Wednesday, 18 July 2018

Kenduri #15/18 ~ Double Joy for Hj & Hjh Rahim




First, of course lah sebab depa terima menantu. Majlis meraikan pengantin telah diadakan di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Jalan Semarak. Pertama kali kami jejak kaki ke UTM Jalan Semarak niw/pun dah berulang kali melintasi Jalan Semarak ni.

Cantik rupanya landskap UTM ni. Ada banyak kerusi/bangku untuk warganya berehat. Pokok-pokok pun banyak dan besar memberi teduhan yang menyamankan.


Masa guard cakap "tuan parking area pokok tamar tu ye" Umi dah excited. Tak sangka ada pokok tamar (kurma) dalam UTM ni. Maklumlah sekarang musim haji, memang teringat-ingat je kenangan di sana w/pun dah 4 tahun berlalu. 

Ladang tamar di Madinah. Allah, rindunya dengan kota Madinah 😭

Nanti pergi Madinah kita posing lagi ye bawah pokok kurma 😊


Berhadapan dengan dewan, ada library (Perpustakaan Sultanah Zanariah). Umi memang 'hantu library' tapi tak singgah lah. Mesti kena ada pass nak masukkan. Tapi sempat lah kongsi cerita dengan Abang. Time Umi study dulu Umi suka lepak di library. Duduk dalam cubicle tu dan mentelaah. Selain sunyi, sejuk aircond tu yang best. Nak study oversea tak mampu, kita berangan je lah :D

Besar dewan ni. Food pulak variety dan sedap-sedap belaka. Mewah dengan pelbagai jenis sajian. Moga makin murah rezeki Hj sekeluarga.



Umi makan 3 ketul kuih tart tu. Sedap. Gebus gebas 😋

Selain dapat menantu, dikhabarkan Hj & Hjh akan terbang ke tanah suci awal bulan depan untuk menunaikan haji sekali lagi. Alhamdulillah gembira sungguh Umi dapat tahu hal ni. Seronok sangat. Malah Umi Walid pun menyimpan hajat yang sama, nak buat haji lagi sekali. Seronok! Doakan kami. Moga dipermudahkan semuanya dan beroleh haji yang mabrur utk Hj & Hjh Rahim.

Tahniah untuk pengantin. Moga berkekalan hendaknya ikatan perkahwinan yang dimeterai. Berbahagia sentiasa. Aamiin.


Monday, 16 July 2018

Beraya di bulan Zulqaedah 😅



Bagaikan tak cukup sebulan Syawal beraya, lajak sampai ke bulan Zulqaedah masih ada yang beraya 😅 

Tapi tengok je dari sudut positive. Niat dan tujuannya bila beraya tu of course nak mengeratkan silaturrahim kan. Musim raya ni je pun nak kunjung mengunjung sanak saudara handai taulan serta jiran-jiran. Hari biasa kalau takde kenduri atau jemputan bday ke house warming ke lalu depan pagar rumah jiran pun segan nak singgah dak? Umi lah tu. Sejenis yang tak suka nak terjah rumah orang sesaje dan sesuka hati. Sejenis yang suka buat appointment dulu kalau nak jumpa/singgah. 

1 Zulqaedah kelmarin aP (sepupu Walid) dan adik beradik dia datang beraya. Salute Umi dgn aP sebab berjaya bawa semua adik-adik dia yang masing-masing dah berkeluarga konvoi beraya ke rumah saudara mara. Nampak sangat mewarisi peribadi arwah paknjang yang gemar bersilaturrahim dengan kaum keluarga. 

Tetamu Umi hari tu 10 orang (aP 4 beradik + spouses) dan kawan Walid, Jeme suami isteri serta anak masing-masing. Taknak jadi macam hari tu, Umi suruh depa RSVP. Senang Umi nak bajet masak. Tapi dengan sepupu ni senanglah kita nak suruh RSVP. Dengan kawan tu kalau bukan close friends susah juga. Tak berapa nak kenal hati budi :) 

Kali ni Umi masak nasi lemak, bihun goreng dengan nasi impit kuah kacang. Alhamdulillah nasi seperiuk (5 cups) tu habis licin. Lauk pauk semua ngam-ngam elok je. Macam ni barulah puashati tukang masak. Rasa berbaloi dengan keringat yang dicurahkan 😁😁😁 apatahagi bila orang cakap sedap 😝

Nasi lemak simple je ; telur, timun, ayam goreng & sambal bilis. 


Raess  (4 m/o) & Philea (1 y/o)
 Dua-dua Umi baru first time jumpa. 

Meriah sungguh malam tu. Berhimpit-himpitlah di ruang tamu yang tak berapa besar tu. Sampai kan Walid cakap " esok-esok anak2 kita macam ni lah kan (4 beradik= 4keluarga). Laju je Umi jawab "hah sebab tu lah kita kena beli banglo B". Tau Walid jawab apa? " takpa, nanti kita tarik (extend) depan ni oklah"😅

Baru nak minta banglo sebijik 😆


Saturday, 14 July 2018

Raya 2018 ~ Open houses dan jamuan raya anak-anak


Dah berakhir Syawal tapi cerita Syawal belum habis 😅. 

