Sunday, 24 August 2025

Karpet Mur Je :)

Bahana scroll TikTok pepagi lepas selesai breakfast tu, terjebak dengan iklan jualan murah 😇

Tengok vtt ni macam meriahnya... Tapi bila sampai di sana biasa je. Takdelah menarik sangat bagi Ummi. Lain orang lain taste kan. Yang murah ada, yang mahal pun ada. Yang berkualiti ada, yang kurang berkualiti pun ada. Terpulang kpd bajet, keperluan dan pilihan masing². 

Ummi cadangnya nak beli cadar, buat salin² tapi takde yang berkenan. Ada karpet yang mur² angkatlah satu. 

RM39 je, bolehlah buat raso² :3 
Masa beli plan-nya nak letak sudut tepi/bawah tangga tapi ubah fikiran, letak dekat ruang tamu. Karpet ruang tamu alih ke sudut tu. 

Just enjoy every little thing in life, In Sha Allah kita akan rasa happy selalu 🫰🏻

Saturday, 23 August 2025

Dah Breakfast?

Pagi Ahad kena masuk ofis awal, sebab Kakak ada kelas tambahan PSRA. 

Pagi ni Ummi goreng spiral pasta ni dan rebus telur untuk sarapan. 

Sambil² siapkan sarapan, satu lagi dapur goreng ayam untuk lauk bekal dia. Ikutkan boleh order dengan pusat tuition je tapi dia boring menu sama je almost every week. Ummi goreng telur je pun takpa. Alolo sian pulak ☺️

Siaplah sambal ayam, telur rebus dan carrot sagat² je. Nanti geng dia bawa bekal juga, pakat tukar²/share lauk. Yang tak bawa bekal, pakat makan ja ahak 😆 

Ummi dulu pergi sekolah agama pun bawa bekal. Seronok makan dengan kawan² tepi kaki lima masjid atau atas menara azan. Orang Baling/Kedah panggil azan tu 'bang'. 

Orang dah azan Zohor? = Orang dah bang Zohor? 
Hah gitewww :D 

Selamat berhujung minggu. 

Repair Aircond Queen

31.7 aircond kereta Ummi start problem. Tak sejuk, sampai tahap kena buka tingkap. Kesianlah anak² balik sekolah kepanasan :( 

Sabtu 3.8 Walid bawa ke workshop di Bolton. Mula tu katanya compressor rosak kot sebab tak sejukkan. Estimated charge RM700 huhu... 
Compressor aircond Queen ni pernah tukar tahun 2022 dulu. 

Tapi alhamdulillah bila depa check semula cuma ada bocor dekat getah apa tak sure la, bukan masalah compressor aircond. Kos cuma RM150 alhamdulillah syukur. Masa bawa balik kereta tu seronoklah, sejuk aircond-nya. 

Malangnya, Isnin 4.8 Ummi nak gi ambik anak² sekolah tak sejuk langsung aircond tu. Hangin ye, dah la cuaca panas 😓 Bengkel suruh hantar semulalah untuk depa re-check. Terpaksalah berpanas nak tunggu hari minggu sebab Walid kerja. Ummi malas nak pergi sendiri sebab tak mahir bab ni. Masalah problem aircond Queen ni Walid je tau. 

9.8 tu masuk bengkel semula. Ada bocor lagi rupanya dan gas aircond pun memang zero dah. Geram juga sebab awal tu kenapalah tak check betul² :( 


Alhamdulillah lepas masuk bengkel kali kedua ni dah elok dah aircond Queen. 
Semoga baik² selalu ye. 


Friday, 22 August 2025

Recap ~ Week 33, 2025

Week 32 ✅
Week 33: 13/8-19/8, 2025

RABU 13.8 Tot ambil vaksin tahunan. Kena tulis dalam blog, takut lupa tarikh almaklumlah setahun dari tarikh ni kena bawa dia ke klinik. Balik vaksin dia tak demam, bolehlah belajar buat craft dengan Adik 😆

KHAMIS Hujan! Excited sebab hujan setelah seminggu dua tak hujan lebat gini. 

