Sunday, 6 May 2018

Hari Sukan SRAI 2018



 Hari sukan kakak dah setel. Turn abang-abang pulak bersukan. Bermula rabu last week hari-hari depa pakai baju sukan. Ada je acaranya setiap hari tu; latihan, cross country, perbarisan, sukaneka, tarik tali dsbnya. ... Semua  acara ni dibuat di sekolah je kecuali acara balapan dan perbarisan. 


Untuk sukaneka parents pun dijemput sama. Tapi tak ramai yang hadir sebab mostly ambik cuti untuk acara kemuncak the next day. Khemah pun tak dihias tahun ni sebab takde markah khemah tercantik. Markah untuk disiplin je. 

Angah in action. Dapat tempat ke-2.



Abang ready nak ke padang untuk final tarik tali. Dia joined sekali group cikgu, tapi kalah hehe...

Hari khamis paling best, acara kemuncak diadakan di stadium UIA. First time combined tahap 1 & tahap 2. Sebelum-sebelum ni tahap 2 je yang ke stadium untuk acara balapan. First time juga kami dapat tengok perbarisan rumah sukan. Memang gempak. Cikgu-cikgu semuanya sporting & creative belaka. Tema perbarisan ialah kepahlawanan, sesuai dengan nama rumah sukan masing-masing; perwira (biru), pahlawan (merah), pendekar (kuning) dan panglima (hijau). 

Pendekar

Panglima 

Acara perbarisan yang dinanti-nanti... 


Rumah hijau. Gaya macam al qassam tapi tak cukup semangat. Demam kata emcee 😁


Rumah biru paling gempak. Tema star wars, future warriors. Yang pakai costume Darth Vader tu cikgu tau! Sporting habis 
👍👍👍


Rumah merah paling semangat & berdisiplin. My personal choice untuk perbarisan terbaik tapi of course lah rumah biru menang. Semangat team merah nyanyi & buat performance. 



Rumah kuning pun Umi suka. Mascot Rimau tu cute betul. Adik terjerit-jerit panggil Rimau sebab dia familiar dengan Rimau mascot sukan SEA hari tu. Si Rimau ni pun mesra je. Lambai sana lambai sini. Tapi lepas perbarisan tu terus hilang. Tak dapat nak bergambar hehe... Ke dah buka costume sebab panas 😊

Abang bidan terjun untuk acara 4x100m... Dah la bidan terjun, 1st runner pulak tu. Confirm dapat no 1... dari belakang ahaks! 

Initial standing lepas sukaneka rumah hijau highest score.
Final result rumah biru juara keseluruhan. Olahraga team biru memang handal.
No 2&3 rumah hijau & merah
Rumah kuning tempat terakhir. 



Macam kembar 😘

Hasil tuaian
. Dua untuk Abang, satu untuk Angah. 


See ya!


Wednesday, 2 May 2018

Cerita Nisfu Syaaban dan hari pekerja


Malam Nisfu Syaaban kelmarin surau taman kami ada buat majlis bacaan Yasin. Alhamdulillah Walid pun sampai awal hari tu, sempat lah bawak hero-hero ke surau. Agaknya isnin tu ramai ambik cuti bersambung dengan hari pekerja sebab tu jalan agak lengang. 

Ada jamuan lepas isyak. Putu mayam cicah kari ayam dengan kuih muih sikit. Rasa macam makan roti jalan kuah kari lebih kurang putu mayam tu. Umi lagi suka cicah gula merah. Kari tu imam surau sendiri yang masak. Roti canai pun ada jemaah sedekah, tumpang kenduri. 


Esoknya cuti labor day tu Walid dengan anak2 cat rumah. Dah lama sakit mata tengok dinding tu catnya terkopek sana sini sebab sebelum ni lembab and sometimes basah. Leaking dalam bilik air membawa ke ruang tamu. Bila dah repair bilik air tu barulah dinding tu kering. But kami tunggu betul2 kering sambil cari masa sesuai barulah cat semula. 

Inilah 'buruh-buruh' yang kena kerja sempena hari buruh semalam 😁 



Si Adik pun taknak kalah. Sekali dia naik atas 'belemoih' atas bawah. Terus Umi bagi mandi. Boleh pulak Walid biarkan dia main cat tu 😇 si Abang pulak dah terlena siap berdengkur atas sofa. Penat sangat agaknya. Umi? Dok atas, pasang aircond tidoq haha... Sekali sekala berlagak jadi boss pulak kihkih... 

Petangnya Walid belanja kat Ameena Bee. Kemain masing2 menjamu selera. Umi pun tuntutlah janji Walid nak belanja roti nan before puasa ni 😊. Alhamdulillah kenyang. 


Sunday, 29 April 2018

Kenduri 13/18 ~ Aqiqah baby Saif 💝



Sekalung tahniah Umi ucapkan kepada Hj A dan isterinya, Hjh A atas kelahiran baby Saif yang comel lotey 😘 sedap nama baby.
Pasangan HAHA ni kami kenali sewaktu sama-sama berkhidmat sebagai Sahabat Tabung Haji di tanah suci. 

