Thursday, 8 January 2026

Bingka Ubi

Bik bagi lagi hasil kebun; pucuk ubi, ubi kayu dan limau kasturi. Pucuk ubi dah selamat dimasak lemak. Ubi kayu kali ni besar² saiznya, tak sedap dah nak direbus. Jadinya Ummi cubalah buat Bingka Ubi

Resepinya salin dari Che Nom

Bahan²
5 cwn ubi parut
2 sb majerin
Beberapa titik pewarna kuning
2 kotak / 400ml santan
1 1/4 cwn gula (kurangkan kalau tak suka manis) - Ummi letak 1 cawan gula perang 
1-2 sk garam

Cara Penyediaan;

1. Bersihkan ubi kayu dan potong kecil. 
Nampakkan ubi ni dah tua/matang...

2. Kisar dengan sedikit air. Tapis dan keluarkan air, kalau ada muslin cloth lagi bagus sebab kita boleh perah air sampai kering.

3. Air perahan tu simpan dulu untuk digunakan kemudian (nak guna bahagian kanjinya). 

4. Masukkan gula dan garam ke dalam bekas ubi kayu dan gaul rata semua bahan. Kemudian tambah santan. 

5. Cairkan marjerin, tambah pewarna kuning dan tuang ke dalam adunan ubi kayu. Gaul sebati. 

6. Tapis keluar air perahan ubi kayu kisar tadi dan ambil kanjinya (warna putih) sahaja dan masukkan ke dalam adunan ubi kayu. Gaul sebati. 

7. Gris loyang (saiz 9x9 inci) dengan majerin dan lapik dengan kertas baking (pilihan). Tuang masuk adunan dalam loyang dan bakar suhu 180°C-200°C selama minimum 1 1/2 jam. Sapu permukaan dengan 1 sb majerin untuk bagi permukaan lebih berkilat.

 Ummi bakar dalam air fryer je. Adunan tu tuang dalam baking paper AF je sebab takde bekas yang muat dengan saiz basket AF tu. 

8. Inilah hasilnya. Bahagian atasnya garing dan keras sikit tapi bahagian bawahnya menjadilah juga. Rasa ada, rupa out  😆

Apapun alhamdulillah licin juga dimakan :) 


Kakak ~ Status Permohonan F1

Bakal pelajar sekolah menengah 🤗

Alhamdulillah keputusan permohonan dan penempatan ke Tingkatan 1 (F1) telah diketahui. Setelah melalui pelbagai ujian bertulis dan temuduga inilah keputusan permohonan Kakak.
Paling awal dan mendebarkan ialah keputusan permohonan ke SBP/SMKA/MRSM pada 26/12. Diikuti SMISTA dan KAA pada 29/12 dan akhir sekali MITS/SAM JAIS pada 2/1/2026. 

Status permohonan Kakak; 

1. SMKA TMUA ✅
3. Maahad Integrasi Sains Tahfiz Selangor (MITS) ❌ tapi ditawarkan ke SAM 
4. SMISTA (calon simpanan)

Alhamdulillah syukur atas tawaran² yang Kakak dapat. Terima kasih semua yang mendoakan Kakak 🌹






Wednesday, 7 January 2026

Status Update: 1-7 Jan 2026

Tahun ni malas nak buat Recap Series, penat 😅 
Buat siri Status Update (Whatsapp) je la ye, untuk kenangan sendiri... Up status WA ni pun ikut mood dan ikut keadaan juga. Bukan semua benda dikongsi. 

Status update pertama di tahun baru. 

Walid ajar Abang isi minyak kereta dan isi angin tayar. Umminya sampai sekarang tak reti bab ni (isi angin tayar) 🤭

Abang Angah masa umur² dia tak pernah pulak minta nak tidur rumah kawan, mai tang dia nak sleepover la, nak outing  dengan kawan² la 😇 

Ikutkan ada lagi updates tapi cukuplah 3 ni je Ummi simpan di blog ni. 

Azam tahun baru 😉



Buku Sekolah 2026 ✅

Rasa singkat pulak cuti sekolah kali ni. Minggu depan dah buka sekolah utk sesi 2026. Banyak lagi urusan belum selesai. Almaklumlah balik kampung minggu lepas sampai seminggu ☺️

Alhamdulillah hari ni selesai pergi beli buku sekolah Adik. Kelmarin beli buku sekolah Angah dan Kakak. Buku² pun ada yang belum sampai stok. Kakak sebab F1 kot, kena bayar siap² untuk buku yang belum dapat. Nanti bawa je resit untuk tuntut buku bila stok dah sampai. Angah dan Adik pula nanti buku dah sampai, baru pergi beli. 

