Wednesday, 20 April 2016

Bila hujan...


Jumaat lepas hujan turun dgn lebatnya di kejiranan kami. W/pun sekejap tapi hadirnya sungguh mengujakan. Rasa macam 'peghak' pulak bila hujan turun. 


Cik Balqis was so excited main hujan. Basah jugaklah seluar baju dia, hulur tangan tadah air hujan. Lepas tu sapu kat muka. 

Abang pulak siap bentang tikar main Lego kat porch, nak tengok hujan punya pasal. Umi depa pun tumpang sekaki gak, baca paper kat luar :) 


Rindu dengan hujan, nikmat yang makin menjauh... 

Monday, 18 April 2016

SUKPA 2016


Menang 2 emas, 2 gangsa.  Well done Angah :)

Ini cerita sabtu lepas... SUKPA atau sukan Pasti tahun ni diadakan di Dewan Muhibbah, Taman Industri Bolton. Time Abang dulu SUKPA ni dibuat di padang terbuka. Tapi ramai parents komplen katanya panas so diorang decided buat kat open hall, since last year kalau tak silap. Tahun ni perarakan kontinjen setiap Pasti pun takde, cuaca tak mengizinkan. Acara pun berakhir sekitar jam 11.30 pagi je. 

Since tempat ni berada di kawasan kilang so parking spaces mmg limited. Jadinya Walid, Angah & Abang pegi naik motor je. Saya mulanya malas nak pegi sbb risaukan takde tempat parking. Tak larat menapak jauh2. But around 9.45 tu saya pegi jugak hehe. Sayang pulak nak lepaskan peluang tengok Angah bertanding. 

Dia masuk 4 acara, semuanya berjaya dapat pingat. Bravo Angah! 




Ini masa training. Hari2 pakai baju sukan, since 3rd week bulan march hari tu. Berbaloi la sbb sekolah Angah dapat juara kumpulan. Tapi ketinggalan 3 mata dari juara keseluruhan. Takpe, next year boleh cuba lagi.

Gelagat penyokong setia Angah :)

See ya! 

Tuesday, 29 March 2016

Ayam Penyet Surabaya & 'kenduri maya'



Baru2 ni Umi (mil) warded for a few days sebab masalah paru2. Cuaca kat Kedah sekarang sangat panas dan kering mungkin antara penyebabnya. 

Once discharged, Umi decided nak buat kenduri kesyukuran, belanja anak cucu makan. However since kami kat kl tak dapatlah nak berkumpul anak beranak serentak. Kami nak balik pun macam tak berbaloi, tambahan dgn keadaan saya yg tengah sarat. Akhirnya jadilah 'kenduri maya'. Kami dinner at the same time but at different places. Depa makan mee udang di Hutan Kampung, Aloq Staq. 


Kami pula pilih restoran yg baru dibuka di sri-gom ni, Ayam Penyet Surabaya. 


Ini menu yg kami pilih, nasi ayam penyet utk saya & Abang, nasi ayam bakar utk B dan set lele (ikan keli) utk Angah. Setiap set dihidangkan dgn sambal, terung goreng belado, tauhu goreng, tempe goreng bercili, timun & salad serta air mineral cup. Harga RM11.90 setiap set. 


Abang & Angah
Balqis demam so nak berkepit dgn Walid je


Bagi penggemar nasi ayam penyet macam saya, saya rasa sedap sangat food ni. Tapi bagi B so-so je. Sebab dia suka makan nasi berkuah, at least sup kosong pun jadilah. Dah try minta tapi memang tak disediakan hehe... Abang pulak even suka makan pedas tapi tak mampu nak tahan pedas sambal ayam penyet ni. Pedasnya memang berapi. 

Nak repeat ke? Of course I will hehe... Saya memang addicted sikit dgn Indonesian food ni since visit ke Bandung 2011 hari tu. Maklumlah pegi meeting dgn orang besar Bandung, so we were treated like a VIP :) dibawa makan minum di tempat yg best2 sampai jatuh hati dgn food depa. 

