Thursday, 24 October 2024

Tinggal Kenangan ~ Pokok Besar & Pokok Jambu

Pokok besar dekat rumah kami dah kena tebang, untuk bagi laluan kpd pembinaan SRA sementara. SRA sedia ada nak dibangunkan semula. 

Pokok ni dah ada sejak kami beli rumah ni, hampir 20 tahun dulu. Kalau tengok batangnya, boleh sampai 3 pemeluk dewasa, means dalam 30 tahun usianya. 

Banyak juga kenangan tercipta dgn pokok besar ni. Kenangan anak²lah, tempat depa main kan... Masa PKP, tak boleh balik raya tu pokok besar ni lah port bergambar kami. Nampak macam suasana kampunglah sikit ada hijau² ... 

Kerja penebangan bermula 2.9, selama 4 hari (ikut notis dari MPS) tapi bersambung selama seminggu. 

Hari pertama...
Sedih la pulak ๐Ÿ˜Œ

Dua hari kemudian... Pokok besar dah tinggal dahan :( 

Pokok nangka Tok ni Ummi upah pekerja² tu tolong potong sekali. Alang² depa pun ada chainsaw dan tong roro tu, mudahlah kerjanya. Nak potong sendiri takde alat dan nak buang garden waste pun susah juga, lori datang tak ikut jadual. Terbiar lama tak sedap pula mata memandang. 

Pokok Jambu Kampung ni pun Ummi minta depa tolong tebang. Pokoknya dah tua dan dahan besar tu makin hala ke jalan jadi ada baiknya ditebang terus, takut bahaya kepada orang/kenderaan. 



Dua-dua hanya tinggal kenangan ๐Ÿ˜Œ




Wednesday, 23 October 2024

Menang Anniversary GA by Cie

Hari tu kan Cie ada buat GA segment sempena anniversary -nya. Alhamdulillah rezeki Ummi jadi antara pemenangnya. Tahniah juga utk pemenang² lain, termasuk SA ๐ŸŒน

Pemenang dipilih melalui Wheels of Name. Alhamdulillah nama Ummi sangkut :) 

Moh la kita tuntut hadiahnya ahak! 

Hadiah sampai 17.10. 
(Maaf Cie,  lambat sikit up entry ๐Ÿ™)

Dibalut kemas ๐Ÿ‘๐Ÿป 
Tapi wangi sabun tu tetap semerbak w/pun belum buka bubble wrap ni... Kalau dah buka peknya dan guna utk basuh baju mesti lagi wangi ni. 

Inilah hadiahnya... 
Beserta nota tulisan tangan Cie, ada personal touch gitewww ๐Ÿฉท

Tqsm Cie. 
Semoga luas rezeki Cie selalu hendaknya ๐Ÿคฒ๐Ÿป 





Bubur Gandum, Bubur Caca

Boleh kata setiap kali beli makanan dekat Acik LRT tu akan dapatlah bubur ke, kuih ke dia sedekah utk habiskan jualan. 

Kelmarin dapat Bubur Gandum 
Lama dah tak makan BG ni. Nak masak sendiri memang taklah sebab Ummi sorang je makan.

Ini pula Bubur Caca, bubur favorite arwah Tok Wan. Tok buat sendiri je, dari bancuhan tepung hingga tenyeh² (sorry tak tau apa word yg sesuai) dekat penapis yang jarang² tu. Macam buat cendol homemade tu. Dulu semua dibuat sendiri, dari scratch. Nak dapatkan santan pun kena kait kelapa, kukur kelapa...  Sekarang ready made dah ada, yang warna-warni tuBalik rumah rebus, letak santan, gula dsbnya jadilah BC. 

Takoyaki ni pun percuma juga, classmate Kakak bagi. 

Alhamdulillah rezeki. 

Tuesday, 22 October 2024

Humidifier Homรกsy

Berkenan dengan humidifier dekat rumah Uncle Jeme, jadi Ummi suruh Walid beli satu. Walid beli dekat Wowshop. Fungsinya 2-in-1 sebagai oil diffuser juga. 


Barang ni sampai pada 28.8., dekat 2 bulan dah guna. 

Sebenarnya nak bagi rumah wangi je, beli oil diffuser pun takpa dah. Tak cukup buat research, pi beli humidifier ๐Ÿ˜… Tapi oklah sebab yang ni pun berfungsi sbg oil diffuser (2-in-1). 

Lampu boleh on/off

Ada warranty juga. 

Oklah, cuma tak jumpa lagi bauan yang Ummi nak utk dimasukkan dalam ni. So far letak essential oil je, tapi mild sangat baunya. 

Any suggestions? 

