Pagi Isnin kelmarin kami bersarapan di Bangi. Adik tak sekolah, SRAI cuti extra sempena Maulid Nabi. Walid pun cuti, ambil sehari dapatlah bercuti 4 hari. Ada beberapa urusan hendak diuruskan.
Konsepnya terjah saja mana² cafe yang nampak menarik untuk disinggahi. Tajria Cafe ni letaknya di sebarang jalan Komplek PKNS Bangi, sebaris dengan Restoran d'Limau Nipis yang terkenal tu. Walid familiar dengan area ni, jadi ke sinilah kami melilau cari kedai yang dah dibuka dan sesuai dengan citarasa.
Ada lempeng dan ubi rebus.
Tapi kami tak order pun sebab kami team nasi lemak for life :D
Sebelum makan nasi lemak, kami jamah dulu bingka ubi warna warni ni. Sedap, tak manis sangat just nice. Lama dah nak try kuih ni. Ini baru pertama kali jumpa, terus ambil. Ada resepi yang orang share, Ummi surrender la awal². Takde bakat buat kuih muih ni π€
Nasi lemak bungkus ni ada pelbagai lauk; sambal udang, sambal sotong, paru dll. Soto, nasi dagang, mee, kuih muih semua ada. Banyak pilihan, ikut citarasa masing-masing.
Ummi pilih nasi lemak dalam pinggan begini. Lauknya sambal kerang. Nasi lemaknya cukup lengkap dengan telur rebus, timun, ikan bilis dan kacang.
Sedap secukup rasa semuanya.
Untuk roti, hanya ada pilihan roti canai kosong dan roti tampal. Jadi Walid order roti tampal satu. Makan kongsi² sebab nak rasa je. Kuah karinya ada daging dipotong kecil-kecil. Sedap dan puashati makan.
Bingkai lukisan menghiasi dinding kafe.
Tak estetik tapi mampu mengembalikan nostalgia. Main tarik upih salah satu permainan kegemaran Ummi kecik² dulu. Juga terselit pantun, sarat dengan pesanan untuk kita bersyukur dengan nikmat kenyang selepas makan. Terbaik!
Selain makanan sedap, suasana dalam kafe ni sangat selesa. Boleh makan pun dengan tenang, tak rushing dan tak crowded. Staff pula mesra dan cekap. Kedai pun bersih ππ»
Tajria Cafe
No., 171, Jalan 8/1,
Seksyen 8 Bandar Baru Bangi
43650 Kajang, Selangor

Jauh pergi sarapan. Alhamdulillah pilih tempat yang makanannya sedap iaitu Tajria Cafe. Hehe macam-macam ada pilihan lauk nasi lemak.
ReplyDeleteunik nama cafe ni. dlm byk2 food tu, MZ berkenan bingka ubi warna warni tu
ReplyDeleteada juga teringin nak buat kuih bingka ubi warna warni tu..tp rasa macam tak berbaloi plk nak buat baik beli je huhu
ReplyDeleteMenarik menu di Tajria Cafe ni. Nama cafe pun unik. Kuih ubi tu fav kami jugak, kuih traffic lights ada orang kata, hihi.
ReplyDeleteBingka ubi tu kita makan gak haritu, memang sedap kannnn... menyelerakan menu di cafe ni
ReplyDeletebingka ubi colourful tu menarik
ReplyDeleteBestnya cuti 4 hari straight. Rare nya binga ubi warna warni tu. Saya ingatkan kuih sagu tu. Saya pun surrender awal takde bakat buat kuih. Kalau lauk campak-campak tu boleh jadi lagi. hihihi..Geng lah kita kak.
ReplyDeleteBagus juga tu ada pilihan nasi lemak bungkus dan pakai pinggan. Boleh pilih ikut selera masing-masing kan.
Lukisan tu sangat menarik, mengimbau terus kenangan kanak-kanak.
cantiknya bingka ubi berwarna warni di saluti kelapa tu PH. Kak ana duk rumah je cuti 4 hari ni , Isnin ada appoitment dengan doktor..
ReplyDeleteOkeh... kalau uncle BB Bangi boleh cuba ni...
ReplyDeleteMenarik kuih tu warna warni.
ReplyDeleteKita sama la xde bakat buat kuih2 macam ni..kuih2 bergoreng pandai la...hahaha..rindu la nak makan nasi lemak...sambal kerang...aduhaiiiii dapnyaaa
ReplyDeleteMenariknya semua makanan di kedai ni lagi-lagi nasi lemak sambal kerang ituπ. Kalau bab kuih tradisional ni memang KSarie tunjuk tunjuk di kedai aje sebab tiada bakat langsung nak memasaknya.
ReplyDeleteKuih gitu beli je senang... kita makan pun tak banyak sekadar nak merasa.
ReplyDeleteBaca nama Tajria terbayang kedai Arab. Ammi tengok gambar ingatkan kuih sagu yg biasa warna merah tu, bingka ubi rupanya
ReplyDeleteBingka ubi warna warni tu, saya tak pernah jumpa di sini. Sedap pula tengok nasi lemak sambal kerang.
ReplyDelete