Monday, 9 August 2021

Al Fatihah ~ Siti Sarah bt Raissuddin




Berjujuran air mata Ummi dari awal pagi, saat menerima khabar duka sebaik bangun tidur hinggalah saat arwah dikebumikan. Lepas Zohor, mengalir lagi air mata bila mana ramai rakan taulan arwah mula berkongsi kisah kebaikan arwah satu persatu. Rupanya arwah sangat disenangi dan disayangi ramai. Ialah, kita yang tak kenal secara peribadi ini pun sangat terkesan dengan kehilangannya, apatah lagi mereka yang rapat dan sempat mengenali arwah. Arwah rajin memberi hadiah dan rajin bersedekah. Mungkin kerana itulah kematiannya dimuliakan Allah. Sama seperti arwah Abam, juga rajin bersedekah. Untung arwah kematiannya bukan sekadar ditangisi tetapi didoakan oleh khalayak ramai. Meninggal selepas bersalin, akibat wabak, diredhai suami semuanya diperolehi arwah. سبحان الله

Mengenali arwah dari jauh, Ummi suka dengan karakter arwah yang suka tersenyum, periang,lembut percakapannya dan nampak penyayang disisi suami dan anak-anak. Pastinya kehilangan ini amat dirasai oleh suami dan anak-anak arwah. Pastinya Shuib akan sentiasa merindui gelak tawa dan senda gurau arwah yang sentiasa bersamanya. Anak-anak yang masih kecil pastinya rindu akan sentuhan dan pelukan si ibu. Lebih luluh hati mengenangkan bayi yang baru 3 hari dilahirkan hanya sempat bersama ibu di alam rahim. Namun, di sebalik segala kesedihan, kesukaran pasti Allah gantikan dengan kebaikan yang berganda. Sama-sama kita doakan kebaikan untuk keluarga ini. 

 Al Fatihah untuk Almarhumah...

Saturday, 7 August 2021

Pengalaman Melaksanakan Ibadah Qurban bersama Ustazah Asma' Harun (NGO Sahabat Amal Care)

Awalnya tak berhajat untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ni tapi di akhir Zulqaedah baru terbuka hati Ummi untuk menunaikan ibadah qurban ni. Asbabnya, dengar ceramah Ustazah Asma' Harun di FB Page Bonda Nor. 

Satu ayat Ustazah yang membuka hati Ummi untuk melaksanakan ibadah qurban ni bila Ustazah sebut "tahun depan belum tentu..." Walaupun tak berapa pasti apa maksud Ustazah sebab Ummi tak fokus pada ceramahnya (sambil buat kerja lain, sambil dengar ceramah sebenarnya) tapi ayat tersebut menusuk ke hati. Terus terbuka hati Ummi untuk melakukannya. Tuntutan melaksanakan ibadah qurban ni hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat digalakkan). 

Alhamdulillah slot masih ada. Dengan peruntukan yang ada, Ummi masuk slot qurban di luar negara. Sebelum ni Walid tanya, nak join tak qurban anjuran Ustaz Syed (imam surau) di India, Ummi cakap tak nak, prefer buat dalam negara. Tapi, melalui Ustazah Asma', Allah buka pintu hati Ummi untuk berkongsi rezeki dengan saudara seagama di bumi Afrika. 

Credit: SAC

Berdasarkan pengalaman Ummi, pengurusan qurban yang dianjurkan oleh Ustazah bersama NGO naungannya, Sahabat Amal Care (SAC) sangat professional, reliable and trusted. Komunikasi antara peserta qurban dan pihak SAC juga jelas dan cekap. Team SAC sentiasa memberikan update kepada peserta sebelum, semasa dan selepas ibadah qurban dilaksanakan. 

Sijil penyertaan dihantar melalui courier demi memastikan ianya sampai ke tangan peserta. 

