Hari kedua di Ganu.
Itinerary pertama untuk hari ni, sarapan di Nasi Dagang Atas Tol (NDAT). Ini kali kedua kami makan NDAT. Lepas makan kali pertama dulu, terus jatuh hati 😉
Kali ni ramai betul orang, kami sampai jam 8.30 pun meja hampir penuh. Dapatlah satu table. Itu pun terpaksa tambah kerusi sebab meja tu untuk 4 kerusi saja. Lebih kurang ½ jam juga beratur baru sampai turn kami.
Mujur depa ada sediakan payung.
Abang que line bungkus sebab nak beli untuk kawan-kawan di hostel. Walid Angah Kakak beratur line makan (dine in). Team Walid sampai kaunter dulu, staff kata boleh je order untuk bungkus sekali sebab kalau ikut turn Abang lambat lagi. Dia suruh duduk makan dulu, nanti depa siapkan order untuk bungkus tu. Konsepnya di sini layan diri.
Sedap kot makan nasi minyak kenduri semalam, hari ni pun repeat nasi minyak.
"Rezeki kita Ummi, ayam baru diangkat dari kuali"
Alhamdulillah bertambah sedaplah dapat ayam panas-panas lagi.
Green Tea Hulk ni ramai peminat dekat NDAT ni. Rata-rata setiap meja tu ada yang pesan air ni. Ummi pula suka teh ais depa tapi tak order kali ni. Tak berasa nak minum. Lagi pula hujan, prefer minuman panas ie teh tarik.
Sudahlah hujan, dapat pula kopok lekor panas-panas gini nikmat sangat alhamdulillah.
Kami order;
Nasi minyak ayam goreng x1
Nasi dagang ikan aye + telur rebus x2
Nasi Lemak ayam goreng x3
Nasi Dagang ayam goreng x4 (tapau)
Green tea Hulk x2
Milo x1
Teh tarik x2
# air kosong FOC
Harga keseluruhan untuk 10 pax (termasuk tapau) serta minuman. Berpatutan harganya; dengan portion yang mengenyangkan, sedap, staff yang friendly dan cekap, sistem pesanan makanan yang teratur dan laju serta suasana kedai pun bersih.
Alhamdulillah.
Semoga saya ada rezeki ke Terengganu lepas ini dan makan kat NDAT. A-min
ReplyDeleteIn Sha Allah ada rezekinya tu Shai aamin 🤲🏻
Deletewahhhh besar betul saiz ayam gorengnya tu
ReplyDeleters mcm lg besar dan byk berbanding nasi
hehehe
Aah memang besar ayam tu. Tertutup nasinya hehe
DeleteSedapnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap
DeleteDah confirm saya nak makan di sini jugaaaaa saat ke KT ❤️❤️😍. Nak rasa nasi minyak, dan Lekor pastinya 😄
ReplyDeleteWajib Fanny!
DeleteAda 2 @ 3 cawangan kamu recce dulu. Yang kakak makan ni di Gong Badak. Di tengah bandar KT juga ada.
Kalau ke KT memang tak lupa singgah sini
ReplyDeleteYa Wak, sedap makanan sini
DeleteActually Rin tk sempat ke sini masa pergi terengganu ritu 🥲
ReplyDeleteNx time wajib singgah Rin 🤗
DeleteTerus rasa lapar tengok ni pepagi. Sedap pulak nampak ayam berempah tu.
ReplyDeleteMemang sedap Cie. Boleh masuk list jjcm Ganu :)
Deletetringat dlu time p ganu..ujan juga lps tu pjg beratur..husband ckp pi tmpt lain je la....nasibaik time outstation dpt merasa mkn NDAT...ujan2 dpt kopok lekor panas2 sedap tu
ReplyDeleteMujur merasa juga time outstation, kalau tak kena turun Ganu la lagi hehe
Deleteadoyai terliur la plak esp kepok lekor tuuu
ReplyDelete