Nak jugalah Umi post tentang open houses raya tahun ni. Sejak setahun dua kebelakangan ni semangat nak attend open houses tu dah berkurang. Bukan apa, tak tahan dengan traffic jam yang melampau-lampau. Penat hadap traffic jam lebih dari penat beraya. 

So kami lebih selective; dahulukan jemputan yang dekat, rumah yang belum pernah pergi (jauh pun takpe), priority pada kenduri (wedding/aqiqah/DOA selamat dsbnya) berbanding sekadar open house. Maaflah kepada yang menjemput antaranya aP, Syed, SA dll sebab kami tak hadir. 

Open house pertama rumah jiran. 9 Syawal baru jumpa laksa. Seminggu beraya di Kedah takde pula yang menjamu laksa. 


Ni dekat area selayang. Nampak Empangan Batu. Besarnya.... Kalau nak ke Ulu Yam boleh nampak air macam tasik besar. Ini from the other side. 


Ini open house masjid. Nazir masjid sendiri jemput Walid, kenalah tunjuk muka hikhik... 


 Anak2 dapat duit raya dari YB baru, Tn Hilman Idham. Ganteng juge orangnya 😜 

YB baru.
Yang seronoknya YB lama, Ustaz Hasbullah pun datang 👍

Petangnya member GO jemput ke rumahnya. Dapatlah makan sate. Dekat masjid tadi malas nak beratur...eh silap, itu orang beratur ambik kambing golek 😇 


Ini souvenir dari open house ofis Walid. Pagi buat makan2 department depa. Petang ke Hyatt, hosted by the company. Mula tu wyalis mengelat taknak pergi. Sekali boss cari daa... Apalagi teruslah start motor hehe. 


Cantik hall Hyatt ni.
Hyatt ni tengah construction time Umi berhenti kerja dulu. Tak sempat merasa buat program di sini. 


Rabu kelmarin, group pulak buat open house. Berapa banyak open house pun taktau lah company Walid keja ni. Takpelah rezeki.  No complain hihi...

Last but not least, malam tadi surau kami buat open house juga. Sekali dengan majlis bacaan Yasin untuk ahli kariah yang nak berangkat ke tanah suci. Umi tak join tapi dapat jugaklah merasa. Boyfriend #1 bawak balik bihun dengan rendang. Sedap rendang daging tu. 


Alang-alang record sekalilah pasal jamuan raya sekolah anak2. Abang dengan angah Umi tak ambik gambar langsung. Dekat group sekolah & class pun takde terselit gambaq depa :(  takpe memori kekal di ingatan insha Allah. 


Setiap tahun sekolah akan bagi memo tentang keperluan/menu yang perlu dibawa oleh murid-murid. Senang kerja Umi tahun ni. Angah kena bawa air gula je. Abang pula Umi beli karipap frozen dan goreng je pagi tu. Alhamdulillah sempat je. 

Untuk kakak, dia request nugget je. Yang kelakar tu bila dia tengok 2 Tupperware besar Umi suruh bawak ke sekolah terus dia cakap "kakak taknak banyak sangat. Tak larat nak habiskan". Hahaha...dia ingat macam bawak bekal selalu tu... Untuk dia makan sorang je hehe. Risau gamaknya nak kena perabih nugget 2 bekas tu 😆


Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Moga ada umur panjang bertemu lagi dengan Ramadhan & Syawal yang akan datang. Aamiin. 

Tuesday, 10 July 2018

22 Syawal ~ Bila orang bujang datang beraya...


Cerita 22 Syawal...


Our regular raya guest, A in the house. Last year dia bawak geng, satu department diajaknya. Ada dalam 50 orang include kids. Tahun ni Umi takde mood nak masak banyak-banyak and remind Walid to inform A not to invite the whole department again 😅 kalau ada yang nak datang tu datang in small group Umi tak kisah. Tahun ni rasa tak larat sebab Adik pun dah 2 tahun, tengah lasak. Penat! Umi pergi market cari bahan nak masak pun kena bawak dia. Masa kat supermarket dia tidur. Terpaksalah carry dia sebelah tangan, pegang bakul sebelah tangan. Mencabar kekuatan fizikal dan mental. 

This year they agree to come around 2-3 families. Oklah tak penat sangat Umi nak masak and layan. Umi bajet tetamu dalam 8-10 orang dan masak menu & kuantiti spt berikut;

Nasi minyak (8 pot)
Ayam rendang cili api (1 1/2 ekor)
Acar timun
Papadom
Fruit platter (tembikai merah, kuning & anggur)
Kek batik 
Murtabak
Air Oren & Nescafe 




Tup-tup yang sampai 3 orang je! Yang berkeluarga pun datang solo je. Kaum bapak pulak tu semua. Takde geng Umi nak menyembang 😕 lauk pauk nasi semua tu kamilah makan sarapan & lunch esoknya :( nasib baik sedap 😜

Last-last Umi naik atas konon nak tidorkan Adik. Umi yang tertidur! Penat memasak satu hal. Merajuk orang tak datang pun ye jugak :(

Depa kat bawah buat apa?
Layan world cup! Pukul 12 habis game baru balik. Whatever haha...