Breakfast Roti Canai Goreng

Walid beli beberapa keping roti canai Ahad lepas. Masing² masih kenyang makan Nasi Lemak dan Sambal Tumis Udang, jadi roti canai tu Ummi simpan dalam peti ais. Biasanya makanan² leftover ginilah jadi santapan Ummi untuk breakfast atau pun lunch. Nak masak baru tak berbaloi, makannya sorang je. Cuma Ummi olah jadi menu baru dari leftover tu. Contoh, roti canai ni Ummi buat Roti Canai Goreng. Menu ni Ummi mula kenal masa PKP dulu. 

Hiris halus roti canai. 

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih, cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam/seafood/telur then masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dsbnya. Then masukkan roti canai yg dah dihiris ni. Gaul sebati, letak garam dan bila semuanya dah masak, cukup rasanya tutup api. Ala, macam goreng nasi, bihun tu je...

It's done... 
Letaklah cili, daun bawang semua bagi berseri sikit.

Nampak macam kue tiau goreng kan? 
Rasa? Macam rasa roti canai juga.
Macam nasi goreng, tetap rasa nasi kan? 
Gitulah lebih kurang bandingannya :) 




Monday, 21 October 2024

Adik ~ Projek Sains Year 2

Canggih² tugasan sekolah anak² sekarang ni. Nak tak nak parents memang kena cakna dan involve juga. 

Tugasan yang Ummi maksudkan pada tajuk ialah tugasan litar elektrik. Rasanya Ummi dulu belajar bab litar ni masa sekolah menengah kot. Subjek Kemahiran Hidup, belajar dgn Cg Md Zain. 


Inilah tugasan Adik.
Mujurlah Cg bagitau awal, kena hantar dalam masa 3 minggu. Bahan tu kena beli sendiri. Cepat² la Ummi suruh Walid order online

Ini pun dekat Lazada dah sold out, dekat Shoppee ada lagi. Beli 2 set, standby siap² kot tak jadi. Ummi bab teknikal ni fail sikit, Walid pulak dekat Pontian masa ni. Rupanya set litar ni ada dijual juga di kedai hardware, Pustaka Rakyat pun ada katanya. Manalah Ummi tau ๐Ÿคญ

Yeay menyala! 
Semua dah siap pun, cuma masukkan bateri dan cucuk² ja. Instructions disertakan sekali ๐Ÿ‘ Senang kerja Ummi. 

Simpan sini contact info seller, senang nak rujuk jika perlu. 

Tugasannya bukan sekadar bawa set litar ni ke kelas, tapi kena sesuaikan dengan tajuk "Adiwira" 

Kreatif ye semua kawan² Adik ๐Ÿ‘
Depa semua print gambar, kami lukis tangan je sebab takde printer. Itu pun Ummilah tukang lukisnya. 


Nak lukis gambar superhero tak pandai, lukis orang gini je la... Adik warnakan. 
Kiranya Cg tu la Adiwiranya ๐Ÿ˜

Set litar tu lekat kat belakang kotak...

Yes, menyala! 
Ummi yang terlebih excited ni haha...
Siap video call Walid, nak tunjuk hasil kejayaan kami 2 beranak ๐Ÿ˜†

And boleh berdiri juga... 
Cg nak yang macam ni, senang nak display

Hasil kerja Adik terpilih utk dipamerkan masa Minggu Panitia Sains dan Cg bagi hadiah juga sebab antara yang terawal hantar tugasan. Rezeki Adik, w/pun ada yang buat lagi cantik, tapi Adiwira Adik boleh 'berdiri' jadi terpilihlah. 

Tugasan anak, tapi mak pun belajar sekalilah  gayanya ni :D 

Sunday, 20 October 2024

Nasi Lemak Sambal Tumis Udang & Pulut Kuning

Kali ni masakan Ummi berjodoh dengan Mama Yan, sama² masak Sambal Tumis Udang. Ummi masak lauk ni untuk breakfast semalam. Semua anak berkumpul, masaklah special sikit; nasi lemak untuk dimakan dengan lauk udang ni. 

Nasinya lerai kali ni, I like ... 

Dan rupanya nun di Tanah Jauhar, SK pun makan nasi lemak udang! Seronok pulak bila coincidence macam ni ๐Ÿ˜

Hari Sabtu masak Pulut Kuning. 
Jumaat tu Ummi ke pasar, beli ayam pencen seekor, buat masak rendang. Dah lama rasanya tak buat Pulut Kuning itu yang teringin. 

Pulut ada lebih sikit, Ummi simpan dalam freezer dan keluarkan semula pagi tadi. Kari Ayam tu Ummi  masak untuk lauk tengahari. Sementara anak² balik sekolah tu, Ummi layan dulu Pulut Kuning dgn Kari Ayam. Late breakfast la kiranya.