Monday, 11 December 2023

Selamat Pengantin Baru ~ Hazim & Aisyah

Tahniah pasangan sama cantik sama padan; Hazim & Aisyah. 

Ke Bandar Warisan Puteri buat kali kedua, dalam tempoh 3 bulan. Kali pertama ke sini meraikan Hari bahagia SA bulan 9 tempohari. Kali ni kami raikan hari bahagia bekas rakan sekerja Walid di AF dulu. 

Kali ni Waze bawa kami lalu exit Ampangan, dari LEKAS. Rasa lagi dekat ikut sini... Masa wedding SA kami ikut Temiang. Dua kali datang, 2x jalan berbeza, seronok! 

Event venue...
Masa wedding SA hari tu kami tersesat ke sini, itu yang kali ni senang je cari tempatnya. 

Cantik sungguh ukiran kayu di gerbang utama menuju ke dalam dewan. Halus dan mempunyai nilai estestika yang tinggi. 
Berapa lama agaknya masa yang diambil untuk siapkan ukiran ni kan ... 

Jom masuk dewan... Lapar dah ni :D

Lauk daging tu Ummi suka sangat. Nak kata rendang tak macam rendang sangat rasanya, tapi ada rasa serai yang menonjol. Sesekali teringat rasanya akan² gulai serai lengkuas airtangan Tok. 

Kambing golek dan cendol. Dua² sedap, secukup rasa belaka. Semalam pula panas betul, hirup cendol rasa nyaman sekali :) 

Tak silap Ummi Jiboi ni kampung Mrs A :D  Mrs A kenal kot vendor  ni hehe ... 

Dapat buah tangan berupa beras basmati keluaran Faiza. Pertama kali dapat beras di majlis kahwin, Ummi super excited :D Sebelum ni pernah dapat kicap, sos... 

Sekali lagi, terima kasih atas undangan untuk kami. Semoga Hazim & Aisyah berbahagia dan kekal berjodoh hingga ke syurga aamin 🤲

Keluar dari sini, kami terjah rumah SA! Singgah sebentar nak bagi barang. Itu hari SA ada komen, tanya jenama bihun Ummi guna. Alang-alang sampai area sini, Ummi bawa sekali bihunnya. Bolehlah SA masak untuk Mak Pah. Nak singgah tak singgah tu 50-50, itu yang tak maklumkan awal dekat SA. Kalau betul nak bertandang, memang kami akan maklumkan awal. Kali ni memang plan kalau pergi pun sekadar dropped by, sementelah waktu tu waktu Zohor; orang nak makan, nak solat kan... Tak sesuai nak bertandang pun. Lagi satu kami kejar masa, nak ziarah anak bujang di asrama. Apapun, seronok jumpa SA semalam. Ada rezeki jumpa lagi. Maaf tau, main terjah je semalam 🙏



9 comments:

  1. Moga berbahagia sehingga ke syurga

    ReplyDelete
  2. wow.. brp gram beras utk doorgift tu PH? sy pun dh beli beras 5kg utk exchange gift ofis jumaat ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru utk mempelai. Mesti Mak Pah seronok dapat bihun dari PH.

    ReplyDelete
  4. Klasiknya dewan ni. Ukiran kayu ni cantik.

    ReplyDelete
  5. Wah…saling menerima dan memberi rezeki ni.
    Alhamdulillah…dua-dua pun buat hati bahagia.

    ReplyDelete
  6. Cendol songkok tinggi ni antara cendol top kat seremban kalau ada majlis tapi ammi rasa macam so-so je cendolnya

    ReplyDelete
  7. Memang seronok kalau dapat buah tangan beras. Pernah dapat.

    ReplyDelete
  8. Yang kelakar SA ingat OP SA nyer wife dtg hantar album gambar..confident SA..sekali eh..macam kenal..eh..itu En Hazel..eh..PH laaa...dah la tengah panas kan..xper la ada rezeki nanti Mak Pah dah sihat..insyaallah SA plan nak buat doa selamat skit..nanti SA maklum kalau jadi...lepas tu sampai ke sudah OP x sampai2..hahahaha

    ReplyDelete
  9. Saya sukaaa tiap baca souvenirs orang menikah di Malaysia. Krn menurut saya unik, sampai beras pun bisa jadi souvenir. Rasanya saya tak pernah lihat pernikahan di Indonesia KSH souvenirs beras. Bisa jadi ide ini kalo anak saya nanti menikah 😄

    ReplyDelete