Sambutan terhadap ibadah qurban yang dianjurkan oleh SAC ni مساء الله sangat hebat. Beratus-ratus ekor lembu/kambing qurban dan aqiqah ditumbangkan untuk qurban dalam dan luar negara. Asalnya Ummi dengar masa ceramah, Ustazah mohon penyertaan untuk 100 ekor lembu bagi qurban di Afrika. Tapi, bila Ummi scroll nama Ummi, pada lembu ke-190+ baru jumpa! Rupanya 200 ekor lembu/kambing qurban disumbangkan untuk saudara kita di benua Afrika. Selain Afrika, ada juga slot untuk qurban di negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Kemboja.

Lembu qurban Ummi untuk saudara seagama di Tanzania. 

Bila sebut pasal Tanzania ni, Ummi pernah berurusan dengan seorang Muslim dari Tanzania. Menjemput beliau sebagai speaker ke persidangan yang syarikat tempat kerja Ummi anjurkan. Baik orangnya. Jernih je muka. Muda lagi. Moga beliau mampu memberi sumbangan besar kepada negaranya, khususnya dalam bidang kewangan Islam. 

Berkaitan dengan melaksanakan ibadah qurban di luar negara ni, Ummi suka kongsikan pandangan Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dalam siaran Tanyalah Ustaz di pagi Aidil Adha tempohari. Bila ada orang persoalkan dalam negara pun ramai orang susah... Kata Ustaz, tak salah kita buat qurban di luar negara sebab qurban ni ada batas waktunya iaitu 10-13 Zulhijjah saja (4 hari). Jadi, baki 360 hari lagi kita tak tolong jiran ke? Tak tolong orang susah ke? Kena sebijik 😅 

Walaubagaimanapun, qurban dalam negara ni sebenarnya lebih seronok sebab dapat hidupkan semangat kerjasama, gotong-royong, eratkan silaturrahim dsbnya. Kata DUKE, beliau pun rindu dengan suasana hari raya qurban sebelum Covid :( Lagi satu kenapa ramai memilih qurban di luar negara, kata DUKE harga qurban dalam negara sangat mahal, diluar kemampuan kebanyakan orang. Ustaz usulkan agar kita perbanyakkan ladang ternakan supaya supply jadi banyak, tak perlu bergantung kepada haiwan import. Bila import, macam-macam cukai/duti perlu dibayar, jadi kosnya besar. Setuju sangat dengan pandangan DUKE ni. 

Alhamdulillah, Ustazah Asma' dah buat dah... 

Bekalan haiwan qurban dalam negara diambil dari Ladang Ternak Ummah ni. Kata Ustazah, pihaknya monitor perkembangan haiwan-haiwan ni sedari awal. Hanya yang betul2 sihat dan cukup umur dipilih untuk ibadah qurban. Untuk qurban dalam negara ni ada 3 saiz lembu (jumbo, large, medium) ditawarkan. Setiap satunya berlainan harga. 

Satu pengalaman baru dan bermakna untuk Ummi. 

2-3 hari lagi dah masuk tahun baru hijrah, jom buka tabung untuk qurban tahun depan 🤗 




Wednesday, 4 August 2021

Resepi ~ Ayam Masak Tempoyak

Rancangan asal nak masak lemak ayam yang dah defrost ni. Tapi, sesaje Google cari resepi Ayam Masak Tempoyak. Eh, adalah rupanya 😁 Patin Masak Tempoyak tahulah... Dah biasa makan pun.


Tengok bahan semua ada. Paling best tempoyak Maksu beli dari kawannya baru sampai semalam. Tempoyak ni dari Raub. Directly sent to Gombak. Kawan Maksu ni dulu buka nursery di Jitra. Angah dan Kakak tumpang di nursery Cik Ilah ni la masa Ummi ke Mekah dulu. Sekarang, balik ke Pahang, kampung suami. 

Moh le kita cuba! 