Adik geram je tengok patung lion tu 😊

Kali pertama bertemu selepas 4 tahun. Banyak yang nak dibualkan tapi itulah, kenduri kan... Tuan rumah pun sibuk melayan tetamu, kita pulak sibuk makan haha... Kalau nak sembang lama, kena buat reunion. Baru puas bersembangkan... 

 Demi meraikan tetamu, dengarnya Hj A sempat buat food testing bagi memastikan lauk pauk yang dijamu sedap dan lazat. Patutlah sedap semuanya :) 


Sempat juga bersaing dengan Hjh Amy, geng Sahabat TH juga. Tapi itulah masa mencemburui kami...Ada rezeki harap dapat jumpa lagi. Insha Allah. 

Moga baby Saif membesar dengan sihat, sentiasa dilindungi-Nya dan menjadi penyejuk mata ibu ayah selamanya. 


Saturday, 28 April 2018

Kenduri 11&12/2018 ~ Dari Titiwangsa ke Batang Kali


Orang sibuk ke pusat penamaan calon, kami pun sibuk juga. Sibuk makan kenduri :) 


Mulanya ke Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa memenuhi undangan Tn Hj Yusoff yang menyambut menantu. Kami di sambut mesra oleh tuan rumah. Dah lama tak jumpa Haji & isterinya tapi both maintain je. Tak dimakan usia! 



Tenang dan sejuk mata memandang tengok deco dalam dewan ni. Susunan napkin warna biru nila nampak sangat elegant. Warna air punch tu pula menaikkan seri. 

Food memang sedaplah. Air tangan D'Saji memang tak pernah mengecewakan. Lazat sentiasa. Elok nak habis makan, kami disajikan dengan cendol air tangan Songkok Tinggi, dari N9. Terbaik! 


However, star of the day of course lah kambing golek ni. Beratoq panjang aih pakat nak rasa kambing ni. Kakak pulak sampai ke malam asyik sebut pasal kambing ni je. Sedap. 

Sebelum bergerak ke Batang Kali, singgah solat dulu. Ada surau di tepi parking lot. Nak masuk kereta baru perasan. Alang-alang dah nampak surau, elok kita solat dulu. Dah solat ni selesa sikit. Kalau traffic sesak ke lega sebab dah solat. Kita nak travel pun rasa lapang je. 

Kami sampai Batang Kali around 2pm. 
First time rupanya kami sampai ke pekan Batang Kali ni. Sebelum ni kami ingat dah sampai ke sini, rupanya pekan sebelum tu pekan Ulu Yam Bharu. Jarak kedua-dua pekan ni dalam 6km. Tak habis jelajah lagi rupanya. Kononnya nak naik Genting ikut jalan ni la. Tapi entah bila nak tercapai hajat pun tak taulah huhu...


Seronok jumpa En Mail, pomen yang selalu service/repair Cik Tam dulu. Sekarang En Mail pun dah pencen. 22 tahun dia kerja dengan orang now buat freelance. All the best En Mail. 

Umi ambik juga nasi sebab nampak gulai pisang muda ni. Tapi share dengan Walid lah sebab masih kenyang. 


Anak2 layan aiskrim Malaysia je. 

Semoga kedua pasangan mempelai beroleh rahmah, mawaddah & sakinah dalam rumahtangga. Aamiin. 

Terima kasih daun keladi ye tuan-tuan rumah 😆

Wednesday, 25 April 2018

Best rupanya guna 'iron Amway'...


Umi kalau bab laundry memang suka. Basuh, sidai, angkat, lipat semua Umi suka. Lagi banyak lagi best. Ada orang tak sukakan tapi Umi rasa release tension je 'bergelumang' dengan kain baju ni haha... Lagi best dapat lipat kain sambil layan movie kat tv. Rasa macam ini dunia ana yang punya 👍👍👍

Tapi Umi tak suka iron baju. Tak suka satu hal, tak pandai pun ye juga... Especially pants. Tapi of course lah kena iron juga baju sekolah anak2 dan baju/tudung Umi pun. Iron tetap iron cuma tak lendik (kemas/cantik) macam kat dobi tu. 

Masa Walid cakap nak beli 'iron Amway' tu Umi cakap tak payahlah. Baju/seluar kerja Walid pun hantar dobi. Baik beli PC Noxxa kat Umi 😉 tapi tu lah senyap-senyap je Walid kawtim dengan Tok Umi beli 'iron Amway'. Nama je 'iron Amway' tapi actually product Philips. The case of "Philips punya iron, Amway dapat nama" haha...

Alasan Walid supaya mudah Umi nak iron baju anak2. Munga-munga hati Umi 😘 but  I doubt myself at first. Kita taulah ability kita kan esp bab iron ni memang ke laut... Tapi bila Umi dah start guna tu memang sangat-sangat best. Laju je Umi iron baju. Memang sedap rupanya guna iron ni, smooth je. Tak payah nak adjust dah suhu. Auto detect. Patutlah kawan-kawan Umi cakap seronok guna iron ni. Memang cepat kerja iron baju esp yang ramai anak2 bersekolah macam kami ni. 

