Tuesday, 25 August 2026

Wedding @ Alam Maya Kajang 2.0


Kali kedua kami ke Alam Maya, Kajang
Datang awal, tiba sekitar jam 11.30 pagi. Dah ramai tetamu yang hadir terutamanya dari keluarga pengantin. Difahamkan majlis nikah diadakan di sini juga, sebelah pagi. 

 
Jemputan kali ni datangnya dari kenalan lama Walid sewaktu bertugas di Syarikat B. Walid di HQ, En Khai di subsidiary company. Kerap berjumpa bila ada keperluan dan assignment. 15 tahun sudah Walid tinggalkan Syarikat B, sekali sekala berhubung di WA. Bila dapat jemputan istimewa ni, rasa besar hati dan dalam masa yang sama terharu masih diingati. 

Pelamin nikah (outdoor).
Pelamin bersanding pula di dalam. Segan nak mendekat, keluarga pengantin berkumpul di situ. Menunggu acara seterusnya untuk kaum keluarga barangkali. 

Meja pengantin dan VIPs.

Ada Mee Kolok! 
Selalu baca kawan² blogger khususnya Carneyz dan Kakmim kongsi pasal Mee Kolok, hati terus teruja nak mencuba bila di depan mata. Pertama kali rasanya Ummi makan Mee Kolok ni. Dan pertama kali juga jumpa hidangan Mee Kolok di majlis kenduri begini. Selain Mee Kolok kebanggaan rakyat Sarawak ni, ada juga Laksa Sarawak. Tak silap, isteri EK orang Sarawak. 

Ummi dah ambil nasi sebenarnya. Masa menuju ke meja kami, baru perasan booth Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Nak ambil laksa Sarawak tapi siapa pulak nak habiskan? 

Walid ambil bihun sup tulang dan chicken tenders. Menu semua sedap dan melambai² :) Terima kasihlah tuan rumah, sediakan pelbagai jenis makanan yang super sedap dan istimewa. 

Cendol sedap, berasa santannya. 
Teh tarik Ummi tak try kali ni, minum air kosong dan round kedua air sirap (punch). Lega rasa dapat minum air sejuk tatkala cuaca panas dan kering pada hari itu. 

Ok last dah :)
Dessert sedap ni namanya banana pudding. Ingatkan aiskrim tapi bila makan tu rasa creamy dan tak cair pun.  Ummi siap tanya vendor namanya sebab sedap sangat 😁

Bagus adik ni, siap terangkan satu persatu cara hasilkan banana pudding ni. Acik Gen X ni angguk je la hihi ... 

Eh, puding tu bukan yang terakhir. Ambik aiskrim sorang satu sebelum balik :D 

Alhamdulillah sedap semua makanan yang tuan rumah sediakan. Terima kasih atas jemputan, kami sangat hargainya. Tahniah buat kedua mempelai dan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia selalu hendaknya 🤲🏻 

Goodie bag yang mewah dengan pelbagai cenderahati, alhamdulillah. 

Sekali lagi, terima kasih EK sekeluarga.



27 comments:

  1. Wah, ada mee kolok. 😋 Banana pudding tu nampak tempting sangat. Cantik venue-nya, deko majlis sedap mata memandang. Semoga bahagia ke jannah, untuk kedua pengantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap Nur, alhamdulillah.
      Aamin utk doanya 🤲🏻

      Delete
  2. Uishh menu bukan calang² ye hahaha mee kolok.. laksa sarawak.. perghh ini kalau kita yg pergi confirm sume nak dirasa nya hehe... 😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la... Ikut hati nak rasa semua. Tapi perut tak muat dah haha

      Delete
  3. wahh bestnyer tengok org kawen., hehe

    ReplyDelete
  4. Wah, rezeki betul dapat makan Mee Kolok & Laksa Sarawak kat kenduri! Pelamin outdoor pun mesti cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rare hehe...
      Cantik pelaminnya, simple tapi nice

      Delete
  5. Majlis kat sini pernah pergi juga. Cantik suasananya. Nama Khairiyah tu nama mama saya....

    ReplyDelete
  6. Yang paling penting.... Ada cendol!

    ReplyDelete
  7. Meriah tu.. venue nya, makanan nya, goodies nya .
    Selamat pengantin baru buat kedua mempelai

    ReplyDelete
  8. Suka sangat pergi kenduri kahwin bila ada banyak sangat pilihan makanan tetapi nasi kenduri itu yang KSarie paling suka selalunya

    ReplyDelete
  9. goodies cute sgt! i terliur mee kolok tu sbb tak pernah lg try mkn

    ReplyDelete
  10. Mmg sedap semua menu2 ni sis.Kenyang smp ke ptg kalau mkn mcm ni =)

    ReplyDelete
  11. nieyl pun kalau pergi wedding klu bawa mak ke atau pergi dgn family, nieyl akan pergi awal kdg2 pukul11 tu dah sampai dah hehehe... wah!banyaknya item dalam goodies bag tuu

    ReplyDelete
  12. mee kolok fav kita kalo ke swk..mmg rare ada menu tu kt wedding...

    ReplyDelete
  13. Cantiknya venue majlis dia. Makanan pulak yang rare dan sedap-sedap. Best tu ada cendol, banana pudding. Mi kolok tu yang rare. Yang tak pernah makan macam saya mesti nak rasa. Goodies bag pun wow sangat.

    ReplyDelete
  14. wahh.. menyelerakan betul menunya.. mesti nak rasa semua..hehe..barakallahu lakuma

    ReplyDelete
  15. kalau saya nampak kenduri yg ada laksa sarawak atau mee kolok, sorry memang tak pandang dah nasi minyak tu!

    ReplyDelete
  16. Wah, jarang sungguh jumpa kenduri kahwin yang hidang Mee Kolok dan Laksa Sarawak! Mewah betul menu tuan rumah sedia. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai, moga kekal bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, tempatnya nampak selesa dan best. Makanan/Minuman pun macam sedap2 je semuanya.

    ReplyDelete
  18. Meriah hidangan yang disajikan, ada chicken tenders, laksa Sarawak memang tak pernah dengar.

    ReplyDelete
  19. Envy memang dengan kakak, selalu banyaaaaak dpt undangan nikah nih, 😄. Tidak Minggu rasa2nya ada ya kak.

    Kalau ke acara nikah begini, biasanya suami saya yg jalan dulu memutar lihat aneka menu, baru kemudian dia lapor ke saya ada makanan apa saja 🤣. Di situlah kami memilih nak makan apa 😄

    ReplyDelete