Sunday, 14 October 2018

Melawat Abang Bomba 💪💪💪


Bila dapat tau Pasti Kakak nak buat lawatan ke balai bomba semua jadi excited. Selalu parents/siblings boleh ikut sama. Ikut pengalaman Abang & Angah dulu cikgu buka juga penyertaan untuk ahli keluarga pelajar.  Tapi kali ni awal-awal Cikgu dah cakap, untuk pelajar sahaja huhu... bukan Abang & Angah je frust, Umi pun sama 😂 yelah, sesaje nak ke balai bomba tu confirmlah tidakkan. Lagipun takdenye abang2 bomba tu nak layankan kalau pergi sendiri... 


Punyalah seronok anak2 ni...selagi belum hari lawatan tu, selagi itulah dok sebut. Jenuh cikgu nak layan. Kakak pun malam tu tak lena tidur. Kejap-kejap bangun...duduk...agaknya tak sabar nak tunggu pagi kot. Pukul 5.30 dia dah tak tahan dah, terus mandi :D 

Jom layan aksi depa; 

Asyik lah berkepit dengan bff dia, Zahra

Dapat juga merasa naik kereta bomba. 

Kakak Bomba 😍



Lencun!

Terima kasih banyak kepada team bomba BBS sudi layan anak2 ni w/pun mungkin masih bersedih dengan kehilangan rakan-rakan tempohari. Tentunya ia satu pengalaman yang sangat berharga dan menyeronokkan kepada anak2 ini. 

Saturday, 13 October 2018

Kenduri #23/18 ~ Sedapnya roti cicah sup cendawan 😋


Lama juga rasa tak makan kenduri kahwin.  Semalam dapat jemputan Abg Man & K.Zana meraikan majlis perkahwinan anak mereka Masjid al Khairiyah. 



Kami pergi awal sebab ada urusan lain kemudiannya. Ingatkan kami orang first rupanya ramai yang lagi awal :D 



Macam biasalah, dah namanya kenduri makan nasi minyak lah kita kan... Tapi selain nasi ada juga roti dengan mushroom soup. Mula tu Umi ingatkan kuah durian 😆  sedap pulak dok menghirup sup cendawan tu. Anak2 pulak kemain 'angkut' aiskrim. 


Fruity cake ni baru first time Umi rasa. Sedap ye... Kek ni sekarang banyak 'bertebaran' di alam maya. Tapi Umi belum ada kerajinan nak buat sendiri :( 
Carrot cake tu pun sedap. Memang favorite Umilah carrot cake. 

Tahniah ye pengantin 😘

Friday, 12 October 2018

Taman Awam & Lagun Kuala Ibai


Pagi terakhir di KT kami hanya ingin bersantai dan beriadah di kawasan taman awam berhampiran Masjid Terapung. Rupanya ada pantai atau lebih tepat lagun disini. 


Cantik pantai ni dari kejauhan...

Tapi sayang bila diteliti, banyak sampah :( 

Tapi disini bukan tempat untuk mandi pantai kerana pantainya bercerun. Ada seorang warga tempatan yang kami temui mengingatkan kami agar tidak mandi kerana bahaya katanya. Kami pun tak berhajat nak mandi pantai pagi tu. Cukup sekadar ambil angin. 

Makin lama makin bercuram pantainya. Sebab itu tak sesuai untuk mandi-manda
Jadi kami hanya biarkan anak2 lepas bebas bermain pasir. Seronok nampaknya depa. Masing-masing buat istana pasir. 








 Playground juga disediakan. Trek untuk jogging pun ada. Tapi waktu pagi kurang meriah jika nak dibandingkan dengan sebelah petang. Mungkin juga pagi tu pagi Ahad, makanya tidak ramai pengunjung kecuali orang luar macam kami. Orang local kerja daa :) 

Thursday, 11 October 2018

Air Solo & Apple Strudel wajib beli di Perth


"I troubled myself just to buy this for you Haji" kata F sambil menghulurkan sebotol air jenama Solo kepada Walid. Touching 😝 This year F & SY revisited Perth. Walid pula just buat local visit. 

Thanks a lot F & SY. 

Last year Walid pun bawa balik air Solo ni. It is actually lemonade yang sangat sinonim dengan Australia. Rasanya masam masam manis macam air lemon kat sini juga cuma ada rasa bergas sikit. Tapi sebab from oversea, rasa speciallah. Furthermore, it's the thought that counts :) 


Selain air Solo ni satu lagi yang mesti dicuba ialah apple strudel, sejenis dessert yang sangat terkenal di Perth. Yang ni memang sedap. Jenama yang terkenal ialah Corica. 

Info dari Sue, member Umi di Perth. 

Harganya boleh tahan mahal, sekitar RM60 untuk sekeping (kira-kira sehasta/+-45 cm). Dek kerana famousnya apple strudel ni, ramai yang beli bawa balik ke Malaysia. Umi pun dapatlah merasa hari tu. 




Kalau beli 6 ketul, Corica akan pek untuk hand carry atas flight. Info ni Sue yang bagitau. Tapi Walid beli satu je hari tu. Mahalkan... Lagipun setakat nak rasa, satu pun dah cukup. 

Thanks Sue. 

Yang kelakarnya Walid sorang je beli apple strudel ni. Jadi bila dah balik Malaysia F ni baru tahu pasal apple strudel ni. Teringin pula dia nak merasa hehe...mujur ada balance lagi. Taktaulah pergi kali ni dia beli ke tidak :) 

Kalau taknak apple strudel, durian strudel pun ada tau! 

