Kuat betul gigi susu Adik, tak nak tercabut sendiri. Dah beberapa batang gigi susunya terpaksa dicabut oleh Dr Aisyah. Nak dibiar pun, gigi kekal dah tumbuh. Gigi susu tu menutup ruang gusi jadi gigi kekal terpaksa duduk di belakang sementara gigi susu masih belum nak bagi ruang (baca: tercabut). Bukan sebatang tapi 2,3 batang jadi begitu. Nak tak nak, bawalah ke dentist.
Cabut 2 dulu gigi kacip kot, kiri kanan. Yang kiri tu elok lagi, akar pun masih elok. Harap gigi kekal di belakangnya akan 'bergerak' ke depan slow², mengisi ruang yang ditinggalkan oleh gigi susu tersebut.
Kos cabut 2 batang gigi ni RM70 (gigi kanan, dah goyang) dan RM100 untuk gigi kiri (kena bius). Jadi jumlahnya RM170. Harap yang masih ada tu tercabutlah sendiri, jimat kos 😅
Yang berhajat, bolehlah hubungi Klinik Suriani Dental di Sri Gombak ni untuk info/booking.
biasanya gigi susu ni tercabut sendiri, jadi xde kena keluar kos.. tinggi juga kosnya ye..
ReplyDeleteSepatutnya begitulah Ustaz.
DeleteYe, kosnya tinggi :(
Seram betul aunty dengar cabut gigi. Nak jumpa dentist pun aunty takut. Hehe....Dania pernah dulu masa kecik Dr gigi cabut gigi dua besar kat depan tu sebab gigi kekal menolak dari atas. Udah lopong gigi Dania.
ReplyDeleteSama la kita...
DeleteAdik gigi besar tu okay dah salin gigi dah. Yang masalah gigi kiri kanan gigi besar tu yg dah berlapis.
Kalau lambat cabutnya boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh pula tempat lain....takut gigi jadi senget pula....
ReplyDeleteItu la pasal. Skrg pun dah berlapis gigi Adik, itu yg cabut tu
DeleteBagusnya klinik gigi pun ada buat birthday month promo. Dia letak RM99 only tu yang menarik.
ReplyDeleteHarga biasa tak silap RM150 onwards Kak utk scaling.
DeleteAlamak anak sulung baru 6 tahun, belum melalui fasa ni. Harap gigi dia boleh naturally berganti. Get well soon Adik.
ReplyDeleteHopefully begitulah Rin. Boleh monitor dari awal.
DeleteNak tak nak kenalah cabut juga kan. Bagus adik tenang je nak jumpa dentist. Kita pulak yang seram kena cabut gigi. Mostly klinik buat promo mesti harga ni. Boleh grab, berbaloi sangat berbanding normal price seratus lebih.
ReplyDeleteDia yang beria ajak ke dentist ni Fiza. Kita seboleh mungkin takmau jumpa dentist hehe...
DeleteYe, berbaloi sangat
tanda2 nak masuk alam dewasa tuuu ;-)
ReplyDeleteBegitulah :D
DeleteJangna sebut cabut gigi... uncle takut!
ReplyDeleteBiasa kat sekolah kan ada cek gigi.
ReplyDeleteCabut gigi gratis aje.
Memang ada yg macam tuh, tak lepas2 sampai bawa ke dokter 😄. Gigi anak saya dah lepas semua yg gigi susu. Tp tuhlah susunan pula tak rapi. Macam harus pakai braces
ReplyDeleteAmmar pun masih ada lagi gigi susu yg dah tercabut & ada sebatang lg tu OTW.
ReplyDeletelinda sampai sekarang confius gigi susu atau gigi kekal dekat anak2 tu.. hahaha.. sebab bila gigi tercabut je.. linda mesti tanya "eh, bukan yang ni dah tercabut ke hari tu?, sat g takde gigi ibu tak tau eh".. hahaha
ReplyDelete