Tuesday, 10 December 2019

Majlis Bertandang Uda ❤️❤️❤️


Majlis bertandang atau menyambut menantu ialah majlis di mana pihak pengantin lelaki pula mengadakan kenduri untuk meraikan mempelai. Giliran kami makan kenduri di sebelah Pak Uda Ahad lepas.


[Baca sini: Majlis Nikah Uda
dan 
[Baca sini: Majlis Resepsi Uda

Pak Uda orang Kubang Pasu juga. Lepas Zohor baru kami ke sana. Seronoknya kenduri di kampung Pak Uda masih mengamalkan gotong-royong atau disebut 'pakatan' di sini. Di kampung Ummi kami panggil 'syarikat', lagi canggih haha...
Diantara ahli pakatan ni adalah tugas masing-masing; bancuh air, memasak, sendok lauk, cuci pinggan, cuci gelas dsbnya. Ummi nampak juga, sekumpulan wanita sedang membasuh gelas di bawah pokok. Alahai, teringat memori di kampung dulu. Bila ada kenduri-kendara beginilah juga suasananya. Meriah!

Lauk-pauk yang dihidangkan sedap sangat. Kari ayam dengan rebung serta kerabu tauge sangat memikat selera Ummi. Dah lama tak makan lauk sebegini di majlis-majlis kenduri. Sekali jumpa lepas geram kata orang... Mujur tak bertambah :D

Usai makan, kami dijemput ke dalam rumah untuk sesi bergambar. Sama juga seperti di pihak kami, tiada pelamin mahu pun acara bersanding.


Pulut Kuning untuk pengantin 

Tema kami peach/coklat. Adik pakai one of the baju kurungs yang Zahra bagi. Cekak cantik tu Ummi beli dekat  Mr DIY je, < RM3/pcs. Ramai puji cekak tu cantik.


Ini time nak balik... 

Ada pula orang jual aiskrim... Budak-budak ni 'pau' paklong. Biasalah kalau kenduri di kampung-kampung penjual aiskrim akan datang mencari rezeki. Belum pernah Ummi jumpa lagi pihak tuan rumah sediakan aiskrim seperti kenduri di bandar.


Buah tangan dari keluarga Pak Uda. Murah hati sungguh bagi seorang satu untuk kami sekeluarga. Bekas kaca ni diisi jajan. Bolehlah Ummi jadikan hiasan atau bekas kuih nanti.

Alhamdulillah selesai sudah majlis kahwin adik kami nan seorang ni. Pengantin pun dah selamat pergi honeymoon di Langkawi. Ummi petik nasihat Toktam untuk panduan Uda juga diri sendiri.

Pengantin pilih warna blue black untuk majlis ni. 

Moga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga aamiin.

4 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat Adik PH semoga sampai syurga.
    Kalau kat kampung Mrs. A panggil rewang, kat Kubang Pasu panggil pakatan ya dah macam kerajaan pulak hiks!

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru buat adik PH...suka kenduri area kampung sebab suka makanan dan masakan kampung...

    ReplyDelete