Wednesday, 3 June 2020

Deko ~ Kemas Pantry & Labelling


Bila parcel IKEA sampai, bermulalah projek kemas pantry and labeling botol-botol rempah Ummi. Dah lama berhajat. Musim PKP juga terlaksana.


Asalnya dalam pantry Ummi ni tak seragam bekasnya. Takde label. Bagi ummi yang hari-hari hadap, takde masalah. Tapi, sebab nak bagi cantik dan mudahkan urusan, Ummi decide untuk reorganise my pantry dan letak label. Abang nampaknya semakin berminat dengan dapur Ummi. Nak masak itu, nak masak ini. Walid pun bangun sahur untuk puasa 6 ni, sediakan sendiri sahur bila Ummi malas bangun. Sebelum ni botol garam dan gula pun 'tersyasyul' 🤭

Sebelum...



Selepas...




Label Ummi tempah online. Tak ingat seller mana tapi dari Kuantan kalau tak silap. Label cantik, kemas tapi tak semua relevant dengan dapur Ummi. Dan ada juga label  item yang takde seperti ketumbar. But, kita boleh request untuk suit our needs. Ummi hari tu just tempah secara general. Sekarang dah ada printer di rumah, Ummi boleh buat sendiri mana yang takde dalam list seller tu. Insha Allah.

Bagi nampak wow, Ummi lekat dulu wall paper Mr DIY then baru tampal label di atasnya. 


Cantik kan?

Ini bekas plastic IKEA, Pruta. Ummi beli 2 set untuk letak gula, tepung dsbnya.



Untuk serbuk-serbuk rempah/garam/kunyit Ummi reuse botol sos spaghetti. Kimball dan Prego sama je saiznya. Untuk Prego, rendam dulu botol tu dalam air untuk tanggalkan pelekat jenama tu. Untuk Kimball senang, cabut je pelekat dia. Mudah tanggal. Banyak rupanya dalam simpanan Ummi. Cukuplah untuk segala rempah ratus yang ada tu.


Bila dah tersusun cantik macam ni, makin rajinlah Ummi ke dapur 😊

6 comments:

  1. Kemas.
    Mungkin satu hari buat label bahan-bahan.

    ReplyDelete
  2. Nampak cantik bila dah seragam label semua. Kreatif. Makin semangat lah nak memasak kat dapur camni.

    ReplyDelete
  3. cantikkk...dapur yang kemas dan organized jugak boleh jadi sumber motivasi untuk rajin memasak kan..haha

    ReplyDelete
  4. Bekas-bekas kat dapur Mrs. A pun caca-merba bila tengok PH buat ni macam nak buat la jugak. Cuma sikit advantage Mrs. A adalah semua simpan dalam kabinet so tak nampak di mata kasar.

    ReplyDelete
  5. menarik kalau letak label macam tu, saya puan nak susun semula barang didapur tu nampaknya

    ReplyDelete