Tuesday 10 December 2019

Majlis Resepsi Uda ❤️❤️❤️



Majlis resepsi perkahwinan Uda telah selamat diadakan dalam suasana sederhana tapi meriah di Clubhouse College Heights Utara. Untuk venue, menu dan catering diurus dan disediakan oleh Paklong yang juga pemilik Kolej Heights Utara Café. Tok Ayah dan Tok Umi pun hampir menjangkau usia 70-an, ada baiknya majlis diadakan dewan sahaja. Kalau buat di rumah pasti banyak kerja sebelum & selepas majlis yang perlu dibereskan.

Menu kenduri... Ada extra kambing golek 2 ekoq! 

Orang KL teruja tengok sawah padi :) Ummi abadikan photo taken by Yatie here. Cantik pula view dari udara... Pemandangan hampir sama yang menyambut kepulangan kami dari tanah suci 5 tahun lepas. 


Majlis sebelah malam. Sejuk, santai dan romantis suasananya.





Menjelang majlis, Tok Umi minta Ummi jadi emcee. Memang tidaklah kalau last minute begini hihi... Passed baton to Walidlah. Dia biasa chair meeting. Ummi dah lama pencen :D Skrip Ummi buat dalam kereta on the way ke majlis je. Siap dengan pantun 😊

Bunga teratai bunga meranti
Pokok sena di tepi istana
Mempelai tersenyum manis sekali
Moga kekal mahligai dibina

Tema biru... 



Cantik berseri Uda malam tu. Selalu je dia bermake-up tapi di tangan MUA, she looked really stunning. I'm happy for you dear!

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bila buat majlis di dewan seperti ni (dan semuanya diurus oleh pihak ketiga) kurang banyak kerja tuan rumah. Masing-masing boleh enjoy dan layan tetamu tanpa perlu fikirkan lauk pauk nak kena top-up ke, cukup ke tidak, pinggan mangkuk dah cuci ke belum dsbnya yang mungkin menjejaskan majlis. Keluarga jauh dekat semuanya hadir memeriahkan majlis alhamdulillah. Seronok dapat berkumpul dalam majlis sebegini. 

Tak ada pelamin, pengantin sampai terus ke meja santapan. Simple je... 


Keluarga pengantin lelaki. 

Sekitar jam 10.00 tetamu mula berkurang. Dapatlah kami menjamu selera. Padahal Ummi awal-awal dah santap haha... Tugas utama Ummi malam tu jaga keluarga pihak lelaki; pastikan dapat tempat duduk, arrange untuk sesi bergambar, bagi goodies bags... Bila depa dah balik, Ummi pun buatlah kerja Ummi... Makan, snap photos sana sini, berborak, sambung makan lagi ahaks! Kambing golek tu entah berapa round Ummi makan. Asal Abang ke anak-anak buah ambil, Ummi tumpang 'ngap'. Bahagia betul Makngah malam tu :D




Door gift Tok Umi bagi senaskah buku Surah-surah Amalan. 

Alhamdulillah selesai majlis sebelah kami pihak perempuan. Selang sehari majlis sebelah Pak Uda pula. 

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah dpt ahli keluarga baru..
    Majlis buat dekat dewan lebih mudah kan? Tuan rumah x penat sgt..

    ReplyDelete
  2. It was extremely all around composed and straightforward. Not at all like different online journals I have perused which are truly not that good.Thanks. Eminem is an American rapper and one of the most successful artists in hip-hop. As of 2020, Eminem net worth is now estimated to be $230 million.

    ReplyDelete