Sunday, 19 April 2026

Membawang

Ummi up status ni ... 

Ada yang menyambut šŸ˜‚

Cik Ayu tanya, Ummi jawab :D 
Lepas kenyang perut ni, Ummi bersilat di dapur. 

Sebenarnya Abang jemput kawan² Gexxin dia datang rumah Sabtu kelmarin. Jadi Ummi   prep bahan² masak tu beberapa hari awal, sebab Ummi ni 'awai tak kalut' type of person

Selasa lepas hantar Adik ke sekolah Ummi singgah market beli ayam seekor. Balik rumah terus Ummi merendang. Sejukbekukan. Rabu Ummi buat sambal tumis bilis, pun Ummi sejukbekukan. Khamis Ummi siapkan rencah rendang untuk 2 ekor ayam lagi. Jumaat sambung buat rencah untuk masak mee pula selain pergi pasar beli ayam 3 ekor. Buat persiapan sikit² begini taklah rasa penat sangat. Dulu Ummi boleh je buat sekali gus semua persiapan dalam sehari, sekarang Ummi pilih buat sikit². Kita susun tugasan ikut masa dan mood :) 
Lebih tenang dan kurang tekanan. Pinggang pun takdelah kejung sangat šŸ˜†


28 comments:

  1. Membawang di dapur rupanya....ingatkan mesyuarat tingkap.

    ReplyDelete
  2. boleh follow teknik PH la kalau nak masak banyak..tak la rasa hilang kaki sangat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu la style Sy skrg. Ikut keselesaan sendiri, jaga mental health. Tiber šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

      Delete
  3. membawang sambil hiris bawang. Buat sikit2 nanti2 siap juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Cik Shai, sikit² lama² jadi rendang juga 🤭

      Delete
  4. Bagus juga..tapi, Linda tak rajin masuk dapur banyak kali.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk suka buat sikit² gini. Hari kejadian nak melawa je 😁

      Delete
  5. Bagus perancangan PH, masak sikit-sikit frozen-kan.
    Banyak masakannya tu, total 6 ekor ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kudrat PU 🤭
      Sengaja beli lebih, takut tak cukup.

      Delete
  6. Gexxin tu apa? Mesti saya tertinggal keretapi ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gexxin tu nama batch Abang. Sekolah² asrama kan setiap batch ada nama šŸ™‚

      Delete
  7. Membawang sorang2 tak syok šŸ˜„

    ReplyDelete
  8. Ramai ke jemput? Banyak ayam kena masak.

    ReplyDelete
  9. Style kita lain2 ye sis. Saya jenis yg sekali harung buat kerja, terus kemas sekali harung jugak hihi. Tapi lepas tu memang diakui akan pengsan lepas event dah setel la šŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak reti nak masak utk ramai sebenarnya. Bila masak sikit² dulu ni takde la rasa tekanan sangat. Kalau tak jadi atau x sedap senang nak adjust² kalau sikit kuantitinya.

      Delete
  10. yang reply mengunyit tu risau betul ekk xD

    ReplyDelete
  11. yang reply mengunyit tu risau betul ekk xD

    ReplyDelete
  12. Ini adalah membawang yang sebenar kan? Yang mengunyit itu agak mendebarkanšŸ˜…

    ReplyDelete
  13. Sesekali membawang.. hehehe

    Bagus juga masak sikit2.. ikut mana yang kita selesa. Ada orang suka sekali harung je. Cuya tak pernah memasak dalam kuantiti yg banyak2.

    Lagi best kalau orang dtg kita boleh order je senang šŸ˜‚. Memasak bukan mudah.. tapi jika mampu memang boek r hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk tak reti sangat masak banyak sekali gus. Bila masak sikit² ni, senang nak bajet rencah & bahannya. Kalau kurang rasa pun senang nak adjust. Sbb kuantiti yg kita dan biasa masak.

      Masak ni penat tapi puashati dapat jamu airtangan sendiri 😁

      Delete
  14. bagus ni aktiviti membawang yg bermanfaat gitu!! memang tugasan masak2 ni kena focus prep bahan2 utk masak laaa takes time sgt!

    ReplyDelete
  15. membawang ni boleh menyebabkan menangis hehehe

    ReplyDelete
  16. Menarik style gini.. masak awal & frozenkan.
    Takde lah penat sangat bila hari kejadian.

    ReplyDelete