Thursday, 19 December 2019

Abang ~ Result UPKK 2019


Kelmarin (18/12/2019) result UPKK dah keluar. Allahu debarnya nak tunggu pukul 11 tu rasa macam berdebar nak masuk dewan bedah (OT) time nak bersalinkan anak-anak ni haha... I is nervous :D

Ummi checked thru SMS. Took about 1/2 hour juga to get the reply. All channels were congested sebab satu Malaysia gunakan... Ada 3 cara utk check; website JAKIM, SMS dan portal mygovernment.


Dalam Ummi menunggu tu, ada yang dah start share result anak masing-masing. Rata-rata dapat 8A. Bertambahlah debaran Ummi ni bila tau result kawan-kawan Abang.

Akhirnya dapat juga result Abang, dapat 7A. Alhamdulillah. Ummi yakin Abang dah cuba yang terbaik. Adalah tu kekurangan di mana-mana yang Allah tak izinkan Abang dapat straight As. Mungkin juga Allah nak tunjuk dekat Abang  supaya lebih fokus sewaktu jawab exam. Bukan setakat fokus waktu study dan ulangkaji. As his mother, I knew it very well his weaknesses. Abang kena ubah attitude dia yang "nak cepat habis jawab exam sebab kawan-kawan dah siap". Tahun depan nak ambil UPSR ni. Maybe juga dia over confidence. And Ummi juga ambil iktibar dan kena banyak muhasabah diri. Ummi kena lebih tolerate dan tidak terlalu bagi tekanan pada Abang.

Nak kata kecewa tu tidaklah, cuma sejujurnya sedih juga sebab Abang tak dapat 8A. Ramai pula kawan-kawannya yang dapat 8A. 48 orang semuanya, the highest scores in 3 years. Sedihlah sebab Abang tak 'sangkut' dalam 48 orang tu sebab dia pun ada harapan. Abang pun cakap, "Abang doa bagi kawan-kawan dapat 8A, Abang yang tak dapat 8A..." huhuhu... Allah simpan dulu doa tu untuk future, Abang jangan give up ye 😘

 But as Walid said to me "don't compare with others Ummi..." Rezeki masing-masingkan, Ummi redha. Perhaps it would be a turning point for him to put more effort and to change his attitudes.

 Suka dengan msg positive dari Mama Muaz ni 👍

Tapi Ummi berleterlah juga kat dia 🤭 Saja ambil peluang untuk boost motivation dia. Dah habis Ummi bersyarah tu, dia tanya, "Ada hadiah tak Ummi?" So innocent haha... Taktaulah nak marah ke gelak :D 


Congrats Abang 💐💐💐

Kalau ada yang nak semak keputusan, boleh berbuat demikian. Ummi pun baru tahu maklumlah baru first time anak ambil peperiksaan macam ni. Zaman Ummi dulu, terima aje apa keputusannya. Jangan kata nak buat semakan semula, nak buat rayuan ke apa pun takde peluang. 

Ini untuk sekolah di Selangor ye. Katanya semakan ikut negeri masing-masing. 

Tahniah ye semua. Moga kejayaan sentiasa mengiringi anak-anak kita aamiin. 

12 comments:

  1. Tahniah..7A pun dah hebat..takpe jauh lagi perjalanan abang kan...

    ReplyDelete
  2. tahniah abang. sama keputusan dengan Kyra. Ammi ingatkan Sirah dia yg B..rupa-rupanya Ulum Syariah

    ReplyDelete
  3. Tahniah, nanti bolehlah masuk sekolah menengah agama =))

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...tahniah dah bagus sangat tu 7A, moga lebih berjaya dimasa2 akan datang

    ReplyDelete
  5. Tahniah...dah hebat dah tu...yg penting diorang dah berusaha

    ReplyDelete