Alahai rindunya kat team BIFIS... Kabare kalian? 


Monday, 28 March 2016

Selamat Pengantin Baru Hj Akmal & Pasangan



Semalam kami ke Ijok, meraikan hari bahagia Hj Akmal dan pasangannya. Hj Akmal ni kami kenali sewaktu sama2 terpilih menjadi sahabat Tabung Haji (sukarelawan TH) sewaktu di tanah suci. Orangnya masih muda, sekitar 25 tahun tatkala mengerjakan haji dua tahun lepas. Baru lepas graduate, kalau tak salah dari Australia. Bukan calang2 anak muda. 

Ingat lagi dulu jika nak ke k.Selangor atau ijok alahai terasa sangatlah jauh. Tapi sekarang dah ada hi-way LATAR dalam 45 minit kami dah sampai di rumah kenduri. Dari templer ke exit ijok terpaksa melalui 3 toll booths yg setiap satunya dikenakan caj RM2.50. Kejap2 kena bayar toll hehe... Macam hi-way Guthrie jugak. Takpelah janji masa perjalanan dah save banyak. 

Aduhai melihat je lauk kenduri rasa tak sabar nak menjamah. Kebetulan memang perut tengah lapar, laju je Mak buyung makan :) pastinya saya tak melepaskan peluang utk makan pecal & sambal jawa yg menjadi signature dishes orang jowo :) 

Terima kasih Hj Akmal atas undangan istimewa ni. Moga mahligai yg dibina dirahmati Allah dan kekal hingga ke jannah. Aamiin. 

Thursday, 24 March 2016

Makan Kenduri di Taman Layang-Layang Kepong



Sabtu 19/3 kami ada 2 jemputan kenduri, satu di Taman Layang-Layang (Taman Metropolitan) Kepong. Satu lagi di JB. Memandangkan saya tengah sarat kami hanya ke Kepong. Tak larat nak travel jauh dah. 

Majlis diadakan secara open air tapi deko sangat cantik & sweet. Cuaca agak redup tapi faham2lah dalam keadaan El Nino ni bahangnya sangat terasa. Berpeluh2 kami menjamu selera. Kebetulan kipas yg disediakan hanya stand fan. Dah tu berpusing sehala je. Untunglah couple yg duduk betul2 depan kipas tu :) Angah yang jarang berpeluh pun dah keluar peluh. Balqis pulak pipi dah macam pakai blusher. Abang toksah cakaplah, lencun! 


W/bagaimanapun menu sangat sedap; ayam, kambing, lembu, fish fillet, aiskrim, kuih muih complete la semua. Tuan rumah nampaknya sangat berbesar hati mengadakan majlis ni. Selain makanan yg enak, tetamu juga dibekalkan dgn pelbagai jenis cenderahati. Moga murah rezeki mereka sekeluarga. 

Door gift yg cantik berbalut tu di dalamnya berisi glass canister yg sangat cantik

Terima kasih Tn Hj Jamil sekeluarga atas undangan yg diberi. Selamat pengantin baru kpd pasangan mempelai. Moga berbahagia hingga ke syurga. 

Tuesday, 22 March 2016

Happy 5th Birthday Angah!


Buah hati pengarang jantung kami 


21/3 genap 5 tahun usia Angah. Mula tu plan nak celebrate this weekend. Tapi tengah2 dok siang ayam pagi semalam terasa rajin pulak. Terus saya rendam beras pulut nak buat pulut kuning dan masak kari ayam. Umi dia yang teringin sebenarnya :) 

Settled hal di dapur terus call hubby minta izin nak keluar beli kek dan birthday gift. Tak susah pun cari hadiah utk dia, beli lori mainan je. At least dia happy even hadiah tu murah je. Beli pun dekat2 rumah je. Kek birthday kali ni saya beli di Pistachio. Oklah keknya murah satu hal, sedap pun sedap. Dan lagi satu sizenya sesuailah utk family kecik kami. Itu pun masih boleh share dgn jiran sebelah. 