Rasa bangga jap durian jadi pilihan Oz 😆



Wednesday, 10 October 2018

Yeah! Dah ada periuk Noxxa 😄



Alhamdulillah periuk Noxxa (Noxxa Pressure Cooker ~ NPC) idaman hati Umi dah ada dalam genggaman. Chewah! 



Once dah dapat periuk tu, I wasted no time to try and use. Hari-hari masak guna Noxxa je. Segala macam resepi nak dicuba :D sebelum ni kalau guna NPC Tok Umi takat masak nasi je. Tak berani & tak confident nak guna barang orang huhu... Barang sendiri lainlah, boleh trial & error dengan penuh keyakinan haha... 

Nasi lemak.

Nasi impit & rendang ayam.
 Sebelum ni Umi selalu failed bab rebus nasi impit ni. Selalu keras dan kasar teksturnya. Tapi dengan NPC ni alhamdulillah cantik hasilnya. 

Rebus telur puyuh nak buat sambal pun guna NPC 😅
Cantik telurnya tak pecah. 

Kambing bakar. Tak puas makan hari tu sebab sikit sangat. Kena repeat menu dia. 
Bihun goreng. Second time buat baru jadi ikut selera Umi. First time bihun agak keras dan liat.

Quite a failure sebab nasi tu keras & kering. Pucat pulak tu :p

Ayam percik merecik. Terbaik 👍

Mostly resepi Umi guna resepi sendiri je cuma Google cara nak guna NPC tu je. Memang sangat memudahkan kerja NPC ni. 

Kari kambing.

Kari kambing ni Umi hidang masa Walid balik OS hari tu. Senyum sampai ke telingalah dapat makan lauk favorite. Mesti dalam hati cakap "Tak rugi beli Noxxa untuk Umi" 😂😂😂 

Thanks a lot B 😘😘😘


Tuesday, 9 October 2018

Warung Jelira Molek, Kg Sg Chinchin Gombak.


Dulu, ada satu kedai namanya Zaman Kini disini. Tapi sekarang dah bertukar jadi kedai makan yang namanya Warung Jelira Molek Sedap Sengoti. Itu nama penuh. Nama singkatan Umi sebut Warung Jelira Molek je. Sengoti tu apa maksudnya ye? 

Kami singgah bersarapan di sini sebelum hantar Abang ke kelas ulangkaji BM & BI tempohari. 

Makanan pantai Timur... Nasi kerabu, nasi dagang juga nasi lemak dan kuih muih serta mee/bihun goreng. Yang special Umi nampak ada ayam bakar yang dibakar panas-panas. Tapi tak try pun sebab nak cepat hantar Abang ke kelas.




Rendang ayam ni sedap sangat. Ala rendang Nogori.


Cantik kat dalam tu. 

Nasi dihidang dalam bekas ni dengan lapisan kertas lilin tu. Habis makan bungkus dan Huang kertas je. Tak perlu cuci pinggan. Cepat dan jimat. 

Nak makan bersila pun ada ruang utk bersila. 

Tepi main road kedainya.

Hari tu kami ambik 5 hidangan beserta air kosnya RM35. Tengok sekali lalu memang mahallah tapi kalau ikut kepala (average) rm7 je seorang. Anak2 Umi pun dah besar-besar, memang tak cukup dan tak kenyang pun kalau nak share. Cepat je masa berlalu. Rasa baru je lagi dok suap depa makan or minta extra plate nak kongsi food. Tup-tup sekarang masing-masing dah pandai nak order itu ini ikut selera masing-masing. #suddenlyumiisemo.

Anyway, harga tu berbaloi sebab food memang sedap. Ambience pun selesa, tak overcrowded. Memang nak repeat 😉

Monday, 8 October 2018

Berkunjung ke Masjid Kristal dan Perkampungan Losong



Dari Pantai Teluk Ketapang kami ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam (TTI). Tak berhajat pun nak masuk ke TTI tapi lebih kepada nak naik cruise kononnya. 


Dome of the Rock.
Gambar sipi je

Tapi punyalah ramai umat manusia memang tak sangguplah... Jangan kata nak que beli ticket, nak ke jeti tu pun malas. Adik pulak tidur time tu. Cuaca pun terik membahang jadi kami cuma ambik gambar Masjid Kristal je. Itupun sekadar dari luar masjid je. Sekejap je kami disini sementelah anak2 pun dah mula menunjukkan ketidakselesaan masing-masing. Lapar, panas semua adalah tu :(  


Terus kami ke Perkampungan Losong pula. Umi singgah beli Keropok Losong Paklong. Beli keropok goreng dan rebus buat kudapan je. Then masuk ke dalam sikit jumpa pula Keropok Losong Poksu. Walid pula turun beli. Umi suka keropok losong Poklong sebab rasa ikannya lagi kuat. Tapi sos Poksu lagi sedap. It's just a personal opinion ya. 


Kedai Poklong.
Umi beli kopi peket dekat sini. Sedap! 

Kedai Poksu. 

Sedikit ralat sebab tak beli pun kepok losong mentah sebab ingat nak beli time nak balik nanti. Tapi itulah, kita hanya merancang...apapun puas hati dan syukur dapat makan keropok Losong ni puas-puas dah hari tu, alhamdulillah.