Friday, 6 October 2017

Resepi ~ Laksa Lemak Nyonya


Siapalah yang tak telioq kan bila tengok gambaq laksa lemak nyonya ni. 
.
Credit :Mingguan Wanita & Puan Tahrunnisah Jali.
Umi pun tak tunggu lama bila nampak resepi ni kat Mingguan Wanita terus pergi kedai beli laksa, daun kesum dan tauhu pok. Bahan2 lain semua dah ada. Bunga kantan pemberian jiran pun dah lama bertapa dalam peti ais tu. Resepi ni sumbangan Pn Tahrunnisah Jali. Jazakallah ye puan. Barakallahu fik. Umi share untuk rujukan ye. 

Senang je nak buat laksa ni. Yang pasti memang sedap 😊 bahan-bahan mudah dapat. 



Ini hasil airtangan Umi 😊


Walaupun gambarnya tak secantik gambaq Pn Tahrunnisah tapi rasanya setanding kot 😁

Tengoklah Adik pun beria makan. Tak pedas pun laksa ni. 


Again, tqvm Pn Tahrunnisah. Jangan lupa ke FB Pn Tahrunnisah Jali ni ye untuk full recipe. Selamat mencuba. 

Wednesday, 4 October 2017

Makan dadah.


Umi dah nak angkat takbir pun time tu, nak solat maghrib. Walid pulak tengah pasang butang baju melayu nak ke surau. Tiba2 dengar kakak cakap " Walid, balik surau nanti kita makan dadah ye..." 

Terus pecah ketawa Umi dengan Walid 😂

"Mana boleh makan dadah kakak, nanti polis tangkap" jawab Walid.

"Habis tu yang Walid beli tadi tu...yang simpan dalam peti ais tu..." Kakak tak puashati. 

Itu dadihlah kakak, bukan dadah! 
😂😂😂

Ingat ye kakak, ini dadih bukan dadah 😊

Tuesday, 3 October 2017

Restoran Sambal Hijau, Sg Penchala



Pejam celik pejam celik dah 6 bulan Walid kerja di tempat baru. Baru2 ni dah dapat pun confirmation letter, alhamdulillah. It's time to celebrate 😊

Walid belanja makan di Restoran Sambal Hijau. Dah lama nak try food kat sini tapi tak berkesempatan sebelum ni. 

Kami sampai around 12, memang jam pack lah restoran ni. Tapi parking takde masalah sebab they have their own parking lots at the back of their restaurant. Masuk je celah2 lorong between their kedai jumpalah tempat parking tu. 




Since it was peak hour memang crowded sangat time tu. Tapi kami terus dapat meja. Pekerja dia pun ramai so cepat je depa clear meja, ambik order, kira dsbnya. Restoran ni menyajikan makanan melayu yang sedap2. Buka untuk breakfast sampailah ke late dinner @ supper sebab kedai ni tutup tengah malam. Please check their website for details 😀

Umi tak snap gambaq sangat pun sebab keadaan tak mengizinkan hikhik. Ramai sangat pelanggan tengah pilih lauk. Kawasan pun agak sempit. Adik pulak lena time tu, melentok je atas bahu Umi. Time makan Walid pegang. Pelagi, Umi tak tengok kiri kanan dah tunduk kusyuk je makan 😁


Lauk kami hari tu; ikan bakaq 3 jenis (keli, pari & geruk-geruk kalau tak silap), ulam, urap, ayam goreng seketoi, masak lemak daging tetel & sambal udang. Air sirap satu jug plus dadih 3 bekas utk dessert. Nasi ada kot untuk 8 orang makan kakak tu letak. Semua sekali rm80.  Alhamdulillah semua makan berselera. Sampaikan tok pun tambah nasi hikhik...

Nak ke restoran ni senang je kalau ikut LDP. Keluar exit TTDI/Sg Penchala. Kat traffic light simpang 3 tu ambik kiri. Nampak masjid (Masjid Jamek Tg Abdul Aziz) and the restaurant is on the left of the masjid. Kalau keluar susur bukit lanjan pun boleh juga tapi susah sikit and jalan pun tak elok, ada construction. Kami tersilap exit hari tu 😊

Thanks a lot B. Moga sukses selalu 😃


S.E.N.Y.U.M.


Credit source. 

Pagi tadi masa on the way ke kedai, Umi dengar radio Kool FM, slot Haiza & AG. Tetamu pagi ni Norman Hakim dan Prof Muhaya. Dengarlah NH cerita pasal anak dia yang belajar tahfiz tu. Sebak je dengar cerita dia, tentang minat dan kesungguhan anak dia nak jadi seorang 'Hafiz'. Siap nak tubuh team bola yang terdiri dari para Hafiz semuanya. Masha Allah. 

Habis beli barang on balik radio kereta dah sampai penghujung dah slot depa. NH sangat humble and bila the deejays asked him parenting tips dia berulang kali sebut "yang baik tu semua dari Allah, yang buruk tu dari kelemahan saya"... Kena istiqomah dan jadi a good role model utk anak2 katanya. 

Prof Muhaya pula minta pendengar amalkan SENYUM. Bukan sekadar senyum dibibir tapi makna senyum tu sendiri;

S ~ solat. Yang ni kena jaga betul2
E ~ empathy. Kena sentiasa ada rasa empati dengan orang lain 
N ~ nutrisi. Bukan sekadar makan nutritious food tapi jadikan diri kita orang yg bernutrisi; sentiasa positif, berinformasi dll bukannya jadi toxic people yang asyik bawa keburukan je 
Y ~ yakin. Yakin pada Allah pada setiap perkara; rezeki, jodoh, takdir dsbnya
U ~ ubudiyyah. Konsep kehambaan pada Allah
M ~ makrifatullah (mengenal Allah). Bila kita kenal Allah kita akan kenal diri kita, tujuan hidup kita. M ni juga maknanya membaca al Quran. Kena baca Quran hari2. 