Sunday, 8 July 2018

Kenduri 14/18 ~ Raikan Pengantin di Dewan Raja Sehari



Elok sahaja baby Rayyan balik, cepat-cepat kami keluar rumah. Ada jemputan kenduri kahwin di Dewan Raja Sehari, Batu Muda. Kali pertama kami ke sini. Trafik boleh tahan sesak jugaklah hari tu sebab ramai keluar beraya. 

Mulanya Umi sangka Dewan Raja Sehari ni macam dewan-dewan lain. Ianya sedikit berbeza sebab dewannya kecil sahaja. Sesuai untuk bersanding dan akad nikah. Hari tu pun umi nampak pihak keluarga saja yang duduk di dalam dewan tu. Untuk jamuan disediakan kanopi besar di luar dewan. 

Sedap-sedap menu yang disediakan oleh tuan rumah. Pelbagai pilihan makanan ada. Pilihan Umi tetaplah nasi 😆 

Nasi minyak.

Ikan keli berlada 😋

Terima kasih HO atas jemputan. Moga kedua mempelai hidup rukun & damai. 


Saturday, 7 July 2018

16 Syawal ~ Baby Rayyan in da House 😘😘😘


Istimewanya baby Rayyan kepada kedua ibubapanya umpama istimewanya Siti Aafiyah kepada Dato CT & Dato K. Rayyan hadir pada tahun ke-10 usia perkahwinan ibubapanya. Umi faham sangat keterujaan mamanya saat memperkenalkan Rayyan pada kami sekeluarga. Perbualan hanya berkisar tentang Rayyan, Rayyan dan Rayyan... It's OK zie. Been there, done that 😉

Waktu kami seofis dulu selalulah berkongsi perasaan. Umi pun tunggu Abang dulu 5 tahun. Adalah petua/amalan/ubatan/rawatan dsbnya yang Umi share. Tapi Umi hanya share bila diminta. Bukan kedekut ilmu tapi Umi faham sangat perasaan seorang TTC-ian (trying to conceive mom). We are very sensitive. That's why Umi sangat berhati-hati bila memberi nasihat atau berkongsi pengalaman. Cuma Umi pernah cakap dengan mama Rayyan, umur kita makin meningkat setahun ke setahun. Chances utk dapat baby tu makin kecil sebab kesuburan makin menurun. You should try harder if you really wanted to have a baby. That time we were in our mid-30s. And I also kept her in my prayer during our hajj. Depan kaabah dan dalam sujud Umi minta Allah rezekikan dia anak agar dia dapat rasa nikmat & bahagia jadi seorang ibu macam Umi. 

Alhamdulillah my prayer was answered. 
 Not only He granted her a baby but another couple whom I prayed for them to have a baby is also waiting for the day to become a parents. Alhamdulillah syukur.  Happy sangat sebab couple ni pun dah 8 tahun menunggu. Depa bersanding pada 10-10-2010. Itu yang Umi ingat tu :)  Berita baik ni pun disampaikan oleh mama Rayyan. Benarlah berdoa di tanah haram tu  berkat. Satu persatu DOA Umi di tanah suci Allah makbulkan. Alhamdulillah.  W/pun bukan Umi seorang yang doakan mereka tapi DOA tu dah diangkat alhamdulillah. 

Moga Rayyan membesar dengan baik, dilindungi dari segala mudharat dan menjadi penyejuk mata ibu ayah sentiasa aamiin. 


Umi jamu mee soto untuk depa. Nanti Umi share resepi insha Allah. Resepi paling sedap tapi simple yang Umi pernah try 👍👍👍


Thursday, 5 July 2018

Resepi ~ Gulai Ikan Abg Mat



Abang Mat yang dimaksudkan di sini semestinya YB Mohamad Sabu. Ramai betul peminat Abg Mat sekarang sampaikan kemahiran beliau memasak pun jadi buah mulut. Setahu Umi, sejak dulu lagi beliau pandai dan rajin memasak. Cuma dulu orang tak kisah sebab beliau di luar kerajaan. Sekarang dah dilantik jadi Menteri Pertahanan, a senior position in a government. Apa saja yang dibuat sentiasa jadi perhatian. 

Katanya air tangan Abg Mat yang sering mendapat pujian ialah gulai ikan (kari ikan). Orang belah utara panggil kari tu gulai :). Ada pula orang share resepi gulai ikan tu di Mingguan Wanita (online). 



Umi pun trylah weekend hari tu. Eh betullah. Memang sedap w/pun tak payah guna santan. Kuahnya pekat dan lemak sebab resepi ni menggunakan bawang besar sebagai 'pemekat'. Kalau makan cicah roti pun sedap ni. 

Cuba tau!