Tuesday, 8 September 2026

Selamat Pengantin Baru Zira & Ustaz Afieq ❤️

Undangan kali ni datangnya dari Zira, kerani di SRAI. Pasangannya, Ustaz Afieq pula dulu mengajar di sekolah yang sama. Alhamdulillah jodoh mereka. 

Dua pasang pengantin.
Ni majlis bertandanglah kiranya... 

Majlis diadakan di Felda Gedangsa. Seperti biasa kami sangat teruja nak ke tempat baru. 
3 tahun lepas, kami pernah lalu jalan ni, tapi dari Sg Besar. Masa tu kami balik dari temuduga UA Angah di MRSM Sg Besar. Saja nak lalu jalan yang tak pernah lalu. Masa sampai Felda Soeharto (masa tu tak berapa pasti rumah UA di Felda mana), Ummi cakap dengan Walid, "nak datang sini saja² tak lah kan... Unless ada kenduri kahwin". 

Masin mulut Ummi, hari ni kami dapat jemputan makan kenduri di sini. 

Felda Soeharto atas lagi dari Felda Gedangsa kalau dari Behrang. Dari Sg Besar, jumpa Felda Soeharto dulu. Betullah tu sebab dulu kami dari Sg Besar. 

Rasmikan brooch pemberian MZ tempohari. Cantik kan? 

Jauh ye perjalanan kami hari ni. Ummi set meter kereta, 105km dari Prima ke sini. 

Sampai je teruslah serbu nasi...
Ummi ambil nasi minyak, ayam goreng berempah, daging masak hitam, gulai batang pisang, ayam masak kicap dan yang istimewa semestinya sambal tahun/taun. Ummi pernah makan tapi selama ni tak tahu pun namanya. Ingatkan sambal tahun ni nama lain bagi sambal goreng jawa. 

Close up...
Yang dihiris memanjang tu kulit lembu. Ummi dengar tetamu semeja berbual sesama mereka. Ummi ingat sotong kembang 🫣
Walaupun pernah makan, tapi dah lama tak jumpa menu ni. 

Balik rumah, kita Google :)

Pecal! 

Lauk pauk pula dimasak secara gotong-royong. Pastinya sedap dan banyaklah kuantitinya. Rasanya keluarga UA tumbangkan lembu, paling kurang seekor. Sebab selain menu di atas, ada juga sup tulang. Dalam gulai pun ada Kakak dapat limpa, Angah dapat paru. Kulitnya pula dimasukkan dalam sambal tahun. Gulai batang pisang tu katanya dimasak oleh tukang masak import dari Kedah. Patutlah sedap :p 


Makanan yang disediakan sangat banyak dan pelbagai jenis sampai tak termakan. Ada juga dengar emcee jemput makan sambal goreng jawa, favorite Ummi tu... Tapi perut tak muat dah... Ketupat tu Angah nak ambilkan untuk Ummi, pun Ummi tolak. Kenot go dah :D 

Taufufa, getuk goreng... 
Ambil gambar je la :) 

Air balang berbalang-balang... Macam di pasar malam. Meriah sangat kenduri ni, alhamdulillah syukur dapat jadi sebahagian dari tetamu dan merasai kemeriahan kenduri di Felda.  

Laluan menuju ke pelamin... 

Candy booth lawa 😍
Bakul rotan menampilkan elemen klasik. Lurvvv! 

Pengantin dah sampai... Sanggup kami berpanas dok tunggu pengantin ni. Datang jauh² takkan tak tengok depa bersanding kan... 
Yang melagukan selawat masa ketibaan pengantin pula suara macam telan kaset. Padu 👍🏻

Buah tangan dari keluarga pengantin. 

DOA kami agar kedua mempelai berbahagia selalu, dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Selamat Pengantin Baru Zira & Ustaz Afieq serta adinda UA dan pasangannya. Baarakallahu lakum 🤲🏻





32 comments:

  1. Ketupat daun palas tu tak payah tunggu hari raya. Meriah makanannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sentiasa ada je makanan² gini, tak perlu tunggu raya.
      Makanan sangat meriah. Alhamdulillah.

      Delete
  2. Wha! Good idea la candy booth tu! I like!

    ReplyDelete
  3. Jauh perjalanan ke kenduri tu. Betullah tu kan, kalau tak sebab kenduri kita tak kan sampai tempat tu. Rezeki sampai di kenduri kahwin yang jamu tetamu dengan macam-macam hidangan rare dan sedap. Memang tak larat nak masuk perut lah macam ni. hihi..
    Alhamdulillah..Tahniah pengantin. Semoga terus berbahagia sampai syurga. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time ada jemputan kenduri beginilah kita nak explore tempat² baru kan Fiza. Lepas tu dapat pulak makan makanan rare & enak, hilang rasa penat datang jauh² hehe...
      Aamin utk doanya 🤲🏻

      Delete
  4. Alhamdulillah.Brbaloi jauh perjalanan..Byk pilihan makanan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tapi itulah perut pulak tak bagi kerjasama haha...