Moga bermanfaat 😃


Sunday, 1 October 2017

Selamat Bertunang Ah!



Dalam ramai-ramai anak buah Umi, kelahiran Ah ni yang Umi ingat. Sebab Umi dah form 2 masa dia lahir. Abang kakak dia lahir time Umi sekolah rendah so Umi tak ingat sangat. Umi sibuk main keliling kampung 😆 yelah beza umur Umi dgn Abang sulung dia pun 4 tahun je. Manalah Umi nak ingat kan?  Lagi satu yang Umi boleh ingat sebab Ah ni lahir bulan February, sama dgn Umi. 

Alhamdulillah dah selamat bertunang sabtu lepas. Berjodoh dengan orang Muo. Ada rezeki bulan 3 nanti dapatlah Umi bertandang ke Muo. Malam sebelum majlis tu Umi share gambaq Umi bertunang dulu. Gambaq dengan Ah. Gelak besar dia tengok gambaq dia time tu sekolah rendah kot. La dah jadi tunang orang huhu...


Pelamin ni walaupun simple tapi cantik bagi Umi. Sedap mata memandang kata orang.  Sesuailah untuk majlis bertunang. Tapi tu la orang sekarang jangan kata bertunang, aqiqah baby pun siap berpelamin bagaikan. Untung tukang buat pelamin. Demand sentiasa ada hikhik... 

All the best Ah dearie. Jaga diri elok2, darah tengah manis tu 😉

Saturday, 30 September 2017

Service keta di Weststar Auto



We are a loyal customer to Weststar Auto ni since we bought our brand new car 10 years ago. Weststar ni one of the best Honda dealers. Owner dia Tan Sri Syed Azman, the so called AP King. 

Yang best pasal Weststar ni service, staff, facilities semuanya superb. Yang paling Umi appreciate is their after-sale service. Excellent sangat. Dulu showroom dekat kl, service center kat tepi jalan mrr2.  Kami panggil workshop bawah pokok je sebab tempat tu dulu memang kecik dan kurang facilities macam tempat baru ni. 

But 2-3 years ago they moved into their own building, next to Zoo Negara. Menara Weststar ni rasanya bangunan paling tinggi kot kat area situ. Nampak gah je. Ceq tumpang bangga :)

Tempat baru ni memang luas. Guarded and gated. Selamat keta kalau nak tinggalkan overnight, which is pernah juga kami buat masa keta Walid kena major repair dulu. 


Tempat menunggu sangat luas dan selesa. Macam business lounge kat airport 😉 Ada food & drinks disediakan. Play room, surau, baby room, cafe semua lengkaplah. 






Service bay pun besaq. Banyak keta boleh diservice secara serentak. Their staff are well trained and given continuous on job training. Walid rajinlah borak dgn staff kat situ. Ada sorang tu dah jadi member dia. Selalu depa pi training dekat kilang Honda di Melaka. 


Abang dengan angah kalau dengar Walid nak service keta mesti pakat nak ikut. Abang suka makan minum kat situ, angah pulak suka playroom tu. Macamlah kat rumah takleh makan @ main 😁

Kusyuk 😁


Thursday, 28 September 2017

Dataran Food Truck Wangsa Melawati


Sudah betul nak snap gambar depa. Adik tak bagi kerjasama 😇

Lama pula tak bersiaran. Minggu ni ada exam PSRA bagi murid tahun 6. PSRA ni kira level upsr lah utk subjek KAFA. Sekolah half day he utk Abang. Itu yang Umi kalut sikit tak sempat nak update blog. Mana nak masak, mana nak ambik dia kelam kabut sikitlah. 

Jumaat cuti awal muharram hari tu kononnya nak bawak anak2 piknik kat frim @ taman layang2 kepong. Umi dah plan menu utk pikinik tu. Tapi itulah, lupa nak set alarm. Pukul 6.45 baru bangun solat subuh! Dah bangun lewat gitu malaslah nak kelam kabut masuk dapur pula. Last2 dok rumah je siangnya. Nasib baik belum bagitau anak2 kalau tak mau depa berkicau sepanjang hari nak pi piknik 😁

Malam lepas dinner Walid ajak ke wangsa melawati. Ada food truck dekat area kwsp tu. Angah tak ikut, nak tengok Gerak Khas. Dia dengan tok memang tak pernah miss cerita ni. 



Meriah juga tempat ni. But since kami dah dinner takdelah beli apa sangat. Beli jus mangga susu dengan uncle Bob fried chicken je. Ada macam2; char kuew tiau, mee sotong, Thai food, western food etc. Harga Umi perati lebih kurang je antara satu sama lain. Air satu cup besar tu rm5. Kalau set meal macam carbonara ke rm10/plate. Tempat duduk tu limited sikitlah. 


Bagi Umi ambience tu lebih kurang macam pasar malam lah but less crowded. In term of food lebih variety, serve pulak panas2, based on order. The price of course lebih mahallah but worthy. That's why food truck business ni ada peminat tersendiri. 

Ada kawasan lapang berbukit sikit. Laju je Adik berlari sana sini.