JUMAAT Hari Bicara Prestasi SRAI. Macam² namakan sekarang ni... Ada Hari Jaya Waris, Hari Bicara Akademik... Ada lagi yang agak pelik namanya bagi Ummi tapi lupa 😅

SABTU Pergi UTC Keramat nak tukar KP Ummi. Hujung bulan ni kan nak dapat duit SARA. KP Ummi ni memang kena tukarlah sbb dah >10 tahun tak tukar. Takut cipnya rosak. Tapi itulah, JPN dekat UTC Keramat ni tutup sementara untuk renovation

AHAD Program Halatuju Murid T6. Petang hantar Angah balik asrama. 

ISNIN Nampak poster ni masa morning walk. Larian Neon Fun Run ni dekat Prima SG je, malam merdeka nanti. MZ, Carneyz, Linda jom! Jom la semua yang duduk dekat² Sri Gombak ni. 

SELASA Bila mood rajin tu mai, segala alat dikeluarkan untuk bersihkan rumah; penyapu moden, bulu ayam moden... 

Hari tu blogger Anies ada tanya betul ke so-so je performance Handheld Vacuum Karcher ni. Tak juga sebenarnya sebab tengok tu, dia boleh sedut rubber band kira kuat jugalah kan suction tu. Cumanya I was comparing suction cordless vacuum ni dengan vacuum yang lebih besar kapasitinya dan yang guna direct letrik (plug in). It's not fair to compare those two but begitulah nak bagitau perbezaannya. It was my bad anyway 🙏🏻 







Thursday, 21 August 2025

Annual Vaccine Tot

Sepatutnya bawa dia ambil vaccine tahunan 8.8 tapi Ummi lupa. Plus Jumaat Klinik Aira tutup. Hari Rabu 13.8 baru berkesempatan bawa mek ni pergi klinik. 


Kejap je procedure-nya. Timbang berat (3.8kg) dan ambil suhu. Kemudian baru jab. Ummi minta Doc potong kuku dia sekali. Suka sangat cakar sofa 😬


One year from now pulak kena datang untuk vaccine


Wednesday, 20 August 2025

Tangkap Ular

Baru je petang semalam up entry Petting Zoo @ SRAI yang ada ular tu... Tup² malam tadi kejiranan kami kecoh dengan kehadiran Sang Batik aka Ular Sawa. 

Mula tu ada jiran lorong belakang maklumkan dia nampak ular sawa masuk ke longkang depan rumah jiran² selorongnya. Sekitar jam 8.45 mlm dan ular tu anggaran sebesar lengan dia katanya. Dan dia kata lagi, lengan dia tak besar, lebih kurang besar kucing. Lega sikit dengar tapi tetaplah suruh Adik tutup segala tingkap² bilik semua.

Tak lama kemudian dapat ditangkap ular tu! 

Dia masuk dalam enjin kereta Uncle Jepp. 

Panjang adalah 2-3 meter. 
Ummi yang lurus bendol ni dok ingat kecik je la bila kata saiz kucing tu 😓 

Besar! 

Sempat lagi nak belit lengan En M yang tangkap dia. Berani EM ni. Ummi tengok video ni pun serammmmm

Selamat masuk dalam guni. 

Diserahkan kepada APM untuk tindakah seterusnya. Katanya akan dilepaskan di habitat semulajadi yang selamat. 

Terima kasih dan tahniah jiran² yang sepakat dan berani 👍🏻👍🏻👍🏻 
Walaupun masing² sibuk dengan urusan harian tapi bila ada musibah begini semua turun padang. Semoga semangat kejiranan kita sentiasa utuh. Jiran sepakat membawa berkat In Sha Allah. 

Petting Zoo @ SRAI

Sempena Minggu Sains SRAI, Panitia Sains mengadakan pelbagai acara menarik untuk murid² termasuk petting zoo di sekolah. 

Setiap kelas tu diberi masa ½ jam untuk masuk ke petting zoo ni secara bergilir².  Masuk percuma je. 

Ummi tanya depa, skunk ni tak busuk ke? 
Itu kalau dia kent** je Ummi kata Kakak 😂
Kan ada movie apatah tak ingat yang scunk tu berbau busuk. Itu yang Ummi ingat skunk ni busuk setiap masa hihi....

Anak² kata seronok... Ialah budak² memang sukalah tengok haiwan kan. Ummi pun okay je, suka haiwan kecuali yang bawah ni 👇🏻

Tengok gambar ni pun Ummi meremang. 
Tak tau macamana Cg M bole cakap comel 😅 

Anyway, good job Panitia Sains 👍🏻👍🏻👍🏻
Program di luar bilik darjah begini bagus dan menyeronokkan untuk murid².