Resepi: Ayam Masak Tempoyak

Bahan-bahan
Ayam
Cili padi*
Kunyit hidup*
Halia*
Lengkuas*
Serai - dititik
Tempoyak
Daun kunyit 
Garam
Gula

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air
2. Masukkan bahan kisar, serai, ayam, daun kunyit dan garam ke dalam periuk
3. Buka api dan masak hingga bahan kisar hingga sedikit kering dan ayam kecut
4. Bancuh tempoyak dengan air dan kacau sebati (tidak berketul). 
5. Tuang ke dalam periuk dan gaul sebati. Renehkan hingga mendidih sambil sentiasa dikacau
6. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. 
7. Tutup api. Siap!

Alhamdulillah sedap. Rasanya masam-masam manis dari tempoyak. Secukup rasa semuanya. Ummi ni kalau memasak, asalkan suami dan anak-anak makan, suka dah cukup dah. Berbaloi rasanya mencari idea dan bertungkus lumus di dapur haha... 

Selamat mencuba 🤗


Bengkel ~ Kami Cinta Baitullah

Sabtu lepas Angah dan Kakak Ummi daftarkan untuk program ni. Sesekali dedahkan depa dengan bengkel sebegini agar tidaklah bosan sangat mengadap PdPR. 
Bagus bengkel ni sebab ada praktikal kerja haji. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan, bergilir-gilir buat tawaf, saei, melontar jamrah dan tahallul. 

Angah Kumpulan Abu Bakar, Kakak Kumpulan Sayyidina Khadijah. Setiap group bergilir2 masuk ke setiap checkpoints

Kakak ready nak ber-saei. Ustazah monitor dari skrin je. 

Ada juga praktikal pakai ihram. Sebab malam sebelum program baru tahu kena sediakan ihram, Tak sempatlah nak keluarkan kain ihram Walid. Sudahnya, guna 2 helai tuala sebagai mock ihram. Tuala tu arwah Tok punya ☺️

Batu-batu untuk melontar pula guna surat khabar yang digumpal-gumpal. Lupa pula nak kutip batu di luar rumah.

Alhamdulillah satu pengalaman juga untuk anak-anak. Dalam keterbatasan, dapat juga belajar. Moga suatu hari nanti ada rezeki depa ke tanah suci 🤲

Kakak menang tempat ke-3 kuiz semasa penutup bengkel. Alhamdulillah. Dapat komik, sekali hadap je terus khatam :D 

Terima kasih Nazim Gombak atas usaha yang sangat bermanfaat. 

💚 الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات 



Monday, 2 August 2021

Lemang Daun Lerek

Gara-gara menonton review yang dibuat oleh Sharnaz Ahmad, Walid terus nak mencuba. Padahal selama ni jika lalu di Greenwood tu tak pernah rasa nak singgah. Tapi, bila retis buat review terus je beli :D 


Kami pergi awal, sekitar jam 10. Lemang dah ready. Yang baru nak dibakar pun ada. Kata Walid, pekerja tengah packing untuk delivery. Ramai juga orang order secara atas talian. Ialah, lemang ni terkenal sekitar Lembah Klang ni. 


Lokasinya di seberang Masjid As Sharif (Masjid Simpang Tiga). Dulu restoran tomyam tempat ni. 

Ada 3 saiz dan harga lemang di sini; 
S RM16
M RM18
L RM20 

Lemangnya lembut dan sedap. Pertama kali kami makan lemang daun lerek ni. Ummi rasa sama je rasanya dengan lemang daun pisang tapi ada orang kata lemang daun lerek ni lebih lemak. 

Rendang daging sebekas RM10. Rendang ayam pula RM5 sebekas (ada seketul ayam dlm setiap bekas). Kami beli rendang daging, banyak ketul juga dalam sebekas tu. Ngam-lah dengan sebatang lemang tu. 

