Saturday, 28 June 2014

Persediaan Menyambut Tetamu Istimewa


Ramadhan seringkali diibaratkan sbg tetamu istimewa yg datang bertandang sekali setahun. Amat bertuah jika kita dapat bertemu dgnnya. Hadirnya membawa pelbagai rahmat & berkat. Nak sambut tetamu istimewa mestilah mcm2 persiapankan?

Sebagai persediaan utk menyambut Ramadhan kali ini, seawal jam 7.15 pg kami sekeluarga bergegas ke pasar tani. Nak cari stock lauk pauk sayur mayur utk berpuasa. Orang punyalah ramai, bukan setakat jam tapi dah stuck. Saya minta hubby pusing ikut arah food court, tak sanggup nak que panjang dgn kereta berderet2 menuju ke jalan masuk ke p.tani. Better saya jalan kaki dari stuck dlm keta. Namun dlm hati saya tetap berdoa moga dapat parking yg dekat dgn p.tani. Alhamdulillah elok sampai depan restoran d'manja, ada kereta baru keluar parking. (Tip: amalkan DOA ni jika anda perlukan tmpt parking "allahumma anzilni munzilan mubarokan, wa anta Khairul munzilin". Maksudnya: Ya Allah, turunkan aku ditempat turun yg berkat, sesungguhnya Engkaulah sebaik2 yg menurunkan (sesuatu). DOA ni saya dapat dari majalah Anis. Kalau x silap ini DOA Nabi Noh. Saya selalu baca DOA ni jika nak ke mana2 yg memerlukan parking kereta; kedai, kenduri, mall dsbnya. Alhamdulillah so far menjadi. Kena yakinlah ye..dgn Allah pastinya :)

Saya hanya beli stok ikan & seafood serta sayur. Ayam x beli sbb ramai sgt org que. Setiap gerai ada 2-3 layer org beratur. Tak kuasa mokcik :) Balik rumah saya sambung kerja2 dapur. Hubby pula dgn rajinnya bersihkan rumah - vacuum, mop & cuci kipas. Kan nak sambut tetamu istimewa...


Semalam saya dah bersihkan peti ais. Puas jugaklah menyental peti ais tu. Pinggan mangkuk pun saya tukar set baru, yg beli di Langkawi hari tu. Hubby dah sound suruh tukar pinggan melamine tu, dah 10 tahun usianya. Hadiah kawin kitorg... saya ni selagi boleh guna, nak je guna. Masa nak buang tadi pun sempat tanya hubby, xmo simpan ke? Kot2 Balqis nak buat main pondok2. Hahaha...


Itu semua hanyalah persiapan luaran/material. Yang penting sebenarnya persiapan rohanikan? Seganlah nak kongsi, tapi harapnya benih yg ditanam di bulan Rejab dan disiram/baja di bulan Syaaban tumbuh subur di bulan Ramadhan ni. Insha Allah.

Salam Ramadhan dari kami sekeluarga!


Wednesday, 25 June 2014

Ujian Kemasukan Sekolah (UKS) SRAI


Sabtu lepas sebelum ke Putrajaya, Abang sempat menduduki exam utk penempatan utk Sek. Ren. Agama Integrasi (SRAI). Ujian diadakan secara serentak di seluruh negeri Selangor. Ujian bertulis dan lisan sekali.

Abang rilek je... Umi macam biasalah, nervous. He he.. 

Keputusan awal Julai ni. Harapnya Abang dapatlah 1 tempat utk bersekolah di sini. Hanya separuh dari jumlah pelajar yg sit for the exam on that day akan beroleh tempat. Keistimewaan sekolah SRAI ni antaranya sekolah satu sesi, 7.30-3.30. Dah combined academic & agama. Hari Jumaat 1/2 day, boleh bawak Abang solat jumaat. 

Namun, ada limitation juga. 'Graduan' sekolah ni tak dapat memohon utk MRSM, SBP atau SMKA, sekatan yg dilakukan selepas tsunami politik 2008. Kesian anak2 jadi mangsa diskriminasi politik. SRAI ni sebenarnya di bawah kelolaan JAIS. Takpalah, rezeki Allah yg tentukan. Bak kata GB, semuanya boleh berubah. Sama2 kita DOA agar peluang anak2 ini tidak disekat.

Sebagai ganjaran utk Abang, kami bawak dia mandi pool di Everly Hotel.

Tuesday, 24 June 2014

Everly Hotel Putrajaya


Sejak berlakunya tragedi MH370 nama hotel ni mula menjadi sebutan. Manakan tidak, disinilah keluarga para penumpang warga Malaysia ditempatkan. 