Senarai buku. 
Sebelum pergi ke sekolah, Ummi semak dulu stok buku tulis belum guna di rumah. 

Buku Penulisan BM Kakak masih ada 1 belum guna. 

Ummi tampal sticker dan tulis nama Adik.

Buku tulis tahun lepas masih belum guna. 
Buku² tulis Angah pun banyak yang masih belum guna. Ada yang Ummi suruh sambung guna buku yang sama je sebab masih banyak ruang kosong. Yang bertulis cuma 2-3 muka surat pertama je. Ada subjek guna buku aktiviti je. Alhamdulillah banyak jugalah yang dapat dijimatkan. Lepas ni proses balut buku pulak. Abang ada, boleh uruskan :) 

Kos Pembelian Buku Sekolah Sesi 2026 
(setakat 7/1)
Adik : RM59.80
Kakak: RM256.10
Angah: RM68.90

Pending (tunggu stok buku sampai).
Adik : RM19.50
Kakak: -
Angah: RM69.70

Alhamdulillah, selesai bab beli buku. 
Ada beberapa lagi kelengkapan sekolah nak kena beli. Semoga dipermudahkan utk semua 🤲🏻 

#kurang bw sebab banyak urusan di luar 🙏🏻

Tuesday, 6 January 2026

Angah ~ Friendly Match Bola


Ahad lepas, bertempat di Arena Sukan KL Angah dengan kawan² Acrux dia lawan bola dengan team SMAWIP.  Menang, salam 4-0 la :) 

Sewa padang bola RM800 untuk 1½ jam, beserta pengadil, linesmen dan photographer. RM800 tu bahagi dua antara Acrux dan Zentrix. Team Angah bayar RM25 sorang. Lagi ramai main, lagi murahlah bayarannya. 

Pandai juga nampaknya anak Ummi main bola haha... 
Gambar pun cantik², nampak pro sebab gambarnya diambil oleh photographer Arena Sukan ni la... 

Seronok main di padang cantik dan proper gini. Tapi modal keraslah 😌

Wedding @ Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati


Alhamdulillah, dijemput ke kenduri kahwin lagi Ahad lepas. Kali ni undangan dari Imam Zawawi, ke majlis perkahwinan anak lelakinya. Walaupun Ummi nak pergi makan kenduri, tak boleh gantung periuk. Anak⁴ dah tak nak ikut makan kenduri, kecuali kenduri keluarga atau sahabat² rapat kami yang depa pun kenal. Jadi, dapur Ummi tetap berasap. Masak simple² je untuk anak⁴ sebelum keluar rumah. 

Dewan masjid tapi cantik dekorasinya, dan selesa sebab ada aircond

Kami datang lepas Zohor. Tetamu dah tak ramai. Tapi ada juga 2-3 pasangan jemaah surau yang baru sampai macam kami. 

Mee Kari dan kuih. Kuih tu Ummi tak tahu namanya. Tekstur macam kuih talam, tapi rasa savoury. Ala² kuih Cara Berlauk. 

Alhamdulillah terima kasih sekali lagi Tn Hj Zawawi sekeluarga atas jemputan. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

Monday, 5 January 2026

Prep & Simpan Sayur

Terinspirasi tengok Kakmim prep lauk basah untuk hidangan berpantang anakanda Awan, balik pasar terus Ummi siang sayur -mayur dan simpan dalam tipuware. Dulu rajin buat gini, lepas tu malas and now di tahun baru ni rajin semula :D 

Lauk² basah Ummi simpan dalam ziplock bags. Nanti dah cuci freezer tu nak letak dalam tipuware juga, lebih teratur dan senang nak ambil. Dalam ziplock bags ni kadang beku tu melekat pulak satu sama lain, ambil masa nak pisahkan. 

Balik dari pasar, singgah makan roti canai kari kambing lagiiiii... Tapi kali ni di Kg Melayu Sri Gombak Indah. Pun sedap roti canainya, lembut je. Penebar rotinya muda lagi. Suka tengok anak² muda rajin berniaga begini. 

#Entry tertunda lagi 🙏🏻


Tukar Decoder Astro


3.1 technician Astro (3rd party) datang tukar Astro Box yang lama (4 segi) tu dengan Astro Box baru jenis bulat ni. Namanya Ultra Box @ Astro Ulti Box. Astro Box lama tu dah tak boleh guna katanya lepas 31/12/2025. 

