Hari ni pun cuaca mendung... Tapi tak bererti hujan turun π
Hasrat nak basuh cadar bilik tidur Abang terpaksa tangguh dulu. Kalau basuh cadar ke tuala ke suka ianya kering kerana cahaya matahari. Puashati sebab betul² kering dan takde lembab². Wangi dan segar jadinya.
Bekal French toast dan karipap daging Ramly 2 ketul je untuk Walid pagi ni. Mood belum timbul, sejak cuti bekal minggu lepas π
Nangka yang dituai tempohari masih berbaki. Ummi buat serawa (pengat) sikit, selebihnya bagi Cik Ros RELA. Serawa tu pun bahagia dua, separuh bagi Cik Ana. Ummi sorang je makan di rumah ni.
Abang melawat sekolah angkat hari ni. Untuk Koko, Abang join Sukarelawan. Nanti kena buat program di sekolah ni. Ni baru first meeting katanya.
Adik bawa balik kerja RBT.
Kali ni kena menjahit pulak, buat tempat letak surat. Bahan semua disediakan (bayaran bahan termasuk dlm yuran sekolah/buku). Setiap orang dapat set yang sama. Ummi cuma tunjuk cara jahit, selebihnya Adik buatlah sendiri. Jahitan cantik ke tidak takpe, baru kali pertama pegang jarum. Minggu depan baru kena hantar, sempatlah nak gosok dulu katanya bagi hilang kedut. Good job Adik.

Hehe teringat Mak tolong jahit. Bagus Adik, buat sendiri.π
ReplyDeleteOk la tu bahan disediakan senang kerja tak payah mak mencari bahan jahitan dah.
ReplyDeleteChe mek dulu pun ada aktiviti menjahit ni. Sy suyruh che mek buat facemask sbb waktu tu masih dalam musim covid =D
ReplyDeletemenarik betul aktiviti RBT ni
ReplyDeletesedap tu pengat nangka
ReplyDeleteMenu French toast & karipap daging Ramly simple tapi padu buat bekal! Serawa nangka pun nampak terliur sanget. Sis ada petua tak nak bagi kuah serawa lebih pekat?
ReplyDeletesedapnya serawa nangka...jarang nak jumpa
ReplyDeleteTerus SA teringat ERT masa form 3, kena menjahit..hahahahaha...benda paling x suka buat masa tu kena buat bag tisu poket...
ReplyDeleteskrg ni mcm jerebu dh kembali., huhu
ReplyDeleteGood Job adik..
ReplyDeletepagi ni mendung je..