Review Ummi? Sedap tu memang sedap tapi tekak Ummi tetap prefer lemang style kampung yang berkerak-kerak sikit di luarnya, tapi lembut di dalam hah... Mana nak dapat tak tahulah huhu... Nak tunggu raya pun dah 4x beraya di perantauan :(  

Tapi, kelebihannya tempat jual lemang daun lerek ni tak jauh dari rumah. Anytime nak makan boleh ke sana. Dekat dan tak perlu tercari-cari. Alhamdulillah.

Bila sebut الحمد لله ni, sebelum ni Ummi selalu tulis الحمدلله على كل حال sebagai tanda syukur atas nikmat-Nya. Rupanya ungkapan ini lebih sesuai untuk kita ucap bila kita sedih.

Credit source.

Manakala ungkapan yang perlu diungkap bila kita terima nikmat adalah seperti di bawah.  

Credit source.

Ummi baru tahu jadi Ummi kongsikan di sini untuk kita amalkan bersama... Moga bermanfaat 💚


Sunday, 1 August 2021

Ayahanda

Siapa follow Ayahanda

Credit source.

Kami sekeluarga layan drama ni. Memang hebat jalan ceritanya. Pengarahnya Dato' Ahmad Tarmimi Serigar, orang lama yang punya magis dan aura tersendiri. Penerbitnya Zeel Production. Manakala barisan pelakonnya semua best! Jalil Hamid, Kak Ogy, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Shah Jaszle, Rita Nadira .... Teraju utamanya Fikry Ibrahim. Pelakon pembantu pun semua best termasuklah 3 Abdul yang kaki surau tapi mulut depa, perangai depa aish geram! Watak Mak Teh tu pun menjadi. Lima bintang Ummi bagi untuk semua. 

Dan pastinya latar belakang suasana kampung yang penuh dengan kehijauan sawah padi, tali air dan bukit bukau serta loghat utara yang dilontarkan oleh para pelakon menjadikan drama ni dekat di hati Ummi :) 

Credit source.

Hj Abdullah yang mewakili watak tipikal ayah dulu-dulu yang jarang mempamerkan kasih sayang terhadap anak-anak, kurang bercakap tapi banyak memerhati dan sangat menagih kesetiaan dan ketaatan isteri amat cemerlang di tangan Jalil Hamid. Keberkesanan watak yang dibawa olehnya kerap membuatkan mata masuk habuk huhu... Tahniah Pak Jalil! Memang layak menang award ni. 


Credit source

Satu lagi watak kesukaan Ummi, Kak Limah lakonan Noorkhiriah. Kadang geram, kadang kesian dengan Kak Limah ni. Mulut dia boleh tahan marahkan adik-adik dia. Mak ayah dia pun selalu juga kena haha... Karakter anak pompuan tunggal yang sangat protective menjaga keluarganya. Garang, selamba tapi baik hati. Kadang tu dia macam kena buli, kadang tu dia pula jadi singa! Tapi paling Ummi geram, tudung dia tu. Nampak tak senget kat bawah tu? Geram nak tolong perbetoi! Boleh murung tau geng tudung bawal kalau tudung senget camtu 😂 

Lagi satu yang buat touching, lagu Coretan Pilu yang menjadi OST drama ni sangat menyentuh hati. Bait-bait lirik dan lagunya yang dihasilkan oleh gabungan Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya sangat kena dengan jalan ceritanya. Apatah lagi, Dato' Awie pula yang menyanyikannya. Padu! 

Lama dah kami sekeluarga tak layan drama hersiri. Untuk follow rapat drama hersiri ni perlukan jalan cerita yang bagus, pelakon yang bagus, pengarah pun kalau boleh nak yang hebat (macam Ummi yang nak berlakon haha) dan waktu tayangan yang sesuai. Drama pukul 7 atau pukul 10 ke atas memang  tak follow. Antara drama bersiri best ikut kriteria ni ialah Dendam Aurora (2017), Leftenan Zana (2019) dan The Maid (2021). Setiap episod tak pernah miss. 

Drama Ayahanda ni adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah. Alhamdulillah the producer, the director and the cast berjaya menterjemahkan karya ni dengan cemerlang. Syabas! 