Kami hampir membatalkan hasrat utk menginap disini memandangkan room ratenya over budget, rm270. But then we tried to ask for government rate, rm200 je. Minta jugak pihak hotel check kan ofis hubby masih dlm gomen list ke tidak. Alhamdulillah termasuk. Teruslah kami booking.

Hotel ni memang cantik. Maklumlah hotel baru. Feel good factor is there. Selain bilik, food memang excellent :) the buffet spread tu mmg banyak choice and sedap. Room rate tu include breakfast for 2 adults. Abang (kids 4y/o and above) kena bayar rm16.30 nett. Angah  and Balqis free ler.

Here are the pics... let them do the talking :)

 Our room... very nice
Sila abaikan model yg nangis tu:)


 Fuzz Café... ambient mmg sgt cozy...
Kalau x kerana Abang & Angah  merengek nak ke pool lagi lama lepak sini rasanya

 View from our room.. mmg kelabu sbb Putrajaya berjerebu je

Kecik je poolnya tapi oklah utk kids berendam.. nampak few families jugak yg lepak sini bwk their kids.


Yummy yummy :)

Sekian cerita cuti2 Putrajaya kami. Kalau berkesempatan singgahlah ke hotel ni. Best!


Monday, 23 June 2014

Putrajaya Getaway


Hubby just finished his exam and before  Ramadhan is coming, we decided to go for a short break. Oops, Abang also took a placement exam on that day. I'll blog about it later, insha Allah.

Hari yg sama kami ada 2 jemputan kenduri. First we went to our neighbour's place, k.Zana who organized a kenduri doa selamat for her daughter yg nak sambung belajar. The best menu of course le kuah durian with roti putih. Walah! Apart from that we had nasi lauk kampung with ikan keli, sambal udang and nenas masak lemak with ikan masin, among others. Sorilah, dekat2 nak puasa semua makanan rasa sedap je :)


2nd kenduri was at Atiqah's place. She held an aqiqah kenduri for her newborn daughter & nephew. Here we ate kambing golek and another round of nasi. Makan makan dan makan lagi. Irresistible you!


Around 5pm baru sampai di Putrajaya. We stayed at the Everly Putrajaya. Will also blog about this hotel, insha Allah. Took a nap then bawak kids mandi pool. Malamnya kami dinner @ Alamanda. Hotel ni is actually adjacent to the mall. Jalan kaki je... window shopping jap lepas dinner pastu balik hotel. Konon nak tengok bot berhias sempena Floria2014 tapi masing2 dah penat. Lepak kat bilik je...

Next day, bagi chance kids mandi pool skali lagi. Check out then once again we went to Alamanda. Kebetulan Parkson kan ada grand sale skrg ni, lama jugak le kami pusing2 situ.

Then we headed to Bangi for lunch and solat kat masjid hijau BBB tu. Balik rumah semua zzz... itulah, short but meaningful trip for us. Alhamdulillah.

Last but not least, let's do these;


Take care.


Wednesday, 18 June 2014

Jualan Gudang The Store



Sejak 'berkenalan' dgn jualan gudang (warehouse sale) ni, pantang dapat tahu je mesti saya serbu esp yg buat warehouse sale for kids & baby products. 

Semasa balik dari JJ Keramat tempohari saya dah perasan ada bunting the store warehouse sale ni. So Sabtu lepas saya ajak hubby pegi cari baju raya utk kids. Last year pun saya shopping kat sini jugak. Alhamdulillah it was a good bargain. Based on that experience, saya mmg menunggu2 jgk utk sale ni. Most of the items are offered at 50-70% discount. Items xdelah branded sgt tapi for me worth buying esp for kids. Mahal2 sgt pun nanti comot. Hikhik. 

Memang rambang mata jugak saya memilih esp 1st time nak beli baju raya utk anak pompuan. Semua nampak cantik je :)


Paling banyak saya beli utk Abang. Time warehouse sale ginilah selalu saya spent banyak utk Abang. Saya beli round neck shirt kat dia 4-5 helai. Satu, sebab cuaca panas dijangka sampai raya kan. 2nd reason raya nanti byk hari nak spend kat kampung, better pakai round neck shirt je. Harga after discount dalam rm15-30. Jeans pun saya beli selai je. Rm23.90 je, jenama o'dear. Tak berani beli byk2 sbb dia cepat besar. 

Yang paling susah nak cari ialah baju utk Angah. Frame badan dia kecik even dah 3 thn tapi baju utk 1-2 tahun muat lagi dgn dia. Utk 3 thn biasanya gelebeh sikit. Dapat jugaklah 3-4 lai utk dia.