Balik dari kedai terus saya masak pulut kuning. Petangnya pulak call KFC delivery, malas dah nak keluar. Sementara tunggu delivery boy sampai, tiup dan gantung belon dgn Abang. Hias sikit2 je bagi cantik time amik gambar. Once KFC dah sampai saya goreng pasta. Elok je B sampai rumah everything was ready. 




Happy birthday Angah! We love you to the moon and back, dunia & akhirat. 

Monday, 14 March 2016

Melaka 2016 ~ day 1


Hujung bulan February lepas kami ke Melaka. Trip ni kiranya birthday treat utk saya from my beloved hubby. Selain tu, tujuan utama nak makan ikan bakar hehe... Dah jadi tradisi pulak bila kandungan masuk 6-7 bulan kami ke Melaka makan ikan bakar. Nak kata mengidam tu tak jugak, tapi at least adalah alasan nak pegi Melaka :) 

Sebelum ke Melaka singgah dulu ziarah Mak di rumah Abang. Lately Mak tak berapa sihat. Baru2 ni detect kidney problem. Moga Mak kuat dan sihat seperti selalu.

Around 10 kami gerak ke Melaka. Sampai lunch time terus makan dekat satu kedai ni. Saya tak ingat nama tempat ni tapi tak jauh dgn pejabat pos besar Melaka. Nama kedai Lot Lapan Lima. Ada nasi campur, nasi beriani, nasi ayam and special menu ayam goreng. Utk kami 5 beranak total kos RM38.15 termasuk GST. Hai ada jugak GST... 


Lepas makan ronda sekejap Melaka town. Nak singgah area taming sari tu tapi anak2 dah pakat mengantuk. Panas terik pulak tu. Orang pun ramai, parking takde. Pegi hotel je la. Masa call utk confirm booking tu hotel cakap check in pukul 3, sekarang baru pukul 2. Just try our luck. Alhamdulillah dapat check in awal. 

Lepas solat konon nak tidur jap. Tapi aircond problem, tak sejuk. Macam dah preset on fan mode. Tak rasa dingin. Kat luar pulak cuaca panas rasa berkuap je. Kids pun pakat main, xnak tido dah. Mula tu nak bagi mandi pool tapi sbb diorang tak tido & the parents pun penat, mandi kat bath tub je la. Berendam la Abang & Angah puas2.

After asar kitorang gerak ke umbai. Alahai jem la Melaka ni. Sana sini sangkut. Sampai umbai terus kami ke restoran feveret, Parameswara. Pernah try one of the stalls yg kat depan tu tapi saya lebih suka parameswara. 

Kami sampai around 6 lagi tapi meja mostly dah penuh sbb ada group booking. Tak dapatlah nak duduk area seaview. Saya terus pilih food. Menu dah prepare kat rumah lagi hehe... Masa menunggu dalam 1/2 jam je kot sbb belum ramai lagi.


Siakap bakar bersambal, sotong goreng tepung, butter prawn & ketam black pepper. 

Yang best makan ikan bakar Melaka ni serve with nasi lemak. Memang tak dapat kat tempat lain. Maybe next time kena slash 1-2 menu kot sbb yg ini pun semput nak habiskan. Tambahan Angah langsung tak nak makan, dia mamun lagi sbb sempat  nap sekejap je dlm keta. Yang kelakar Abang yg kaki makan pun surrender tak larat nak ratah esp ikan tu. Total kos RM 104.00. Rasanya berbaloi & cheaper la kalau compare dgn kl. 


Dulu selamba je habiskan 2 bungkus nasi lemak ni tapi skrg termengah2 nak habis kan. Faktor usia kot :p 

Belum pun kami habis makan dah ada orang tunggu nak book meja. Mujur kami awal so dapatlah makan dgn selesa. Better juga kalau book dulu sebelum datang kan. Here is the no; 


Kononnya malam tu nak naik river cruise tapi masing2 dah pancit, kitorang lepak kat bilik je. Trip ni pun utk santai2 je bukan nak melancong sangat pun. 

Jumpa lagi!