yang baru dipasang tu. 

Masa ukur contractor kata lepas tapi blla pasang tak lepas pula blade kipas tu dalam 2 inci. Sebab bawah wardrobe tu kan ada macam platform sikit itu yang ukurannya lari sikit. 

Sampai 2 kipas Walid beli untuk bilik depa. 
Wall fan Mitsubishi sama dgn wall fan dapur Ummi. Manakala baby fan tu jenama Rezo, first time beli jenama ni. Dah namanya baby fan, manja² je putarannya. Kena buka full swing baru sejuk kata Kakak. Harga (for record) RM230 dan RM200 respectively

Minta juga H gantikan cover suis ni. Bilik anak jantan, hilang habis cover pun. Tekan suis macam nak bergaduh. Geram je Ummi Walid tengok ๐Ÿคจ

Total upah;


Ironinya, bila aircond dah sejuk hujan pulak turun :) 2 hari berturut² dah hujan di tempat kami alhamdulillah. 

Hujan 7 Zulhijjah semalam.
Siap ambil video sebab excited dah lama tak hujan lebat gini :D 


25 comments:

  1. hujan lebat gini kalau bukak aircond memang gigil laaa hahaha

    ReplyDelete
  2. mmg sllu kejadian cmtu, masa econ kurang elok, hari panasssss.. bila eocn dah servis, hujannn pulak ehehehe

    ReplyDelete
  3. Kat Lipis ni panas betul. Ada la juga hujan kadang2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Gombak pun. Kalau hari panas tu mmg bahang betul

      Delete
  4. Tidak boleh alih jauh sedikit ya kipas siling daripada almari?
    Bagusnya jumpa orang yang teliti buat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya port dekat situ. Kalau alih kipas terpaksa ubah port tu lagi banyak kerja.

      Alhamdulillah boleh diharap H ni

      Delete
  5. Sini pun panas semalam, hari ni mendung pulak tp x hujan.. bila mendung jd malas pulak dh ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mendung best golek² depan TV ahaha

      Delete
  6. vkend aritu panas...buka ekon pn tk rasa sgt..skarang tido kt hall sejuk skit...panas dijangka beretrusan sehingga sept...tp ada masa ujan lebat mmg tkpayah on ekon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun kalau panas sangat tidur dekat hall juga .. sejuk sbb ruang terbuka dan lebih luas compared to bilik tidur tu

      Delete
  7. Alhamdulilah hujan juga kan PH...Idak ya allah panas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kadang tu tengahari pun mandi ... Rasa panas dan belengas huhu

      Delete
  8. Sama harga servis dgn our ekon guy. Haritu my sister kene 250, gila mencekik betul org tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga kena harga yg mahal Ammi. Mula tu okay tp after few times kita engaged dia buat kerja tak memuaskan hati pulak. Itu yg tukar orang ni.

      Delete
  9. Lebih kurang je harga kat sini...2 hari ni hujan...best...

    ReplyDelete
  10. yeayyy... sejuk dah lepas servis.
    Puashati boleh servis benda lain.

    ReplyDelete
  11. Saya malah menunggu kapanlah panas ๐Ÿคฃ. Dah pening kepala baju susah kering. ๐Ÿ˜…

    Kalau ketemu teknisi yg bagus kerja, rapi, teliti, memang sukaaa lah. Pasti JD langganan.

    Lihat temperature aircond kakak, kalo saya dan suami awal2 ribut juga. Sebab saya tak kuat panas. JD AC dari dulu memang harus 16 + kipas angin ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Suami saya tak masalah AC 16, tapi fan ini yg dia tak suka ๐Ÿ˜‚. Lama2 paham juga, istrinya lah pula putri es ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh 16°C itu nanti mahal bil letriknya Fanny ๐Ÿซฃ

      Akk pun ngak bisa tidur tanpa A/C ya...kalau boleh 24 jam mau ber-a/c saja haha

      Delete
  12. MZ service aircond rate RM150 (dh bertahun2 service dgn org/syarikat yg sama)

    ReplyDelete
  13. Lama-lama pakai, aircond pun perlu ‘me time’ juga servis dulu, baru sejuk balik macam dulu. Biar angin keluar segar,

    ReplyDelete