      Delete
  5. jauh jugak 100+ km tu nak gi attend wedding :) kulit lembu tu MZ mcm pernah mkn cuma tak ingat kat mana..sedapnya sbb kenyal2 lembut gitu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru sehala MZ. Balik 100km lagi hihi...
      Betul, teksturnya kenyal² sikit. Sedap dan rare dapat makan kulit lembu ni

      Delete
  6. aduhh.. pecal tu lama sungguh tak makan. arwah mak selalu buat terutama bulan Ramadan. bezanya pada kuah.. Baarakallahu lakuma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun suka pecal.
      Airtangan ibu tiada tandingan, the best la kan Ustaz.

      Delete
  7. Betul kalau banyak makanan tidak termakan semua. Hehe kecuali duduk lama dari pagi hingga ke petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA... Untung saudara mara dan jiran sekampung tuan rumah hehe ..
      Kami ni tak boleh berlama, Ada jemputan lain, selain nak bagi ruang utk tetamu lain pula menjamu selera.

      Delete
  8. Menu kampung, dimasak pulak secara gotong royong. Memang sedap sangat 😋

    Saya sejak duduk di Perlis, jadi suka sangat makan gulai batang pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PU. Depa masak sepenuh hati nak menjamu tetamu.
      Nanti cuba gulai batang pisang kenduri Baling/Sik pulak :)

      Delete
  9. Meriahnya menu macam2 ada tu. Sambal tahun masakan jawa. Pernah juga rasanya makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah dgn pelbagai jenis makanan/minuman. Cuma tak larat nak makan semua je :D
      Sambal tahun tu sedap bagi Akk.

      Delete
  10. Jauh perjalanan akhirnya kenyang perut, hati pun berdondang sayang.

    ReplyDelete
  11. Sambal tahun tu memang tak sama dengan sambal goreng jawa.
    Kulit lembu yang dimasak tu bukan dari kulit lembu yang baru disembelih. Nak proses kulit tu makan masa kalau dibuat secara tradisional. Kulit lembu kena dijemur bagi betul² kering. Kemudian dibakar, dikikis, direbus, dipotong baru boleh dimasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq info Kak 😘
      Ingatkan kulit lembu yg baru disembelih sbb lembut je bila digigit.

      Delete
  12. Meriahnya lauk pauk kenduri lagi-lagi sup tulang tu. Sambal goreng jawa kalau pandai buat memang buat teringat-ingat. Untung pengantin baru boleh pergi kerja sama-sama sebab satu tempat kerja

    ReplyDelete
  13. Kalau suasana kampung memang meriah sungguh kahwin...

    ReplyDelete
  14. Kenduri Di felda apa lagi kalau keturunan jawa memang makanan melimpah ruah sebab tuan rumah nak menjamu tetamu yang hadir. Sambal tahun belah selangor yang selalu buat kita orang pun tak pandai buat kalau sambal goreng selalu lah.

    ReplyDelete
  15. selalu kalau gulai batnag pisang ada kat utara je kan...ooo Felda Gedangsa...SA dulu ada kenangan kat Felda Soeharto...hehehe..x nak la ingat lagi...

    ReplyDelete
  16. sedapnya sambal tahun. air balang ber balang balang tu meemang menambah kemeriahan kenduri

    ReplyDelete
  17. kalau di kampung kenduri selalu memang meriah juadahnya. Apa taknya yang datang berkunjung sellaunya tak kosong tangannya. Ada je kuih muih yang sama dibawa untuk buat2 tambah hidangan buat tetamu lain

    ReplyDelete
  18. Sambal taun saya suka. Pernah coba buat sendiri, tapi macam tak menjadi. Jadi lebih suka beli. Walau tak banyak yg jual di JKT. Dulu babysitter saya sering buat ketika saya masih kecil. Dia orang Jawa, jadi memang dah biasa buat sambal taun ini

    Sedap2 sangaaat menunya kak 😍😍. Saya lebih suka menu begini drpd menu modern western yg skr ini banyaak sangat di sajikan dalam pernikahan di sini

    Semoga kedua pengantin diberkati dengan kebahagiaan, rezeki halal yg cukup dan keturunan yang Sholeh dan Sholehah

    ReplyDelete