Friday, 26 June 2020

Ho ho ho balik kampung 🎢🎢🎢


Iye, balik kampung... Itu yang tak update blog tu. Biasalah, balik kampung phone letak tepi. Bila balik ke sini kalut nak catch up dengan segala homework anak-anak pula sementelah sekolah dah dibuka semula pada 24 Jun lepas. Walaupun sesi persekolahan untuk form 5 & 6 tapi guru-guru dah terima arahan untuk kembali ke sekolah. Jadi, sesi pembelajaran untuk semua tahap secara maya telah disusun supaya lebih sistematik dan lancar. Maksudnya, berdoyon-doyonlah kerja rumah untuk anak-anak yang 'masuk' ke phone Ummi πŸ˜… Tugas Ummilah pula nak monitor tugasan depa... 


OK, kita cerita pasal balik kampung pula. Jumaat malam kami bertolak ke Ipoh, bermalam di situ untuk jimat masa. Dah lama tak balik kampung jadi nak spent more times with family. Since ini dikira balik raya, kenalah balik dua-dua kampung. Adil dan saksama gitu :)

Rupa-rupanya ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung pada minggu terakhir Syawal. Ialah, selagi tak beraya dengan keluarga, selagi tu rasa tak complete raya kan? Sesak Highway Plus menuju ke utara malam tu. Ditambah pula hujan, memang complete set kata orang... Macam balik kampung nak sambut 1 Syawal.

Meriah! 

Alhamdulillah selamat sampai ke Ipoh jam 2330. Esok pagi terus bergerak ke Jitra. 

Sarapan dulu di kedai favourite, Kedai Kak Wan

Sampai di Alor Setar jam 11 pagi, singgah sekejap di Hospital Sultanah Bahiyah. Hajatnya nak ziarah Wan Lang (sepupu Tok Wan) yang admitted di ICU. Tapi disebabkan belum waktu melawat, tak dibenarkan.


Terus balik ke Jitra....
Sampai dah... 

Perasan tak?.Langit, awan kat Kedah cantik 😁

Alhamdulillah makanan untuk lunch dah ready. Thanks to Maksu & Hajar, helper Tok Umi.

Gulai ikan Seludu, Ayam Masak Kicap, gulai nangka, ulam semua ada aih! 

Seperti biasa, diari balik kampung kami penuh dengan aktiviti makan-makan dan ziarah rumah saudara-mara. Jom kita jamu mata πŸ€—

Lepas Asar, bermulalah sesi JJCM kami... 
Kedah Fried Chicken

Cucoq Udang Kuah Kacang... 4 ringgit ja 

Teh Ais... Padu ... singgit setengah ja

Jiran Tok Umi buat makan-makan...

Dinner, Una goreng nasi. Lega Makngah 😁


Next day, Ummi buat sarapan. Otak-otak beli dari member, Ciksu. All the way from Gombak...


Sizzling Yee Mee Makngah 😘

Ayaq tangan Makngah juga untuk lunch; Masak Lemak Udang + Rebung dan Sup Ayam Cendawan Shitake.



Keli Bakar + Ayam Asam by Maksu 

Petang tu Ummi pi sekali lagi ke HSB. Punyalah ramai pelawat. Ini tunggu untuk cek suhu dan tulis nama (2nd check point), belum tunggu naik lif lagi. Dalam hati, terfikir tak sempat masuk ni. Jam dah pukul 5.45pm. Waktu melawat habis jam 6.30pm.


Alhamdulillah rezeki Ummi dapat ziarah Wan Lang. Untuk wad ICU ada lif lain. Alhamdulillah syukur sangat. Ummi rapat dengan Wan Lang. Dulu mengaji Quran dengan beliau dan isteri, arwah Tok Teh. Dari Ummi dirisik  bertunang, hingga nikah dan kenduri semua Wan Lang terlibat sebab semua ni  berlaku selepas Tok Wan dah takde :( Hari ni dapat berita gembira dari kampung... Wan Lang dah sedar. Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡

Malamnya kami beraya di rumah Paksu. 

Maksu buat satay homemade πŸ˜‹

Kerahan tenaga hihi... 



Tau apa jadi malam tu? Tengah kalut Uda masak kuah steamboat, tiba-tiba black out satu taman. Candle light dinner sungguh malam tu 😁

Elok kami nak beransur, elok pula ada letrik. Masuk balik rumah Maksu, kemas dan basuh pingganlah jawabnya haha... 

Habis cerita di Jitra, esok ikut Ummi balik Baling pula ye πŸ˜‰

5 comments:

  1. tentu seronok dapat balik kampung.
    meriah sungguh makanannya

    ReplyDelete
  2. Patutlah senyap, rupanya balik kampung. Dapat juga beraya Syawal.
    Ni tunggu Aidil Adha pula.

    ReplyDelete
  3. bestnya banyak makanan sedappp!!

    ReplyDelete
  4. Seronoknya balik kampung... part makan makan tu yg menambah keseronokan..

    ReplyDelete
  5. TU dia balik dua-dua kampung sekali na...

    Memang balas dendam sungguh ni hehehee...

    ReplyDelete