Thursday, 2 April 2026

Shopping @ Dhia Cotton Alor Star

Berkenan Ummi dengan baju raya Kak Una. Baju kurung modern, tapi loose je cutting-nya. Nampak sopan. Risik² dengan ibunya, depa beli di warehouse Dhia Cotton di Alor Star. Sebelah Lotus's Stargate, dekat Tol Aloq Staq Selatan tambah Paksu. 
Kliaaaa 👍🏻👍🏻👍🏻

Dari Pekan Rabu, teruslah ke sini. 

Tersergam gagah butik milik anak Melayu kita. 

Sejarah Dhia Cotton. 

Nampak mewah dekorasinya...

Tapi jangan risau, harganya affordable... 
Walaupun nama jenama Dhia Cotton, tapi material kain tu pelbagai. Bukan terhad pada kain cotton saja. 

Rambang mata nak memilih...ada jubah, abaya, kurung traditional, kurung moden... Dari segi saiz, cater untuk yang plus size juga even for baju kurung moden. Selain baju, ada juga tudung termasuk bawal bidang 48". Ummi lupa nak tanya tudung bawal bidang 60" ada ke tak. Sebab yang beli bawal bidang 48 " tu Adik. Dia suka tudung besar :)

Untuk lelaki, ada kurta dan baju Melayu juga. Telekung pun ada. Gambar tak ambik pulak sebab asalnya Ummi je nak shopping. Tup² gegirls pun sibuk pilih baju, pakat grabbed sorang satu baju kurung (Adik) dan jubah (Kakak). Angah dan Walid pula berkenan dgn kurta. Ummi sebagai pakar rujuk depa, kenalah bantu buat pilihan :p
 Abang je tak beli, dah beli dekat Pekan Rabu tadi. 

Angah dengan kurta pilihannya 👍🏻

Salah satu baju pilihan Ummi. 
Kurung moden tapi cutting loose
Sedondon pulak dengan Angah :)

Alang² dah masuk Zohor, kami minta izin nak solat di sini. Abang Jaga tunjukkan surau cantik ni. Staff Dhia Cotton ni semuanya ramah dan helpful. Senang hati berurusan dengan mereka 👍🏻

Personally, Ummi recommend butik ni kalau nak shopping baju kurung/jubah/kurta. Banyak pilihan, selesa dan staff pun mesra di samping harganya yang affordable. Dhia Cotton ni ada 22 cawangan tak silap. Yang kami pergi ni warehouse depa. Selain physical boutique, boleh juga beli secara online. Type je Dhia Cotton, nanti keluarlah info tentang jenama ni. 

Happy shopping

#Ini bukan iklan berbayar, sekadar kongsi pengalaman ✌🏻 








9 comments:

  1. Hehe daripada PH sahaja yang hendak beli, semua pakat ikut beli.
    Tq. Nanti saya google kalau ada di sini.

    ReplyDelete
  2. SA suka jenama ni seba semuanya cotton..SA ada beberapa tapi dah sedekah kat anak- anak buah sebabnya dah comel sangat kan..so x muat dah..maybe boleh beli size baru nanti..ada butik fizikal dia kat Tesco Seremban Jaya...nanti SA pi tgok

    ReplyDelete
  3. Lotus's aloq setaq gate jaraknya dlm 1.5 ke kg halamanku

    ReplyDelete
  4. pernah bli jg baju dr dhia cotton ni. ms tu ada booth dlm aeon setiawangsa... lps tu x jumpa lg dah booth nya. mungkin byk jual atas talian...

    bsr jg ya butiknya kt sana

    ReplyDelete
  5. bj2 kurung cotton memang sweet2 jer ;) MZ tak reti pakai sbb lebih suka yg chiffon

    ReplyDelete
  6. Macam ada lalu la Dhia Cotton ni kat Alor Setar. Lepas posing2 kat Kuala Kedah ke masa nak ke mana tak ingat. Suami yang lahir kat Alor Setar ni PH. Saya lahir kat Ipoh Perak.

    ReplyDelete