Keputusan SPM boleh dibuat semakan semula rupanya. Bayaran RM100/subjek. Abang buat juga untuk satu subjek (B+) kot la boleh naik gred tapi nampaknya rezeki Abang situ saja. Kekal dengan gred B+. Takpe, dapat gred ni pun dah syukur sangat, meningkat jauh dari trial hari tu. Yang masih menunggu keputusan semakan semula ni, semoga berjaya 🤲🏻
Ummi pula kelaparan dalam kereta 🤭
Syukur ada food truck jual makanan. Beli sebekas buat alas perut sebelum ke rumah Paklong AP.
Aircond lama ni compressor rosak. Hujung tahun lepas kos repair RM900. Sebelum puasa repair lagi, RM400. Bertahan cuma 24 jam, then start panas balik. Ada bocor halus pada compressor tu katanya. Akhirnya kami decided beli baru. Sebelum² ni pun dah beberapa kali repair dah.
Penyeri laman. Balik dari kampung hari tu kekuningan juga daun pokok ros Ummi ni. Ummi pruning mana yang kuning alhamdulillah kembali subur pokoknya. Tambahan pula sekarang kerap hujan 🤲🏻
Baru tahu ada bayaran untuk semakan semula paper SPM.. boleh tahan juga harga nya ..
ReplyDeleteKalau dah berkali2 rusak, memang sebaiknya ganti baru lah. Cost utk perbaiki pun lama2 jadi macam harga beli baru kalau berulang kan
ReplyDeleteAda Cuya pernah dengar budak tu buat semakan SPM, gred dia lagi turun. Kesiannya. Berisikk juga buat semakan ni kan.
ReplyDeleteTakpe, Alhamdulilah itulah keputusan yang terbaik untuk dia. Pesanlah dia, ni baru sahaja permulaan hidup, bukan ending. Hidup bukan semata tentang 'A', tapi ambil lah setiap pengajaran sebagai pedoman kehidupan. Itulah yang Cuya belajar, sebab zaman belajar asyik nak kejar A je, akhirnya belajar berdamai dgn takdir . 😄
*Berisiko
DeleteKeputusan sepatutnya kekal @ berubah (naik gred). Takde penurunun. Mgkn ada kesalahan teknikal @ kes terpencil.
DeleteSedapnya bau roses.
ReplyDeleteTak mampu nak tanam sebab takut tak terjaga.
Kos repair dah nak sama kos beli baru.
ReplyDeletegood luck abang..moga dapat apa yang abang impikan
ReplyDeleteberapa harga aircond baru yg PH beli tu? nak kena survey2 aircond jugak sbb aircond dlm bilik my boys mcm dh start buat hal..so far dh try repair 2x tak tau lah jd ok ker tak...ari ni pun ada org dtg repair td
ReplyDeleteAround RM2k MZ, 2.0hp. Kos pemasangan asing ye.
DeleteKalau repair then rosak balik tu must be something wrong la, macam kes kami ni. :(
ooo ok dh rege tu sbb 2.0 hp...aircond kat ruang tamu rumah MZ tu 1.5hp jer...tunggu masa ajer nak kena tukar...may be nak kena beli yg 2.0 hp plak la sbb ruang tamu tu luas jugak sebenarnya so tak ngam sgt 1.5 hp
DeleteTkpe, B+ tu pun kira cemerlang dah, walaupun rasa sedikit terkilan sebab sipi2 jee lagi
ReplyDeleteCantiknya bunga ros itu. Semoga abang terus success
ReplyDelete