Alhamdulillah ada rezeki anak kesayangan Ummi ni naik pentas terima hadiah untuk Musabaqah tempohari. Dapat masuk final hari tu pun Ummi dah syukur sangat. Yang penting nak bina keyakinan diri dan raih pengalaman di samping dapatlah murajaah juzuk-juzuk yang dah dihafal.
Bila guru kelas, Ust A share keputusan dan gambar, gembira tak terkatalah Ummi ni :D
Dapat tempat ke-4 alhamdulillah. Luth dapat Naib Johan. Keempat-empat ni satu dorm pulak tu :D Walaupun Ustaz kata kualiti hafazan rendah tapi takpa, rezeki depa. Yang penting dapat pendedahan dan pengalaman berharga.
Gugup katanya...
Sebab tu exposure tu penting.
Dapat sijil dan wang tunai. Tak sangka ada hadiah, hatta no 4 pun. Rezeki Abang alhamdulillah. Terima kasih banyak Ustaz atas dorongan, tunjuk ajar dan bimbingan.
Bergambar bersama Ust AR, guru halaqah Abang. Kata Abang, halaqah depa tempat ke-4 terbaik dari 20 halaqah yang ada. Patutlah Ustaz pun dapat sijil :D
Mudah-mudahan lebih banyak kejayaan menanti Abang di hadapan 🤲
Kusyuk menikmati nasi goreng Ummi. Happy sampai tak pandang dah takoyaki Walid beli tu. Ziarah sempena cuti Hari Malaysia. Tak puas dan rindu sebenarnya nak luangkan masa dengan Abang sebab dia balik awal ke asrama minggu lepas.
Tahniah Abang dapat tempat ke-4!
ReplyDeleteAlhamdulillah tq Carneyz.
DeleteTahniah Abang sekali lagi. Harap teruskan kecemerlangan.
ReplyDeleteAamin tq NA.
ReplyDeleteTahniah Fawwaz..
ReplyDeleteMacam nama salah sorang anak Ustaz Fadzil Noor
salam singgah. congrats Fawwaz. kem salma ke dia ye Ina. dulu saing - saing abg long comelnya. abg long cik ayu dh tak terkejar tahun ni. fokus ke mek ara dulu. ni nak trial psra 26hb. skrg tgh busy2 latihan rumah sukan. lps psra mestilah sukan. then seat psra betul. pastu kena gi tournament Missak (mcm sukan srai peringkat kebangsaan). bagi chance thun ni fokus byk ke adik. abg long tahun ni chill2 je bljr. malas katanya nk join beria.(asbab kecewa tak dpt jdi wakil sekolah chess mssd baru2 ni). ahaha. merajuk betul beliau
ReplyDelete