Hj Abdullah sebenar vs Hj Abdullah lakonan.

Ummi dah menangis dah time dua beranak ni jatuh bot. Ingatkan salah seorang meninggal, jadi penamat akan jadi tragis. Emotional sungguh 🤭


Alhamdulillah happy ending. 

Definitely this drama has set the bar high. Oleh itu diharapkan lebih banyak drama berkualiti sebegini diterbit dan ditayangkan di kaca TV kita. 


Friday, 30 July 2021

#kitasapot Edisi Julai 2021

Sedar tak sedar, banyak juga membeli dengan niat membantu dan menyokong rakan dan kenalan sepanjang bulan ni. 

Roti sarang lebah dan roti topping dari Yus. Memang sedap rotinya;  lembut dan sedap sangat. 

Beli extra untuk Cg Afiqah; satu keluarga kena kuarantin. Mohon doakan mereka sekeluarga kembali sihat. 

Kuih sri ayu & kuih lapis comel dari Watie. Baru 1-2 hari Ummi joined group business surau, Ummi dah start beli. Walid yang dah lama join baru sekali beli. Beli petai Abg Omar tempohari. Sedap airtangan Watie ni. Sepeket RM3, bolehlah beli selalu sementelah anak4 suka. 

Keropok lekor Ciksu, sekilo RM6. Alang-alang Ummi beli 2kg terus. Alhamdulillah ada freezer, senang nak simpan.

Sejak dah pandai masak kepok dengan air fryer ni makin rajin Ummi jamu anak4 haha...

Set suhu 180-200°C, 10-15 minit. Pandai-pandailah adjust ye. 

Stok roti gebu ni pun sentiasa ada dalam freezer. Malam-malam kalau malas nak masak, makanlah roti ni. Dietlah konon :p 

Kesian pulak  Uncle Apai ni. PKPD di kawasan kedai dah tamat, tup-tup kawasan rumah dia pulak kena PKPD. Jadi, selalu jugalah kami beli dengan beliau. Tapi bagus ada frozen food, boleh buat alas perut anak-anak sebelum PdPR. Kadang tu makan hati je bila anak-anak dengan jujurnya bagitau cikgu "Saya belum sarapan" Hahaha...

Ini Ummi borong dengan Pasar GB Pencen untuk stok raya haji tempohari. Alhamdulillah puas hati dengan jualannya dan akan repeat. 

Roti topping, first time beli dengan Yus. Sebab selain rotinya sedap, PR dia pun bagus.

Sekarang Cg Sue bukan setakat jual ikan keli, tapi ikan talapia juga. Saiz M ni sekilo RM 10.50 je. Ummi dah beli 2x sebab ikannya segar dan tak berbau lumpur @ hanyir. 

Karipap ni cuma RM 4 sepeket. Ummi beli dengan regular baker, Siti. Kek marble bawah ni pun beli dengan Siti juga. 

Sotong cumi kering dengan ikan bilis Sabah dari IsmaHasmi Marketplace. Memang sedap dan berkualiti produknya. Nak repeat beli...

Kek Mamasab ni Ummi beli. Member Ummi baru jadi agent, Ummi pun support-lah. Tapi kek ni bukan untuk kami. Ummi hantar ke Makcik. Rindu dekat anak2 buah berdua tu, hantarlah kek sebagai pengganti diri haha... 

Sekarang kita tengok pula apa Walid beli hihi...

Pewangi sejadah. Baunya ala Raudhah, wangi sangat! Ex- officemate Walid now residing in Saudi. Sambil-sambil tu buatlah business jual barang dari Madinah. Sebelum ni Walid dah pernah beli sejadah dari Madinah dengan dia juga. 

Face mask dari Sepang International Circuit. Kesian, SIC tak boleh buat event, Walid support-lah kononnya 🙄 Tiber je tak puashati haha...

Bezakan orang pompuan membeli dengan orang laki-laki :p