Tuesday, 2 June 2026

Bihun Sup Utara in da House

Alhamdulillah puashati dapat masak dan makan Bihun Sup Utara (BSU) airtangan sendiri. Raya puasa hari tu Lang Yah (sepupu Walid) masak BSU untuk gathering cucu cicit Nyang Mat, dapatlah belajar sikit sebanyak melalui pemerhatian dan sembang² dengan LY. 
Cuma, resepi orang lama ni campak² je. Nak masak sendiri ni, Ummi guna resepi Che Nom.
(Tq Che Nom utk resepinya 🌹)
 
Untuk sup, Ummi masak guna mode slow cook. Set high temperature, 2 jam. Just nice dagingnya, tak terlalu lembut. 

Bahan Untuk Sup Tulang/Daging 
Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu
Anggaran 300g isi daging
Bawang merah dan bawang putih - tumbuk kasar
Batang sup - letak akar daun sup 
Batang/pangkal daun bawang - tak letak 
2 inci halia
1 bungkus sup bunjut
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk jintan putih
1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk lada hitam
1 batang serai - letak 2, dititik 
Air secukupnya 
Garam, secukup rasa
1 sudu kecil lada sulah
½ kiub pati lembu/ayam - letak 2 kiub supaya berasa pada kuahnya 
Rempah 4 sekawan - guna yang disertakan bersama sup bunjut 

Cara Penyediaan:
Masukkan semua bahan dan set mode slow cook pada pressure cooker (high temperature, 2 jam). Biar hingga masak. Untuk cara Che Nom, boleh rujuk pada link 👆🏻

Untuk bihun, panaskan air dalam periuk. Masukkan 2 sudu makan serbuk kunyit. Bila air mendidih, masukkan bihun dan tutup api. Biar sekejap supaya bihun lembut dan toskan. Bihun jangan terlalu lembut atau hancur sebab kita nak letak kuah sup. 

BSU ni makan dengan sambal merah, barulah padu. 

Bahan² Sambal Merah 
½ cawan minyak masak - Ummi kurangkan 
Bawang merah dan bawang putih - tumbuk kasar 
4-5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos cili
½ cawan air asam jawa
garam, secukup rasa
Anggaran 2 sudu besar gula 

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga layu
2. Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Sesuaikan rasa, tutup api. Siap.

Bahan² Taburan/Pelengkap Hidangan 
Lobak masin - rendam sebentar dalam air panas dan toskan
Limau nipis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Allah bagi sedap, alhamdulillah.

18 comments:

  1. Kalau 2 jam kompom lembut... Senang je nak ceraikan dari tulang

    ReplyDelete
  2. Bihun warna kuning, look nice & yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bihun Sup Utara mmg warna kuning tau :)

      Delete
  3. Nak try la buat nanti. Daging ada lagi dalam freezer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila Cie, sila. Guna PC, senang kerja :)

      Delete
  4. PH nak tanya..kalau masuk PC tu, memang air dia tak kering ehh?? Hahaha..pertama kali nak guna ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Linda... Biasa Akk letak air paras daging tu, alhamdulillah molek hasilnya. Kalau mode pressure cook, valve kena letak dekat seal/lock.. kalau slow cook, valve kena biar vent (takyah lock).

      Delete
  5. Iiii...mihun sup utara wajib mihun kuning & sos merah kan....kena plak tokak kena lobak masin...mmm...ish terliur pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tokak no, lama tak sebut haha...
      MC buat mesti lagi sedap 🤗

      Delete
  6. https://novocatecismocatolico.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Wahhh.. nak kena buat ni. Kita selalu fail tang nak masak sambal merah tu. Kadang, makan kat kedai pun susah nak jumpa yg jadi sambalnya.

    ReplyDelete
  8. Ada letak lobak asin, bertambah sedap rasa.

    Saya kadang buat bihun sup, bihunnya buat warna kuning. Jadi lebih berselera.

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa.. tengok pun nampak tempting sangat. 🤤

    ReplyDelete
  10. meriah menu daging sehari dua ni kan PH :)

    ReplyDelete