But honestly Umi bengang juga dengan depa ni. Iron Umi dapat bulan 9, tapi iron board bulan 1 hari tu barulah dapat. Katanya ada problem. Kena return stock iron board tu sebab ada masalah karat. Dunno lah tapi of course Umi bising juga w/pun Walid yang beli haha... Iron dah dapat tapi iron board on the way kata depa. 3-4 bulan gap tu. 

Received on 24/9/2017

Model tak berbayau bersama iron board received on 12/1/2018

But yang kelakarnya bila iron board tu dah sampai, Umi simpan je. Walid pun heran, hari tu kemain riuh iron board tak sampai-sampai 😊 iron board lama elok lagi pakai jelah. Cuma baru minggu lepas Umi start guna, itupun lepas kena 'sound' dengan Tok Umi. Haha... Bila guna iron board baru ni lagi mudah rupanya kerja menggosok Umi. Board tu kan panjang, lebar and is designed to suit the iron itself so memang ngam lah digunakan bersama. Lagilah Umi suka nak menggosok sekarang ni. 

Umi just share my experience ye, bukan nak promote produk ni. Takde apa-apa kepentingan pun. Membership Umi pun dah expired long long time ago :p 
 Umi suka baca review orang before nak beli apa-apa product esp yang harga ribu riban macam iron Philips ni. So this is my story.  So kalau ada yang nak beli, ianya memang very helpful. Jimat masa dan tenaga. But again, think about the cost. Ours is rm1600. Itupun bayar installment, kalau tak kirim salam je lah 😝

Tuesday, 24 April 2018

Kenduri 10/18 ~ Iman turns 10 y/0 🎂🎂🎂



Pagi kami tengok kakak bersukan, lepas zohor ke kenduri kesyukuran & bday Iman, kawan Abang. Macam tahun sudah, tahun ni pun meriah juga kendurinya. Mewah dengan makanan. Nasi putih, sate, bihun sup semua adalah. Yang paling best sambal petai udang dan sambal bilis tempoyak. Waduh! Enak bangat 😋


Tahun ni Abang & co sempat join Iman potong kek birthday. Kemain anak2 Umi nyanyi lagi happy birthday untuk Iman. Maklumlah cik Azie cakap siapa nyanyi paling kuat dapat hadiah haha... 
Lastly semua orang dapat hadiah yeah! 


Terima kasih daun keladi ye Azie
Tahun depan jemputlah lagi 😉

Untuk Iman, semoga dipelihara & dirahmati Allah sentiasa. Aamiin. 

Sunday, 22 April 2018

Kakak ~ Sukan Pasti 2018


22 April 2018|Ahad 
Padang Sungai Tua @ Changi

Semalam hari sukan Pasti Kakak... 
Tahun ni depa divide ikut DUN, tempias GE14 la agaknya. And because of redelineation, Pasti kakak pun 'tercampak' ke DUN Sg Tua :( tapi still dekat juga.

Kakak sampai awal, 7.30 dah ada kat khemah tapi cikgu2 pun belum sampai. Umi skema ikut arahan dalam surat hehe. 


Comel je kakak sorang2 baju kuning. Geng baju coklat dah ramai tu...


Hah Cikgu dah sampai. Terus kakak disiapkan untuk acara perbarisan.


 Pukul 9 baru perbarisan start. Sekarang kan panas, kesian pulak anak2. Ada yang dah menangis, lapar, boring dsbnya. Yang taknak join perbarisan pun ada hehe... 

Sebelum ni Umi tak pernah pun nak berpayung bagai bila di padang tapi semalam tu panas betul. Dengan Adik lagi memang nak kena payunglah. Mujur takde yang pengsan. Yang muntah adalah, maybe perut kosong kot. Kesian Bella. 

Event semalam pun jadi platform untuk perkenalkan calon juga. Ustaz Mad China calon DUN Sg Tua tukang bagi medals. Isteri calon, bukan calon isteri hehe pun bagi hadiah juga but Umi tak perasan pun yang mana satu. Dah dekat election ni kan mana-mana event pun macam tu lah... Hatta Umi pergi kenduri semalam pun tuan rumah bagitau "YB (incumbent) pun datang tadi Kak"... Agaknya dia pun terkejut sebab buat kenduri DOA selamat bday anak je tapi YB datang :D 

Undilah saya 😂

Alhamdulillah after all the hardship and drama haha Pasti kakak menang juara keseluruhan group 2. Wah makan hamperlah kakak esok. 



Lepas selesai each game terus dapat hadiah. Senang & jimat masa. 

Angah & Abang jadi bodyguards kakak hehe...

Kakak pulak dapat 1 silver medal dan 2 bronze medals. Tahniah kakak! 😘😘😘 Tahun depan kita 'sapu' gold medals pulak ye.