Yang best sekali mestilah shopping utk cik Balqis. Cuma gaun tu still mahal bagi saya, around rm40 after discount. Saya beli baju biasa2 je, sepasang dlm rm15-18 gitu. Bolehlah pakai raya ke 3 4 5 dan seterusnya :) baju utk raya pertama dah beli lama dah. He he. 


Actually masa update blog ni, saya baru balik dari shopping (revisited) sbb hari ni baru mula sale utk handbags & shoes. Handbag memang menarik cuma xde yg berkenan. Kasut x banyak choice. Yang lain2 ada cadar, toiletries, bantal, toys, shawl dll. 

Cumanya kids apparel dah tak banyak choice. Diorg dah rotate with bags & other stuff. Mujur saya dah beli hari tu. 

Sale ni akan berlangsung sehingga 29 Jun. Tempatnya di Dewan Serbaguna Lembah Keramat AU5. Alang2 sampai ke sini jangan lupa singgah ke gerai Sate Sri Melaka, sebelah Esso tu. Happy shopping!




Monday, 16 June 2014

Subang International Air Carnival 2014


Berlalulah sudah cuti sekolah... amacam mak2, kalut x hari ni? Biasalah bila anak2 sekolah bukan takat mak2 yg kalut satu 'kampung' kalut. Sana sini traffic jam.

Hari terakhir cuti sekolah semalam sempat bawak anak2 ke Subang International Air Carnival yg diadakan di Skypark Regional Aviation Centre, Bukit Jelutong. 

Dengan confidentnya kami ke Subang Airport pagi tu... he he.. dah namanya Subang International Air Carnival kan, pi la cari kat Subang Airport. Rupanya kat belah2 TUDM Subang, ikut kata p.cik driver taxi yg kami tanya kat airport tu. Pusing2 sampai la juga ke TUDM Subang. "Bukan kat sini encik", kata pegawai bertugas di pintu masuk TUDM. Terus kami pusing lagi ikut arahan yg diberi. Akhirnya sampailah juga ke tempat yg dituju. 

Ramai juga nampaknya pengunjung. Kebanyakannya family with young children. Iyelah budak2 kan suka aircraft ni. Menapak jugalah dari tempat parking ke exhibition space tu. Kids were super-excited bila dpt peluang up-close & personal with the aircraft :) nak try heli-ride mahal, rm150 so dapat gosok2 kapal terbang dan posing dalam kapal terbang pun dah enjoy sangat. 





Abang pegang senjata dengan penuh bangga :)

Boleh tahan harganya nak try flight simulator ni

Motorsikal milk Red Army Warriors utk tattoo show.
The show starts at 2.30 pm.

Till then, take care.

Thursday, 12 June 2014

Water Dispenser Baru


Salah satu petua yg Mak saya ajar utk maintain penghasilan susu badan ialah minum air suam. Alhamdulillah berhasil utk saya. 

Kebetulan masa mencari pengganti utk kettle yg rosak, kami terjumpa water dispenser (WD) eletrik jenama Pensonic. Harga x sampai rm200 masa tu. Ada dua function, hot & warm water. Suka sangat2 esp the warm water function tu. Anytime dahaga tekan je keluar air suam. Air masak sejuk saya kureng skit. Lama jugak kami pakai WD ni lebih 2 tahun or lama dari tu. X ingat dah bila beli. Kedai letrik tu pun dah berpindah. Akhirnya last Thursday hayat WD ni berakhir. Langsung x menyala. Bawak ke kedai nak repair pun dah x boleh. Sebelum ni button hot water yg rosak tp function lain x terganggu. Nak ambik air panas saya ceduk je. Banyak jasa dia. Pagi2 nak buat air kat hubby x payah kalut masak air sbb hot water dia mmg ever ready & hot :). Sentimental pulak sbb sayang sgt dgn mesin ni. 

Seminggu jugaklah saya terpaksa masak air dalam periuk secara manual sblm dapat pengganti WD tu. Akhirnya malam smlm hubby ajak usha2 WD baru. Masuk kedai ketiga baru jumpa spt yg kami nak. Dua kedai lagi x jual yg dual function camni, just single function i.e. for hot water je. Brand Morgan. Saya x pernah dgr brand ni tp salesman tu kata OK. Ada warranty 2 tahun so oklah. Lagipun nak xnak mmg nak beli pun. Kapasiti 8L, bigger dari yg lama. Harga rm276, tawar dpt rm230. Kecek2 lagi dpt bateri remote-controller as free gift. He he.

Inilah WD baru saya;


Ini pula yang lama;


Akhir kalam, Salam Nisfu Syaaban utk semua.