Sunday, 16 August 2026

Adik | Taklimat Matriks Tahun 4


Program Jumaat lepas.

OOTD 
Sampai awal sempatlah snapped gambar sini sana termasuk pakaian yang dipakai, untuk memastikan takde 'siaran ulangan' :D 

Tujuan program ini ialah memberi taklimat kepada Ibu bapa murid² Tahun 4 tentang Matriks Pembelajaran Tahun 4 (Matriks T4) yang pertama kali diperkenalkan oleh KPM. Peperiksaan ini bakal diadakan pada 6-8 Oktober 2026 nanti. Ianya peperiksaan Awam; wajib kepada semua murid Tahun 4 SK, soalan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dijalankan secara serentak. Untuk sekolah swasta, optional tapi bagi SRAI, pihak JAIS wajibkan setiap murid ambil. Ianya melibatkan 4 subjek teras;

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik 
Sains 

Gred standard sekarang 82 ke atas baru A. 

Matriks T4 ni bukan ganti UPSR tetapi menguji tahap literasi dan numerasi murid Tahun 4.Ianya juga bukan penentu halatuju ke Tingkatan 1.  Melalui dapatan dari peperiksaan ini, pihak sekolah akan mengenalpasti sekiranya perlu intervensi untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam subjek⁴ ini. 

Jotted down some points... 

Jadual waktu peperiksaan. 

Sekarang sekolah sedang fokus untuk PSRA,  jadi untuk Matriks T4 ni kena tunggu PSRA habis dulu. Tak banyak masa dah ikutkan. Tapi sekolah pun kena prioritize. 

Sebab ini baru kali pertama Matriks T4 diperkenalkan, bentuk atau format soalan belum ada contoh. Salah satu usaha kami, beli akhbar Didik untuk Adik. Ini baru keluaran kedua jadi yang terlepas jangan ralat. Boleh beli edisi seterusnya yang disisipkan dalam akhbar Berita Harian setiap Selasa. Kita usaha mana yang mampu, selebihnya berdoa agar dipermudahkan urusan dan diberi kejayaan untuk anak² kita semua. 



8 comments:

  1. Bagus jugalah panggil ibu bapa datang untuk cakna tentang program baru. Semoga usaha membuahkan hasil. InsyaAllah...Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bagus sbb kami pun belum ada info ttg peperiksaan terbaru ni. Sekurang-kurangnya ada taklimat begini jelaslah apa yg perlu dibuat dan dijangka.
      Aamin utk doanya 🤲🏻

      Delete
  2. program yang bagus.. ada penglibatan ibu bapa. moga usaha ini membuahkan hasil yang diingini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ustaz, usaha yg bagus dari pihak sekolah. Aamin begitulah harapnya 🤲🏻

      Delete
  3. Bagus juga ada exam macam ni selepas UPSR dimansuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Melalui exam ni akan dikenalpasti murid² yg belum menguasai literasi dan numerasi supaya intervensi awal dapat dilakukan.

      Delete
  4. Libatkan parents cam ni memang bagus.... semuanya jelas

    ReplyDelete
  5. Info terbaik! Moga anak-anak Tahun 4 dipermudahkan urusan persediaan Matriks T4 KPM nanti. Parent-teacher briefing macam ni sangat membantu. Lega mak ayah bila faham ini untuk intervensi literasi numerasi, bukan pengganti UPSR. Semoga anak-anak score ujian Oktober nanti.

    ReplyDelete