Kelmarin 23/9 ke sekolah Abang untuk Majlis Dialog Prestasi Bersama Ibu Bapa (Peperiksaan Pertengahan Tahun - PPT 2022). Kali pertama (tahun lepas PdPR), ingatkan macam report card day di SRAI. Rupanya parents bertemu guru-guru subjek untuk membincangkan prestasi anak masing-masing. Berdasarkan input dari parents lebih senior, tak perlu jumpa semua guru, tapi pilih subjek yang anak kita lemah. Ok, faham. Hari Jumaat, masa suntuk. Nak jumpa 11 orang guru (11 subjek) memang tak dapatlah. Tambahan pula semua form terlibat.
Dalam dewan...
Ada subjek kena jumpa cikgu di dewan, ada di lab, ada di surau...sebab tu kena arrange masa elok-elok. Nak kejar masa untuk ambil Adik dan Kakak lagi...
Hari Khamis result PPT dah boleh akses di link yang diberikan jadi Ummi dah tahulah nak jumpa cikgu mana berdasarkan gred yang Abang dapat tu.
Diskusi dengan Cg Sejarah. Subjek Sejarah dah jadi subjek teras, wajib lulus dalam SPM nanti. Key dia kena baca buku dan hafal fakta ye Abang. Kertas 2 yang soalan KBAT tu kena banyak ambil tahu perkembangan semasa dan pengetahuan am. Tengok berita, baca suratkhabar.
Ummi jumpa Laoshi untuk subjek Bahasa Cina Komunikasi. Walaupun grednya tak cantik, tapi Laoshi kata berdasarkan markah PBD tu Abang boleh improve lagi subjek ni. Perlu ke hantar tuition? No need kata Laoshi. Risaulah Ummi, nak ajar sendiri tak reti kan...
Then met his English teacher, just to say hello sebab takde orang jumpa Tr. masa ni. Alhamdulillah subjek BI ni Abang ok. Cuma nak kena push untuk better grade.
Habis jumpa Tr. barulah Abang muncul. Seeloknya bawa anak sekali time jumpa cikgu tapi Abang ada hal pengawas dia tu...
Then beratur pulak >1/2 jam juga dalam lab nak jumpa cikgu Matematik. Subjek Math ni pulak kalau ikut KSSM baru ni, kalau jawapan betul tapi jalan kira salah pun tak dapat markah (utk Kertas 2) 🙆 Complicated betul. Sudahlah silibus tinggi, maunya students tak stress. Jawapan betul pun tak dapat markah :( Jadi, cikgu pesan kalau nak beli buku latihan, beli buku yang ada jawapan lengkap dengan jalan kira. Dari situ, pelajar boleh study cara menyelesaikan sesuatu soalan.
Penat jumpa 4 orang cikgu in a row, isi perut kejap :D
Last but not least, jumpa Ust AR, guru halaqah. Ikutkan pencapaian Abang dalam hafazan sangat baik tapi tak manis pula jika tak mengadap Ustaz. Lagipun belum pernah bertemu mata dengan Ustaz sebelum ni. Dapatlah bertukar-tukar fikiran khusus untuk mantapkan hafazan Abang.
Secara keseluruhan, markah PBD Abang sangat baik, begitu juga kedudukan dalam kelas & tingkatan. Tapi, peratusan markah dan gred tak berapa cantik. Kena banyak usaha lagi. Para guru pun akui, batch Abang ni mencabar sebab batch yang tiada UPSR dan hampir setahun PdPR. Bukan setakat masalah akademik, tapi masalah attitude pun ada juga.
Takpe Abang, teruskan usaha. PAT nanti perbaiki gred ye. Love u as always 😘
#tiber :p
Tahniah, abang. Walaupun setahun PdPR, abg tunjuk prestasi yg baik. Rasanya masalah attitude zero, kan. Semoga yg baik2 sahaja utk abang di akhirnya nanti, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteAamin aamin tq Aunty SK 😘
DeleteTahniah ibu dan anak ,guru-guru serta yang lain...semua pun ada peranan masing-masing kan..termasuk adik beradik juga..
ReplyDeleteTengok silibus bebudak sekarang memang serem...
Wah,umi makan nasi goreng kantin yer..
Sambil makan tu digamit nostalgia zaman persekolahan tak?hihihi
Betul MC, kadang x reti nak ajar pun :(
DeleteOf coz la, teringat nasi goreng kantin sekolah dulu2... 5 kupang ja sepiring tu :D
Elok juga bertemu mata dengan guru-guru yang mengajar untuk dapat pandangan.
ReplyDeleteMemang tidak terkejar masa kalau jumpa semua guru. Setiap guru peruntukan berapa minit ya?
Tak ade limit... Cuma kena consider parents lain yg sedang beratur juga :)
ReplyDelete