Remote Astro yang baru
So far Ummi tak sempat explore lagi, tunggulah sekolah buka nanti barulah Ummi boleh conquer TV :p 

Sunday, 4 January 2026

Selamat Pengantin Baru Cg Azmeen & Isteri ❤️

Alhamdulillah dapat jemputan makan kenduri lagi. Jemputan pertama untuk tahun 2026. 
Jemputan kali ni datangnya dari pengantin lelaki sendiri, Cg Azmeen. 


Majlis sebelah petang, dari jam 4.00 ptg - 10.00 mlm. Kami pergi sebelah petang. Jauh juga Puncak Alam tu jadi pergi awal lebih mudah nak cari rumah CA. Ini pun nyaris salah majlis sebab di lorong sebelah pun ada khemah! Agaknya sebab ada 2 kenduri itu yang kenduri CA dibuat sebelah malam. 

Kami singgah solat Asar di Musolla Al Musaffirin, Bandar Sri Coalfields yang terletak di perkarangan stesen minyak Caltex ni sebelum ke rumah CA. Cantik dan terjaga suraunya. 

Pelamin CA di luar rumah... 

Nasi putih, daging masak lemak, ayam masak merah, sambal jawa, daun salad dan ikan masin bulu ayam. Lepas tu ada tauhu sumbat. Sedap sangat! Rasanya tauhu sumbat paling sedap kot Ummi pernah makan. Ada laksa juga 😋

Makanan² lain pun sedap belaka alhamdulillah. 

Cenderahati dari CA untuk para tetamu. 
Terima kasih sekali lagi atas jemputan. 
Selamat Pengantin Baru Cg & isteri 🌹


Hadiah Top Commentator dari Blogger Tot ❤️


Alhamdulillah rezeki awal tahun, Ummi terpilih sebagai Top Commentator di blog Secawan Kopi, Sekebun Cerita milik rakan blogger kita Tot @ Nur. 

Rajin juga Ummi bersembang dengan Nur rupanya :) 

Nur hadiahkan;
1 naskhah Planner 2026
1 unit penunjuk Al Quran 
1 helai tudung bawal warna hijau 
1 unit beg kecil/ pencil case 
1 unit keychain 
1 unit pocket mirror
1 unit bekas plastik

Sekali lagi, tqsm Nur. 
Semoga bertambah berkat dan luas rezekinya dan Sulaiman beroleh kejayaan cemerlang dlm SPM hendaknya 🤲🏻 🤲🏻 🤲🏻 

Saturday, 3 January 2026

Pusing² Batang Kali

[Entry tertunda]

Adik Kakak kami tinggalkan bersama para guru dan rakan² Kem Rimba Tamu sebab kedua²nya nak balik naik bas. Kembali ke jalan besar, sepatutnya kami ambil kiri untuk balik ke Sri Gombak. Tapi alang² dah sampai, marilah kita teroka tempat ni...


Cikgu² kata ada kedai makan kepunyaan mantan guru SRAI, Cg Zaila berdekatan sini. Kami pun memang kelaparan. Ummi sarapan tosai je, mana maunya perut orang Kedah kan :p 
Nak juga cari nasi 😅

Nampak ada orang jual rambutan segar tepi jalan, beli seikat. Sedap dan lekang isinya. Nama tempat ni Kg Genting Malek. Pernah dengar namanya ? 

Akhirnya kami sampai di masjid Kg Sg Masin. Kg Sg Masin ni pun Ummi baru tahu kewujudannya. 

Sebelah masjid ni la kedai makan CZ. Namanya Sepakat 2. Alhamdulillah lauk pauk masih ada wpun dah hujung². Ada juga nasi ayam dan roti khurasan. Petai atas tu pun Ummi beli dekat gerai sebelah Sepakat 2 ni. 

Gambar makanan dan kedai Ummi tak ambil sebab lapaq 😆 Ambik nasi, cuci tangan terus makan. Dah pukul 3 hangpa... 

Beli juga karipap. Sedap, inti pun penuh. 

Selesai makan tengahari, kami balik ikut signboard ke pekan Batang Kali. Sampai di pekan, barulah rasa familiar dengan tempat ni. Pekan Batang Kali ni dah beberapa kali kami sampai. 

Nampak satu lagi Restoran Sepakat (Sepakat 1). 

Dah jumpa jalan balik :) 

Di pertengahan jalan, nampak kereta Cg H. Balik sorang la Cg sebab Kakak, Aqiel & Fahim naik bas. Masa datang je tumpang Cg. 

Alhamdulillah program pun berjalan lancar dan yang penting selamat dari sebarang perkara yang tak diingini.