Saturday, 25 April 2026

Gexxin Datang Beraya @ 29 Syawal


Dek kerana sibuk memenuhi jemputan rumah terbuka/kenduri di musim raya, Sabtu lepas barulah berkesempatan jemput kawan² Gexxin Abang datang ke rumah. Asalnya nak buat makan² raya je, tapi tukar niat buat kenduri kesyukuran. Syukur Abang dah habis satu fasa ie sekolah menengahnya. Result SPM pun alhamdulillah memuaskan. 

Teringat arwah Tok dulu, apa² pencapaian kami adik beradik peroleh; khatam Quran, dapat kerja, graduate dll arwah Tok suka buat pulut kuning sedekah dekat jiran². Ummi cuba hidupkan semula amalan tradisi Tok ni. 

Seawal jam 6.30 pg, Ummi dah mula memasak. Masak rendang ayam 2 ekor, nasi lemak ±4kg, mee goreng 3 bungkus dan buat kuah Mee Kari (menu standby)

Pertama kali Ummi masak nasi banyak gitu sekali gus, atas dapur gas. Sebelum ni guna pressure cooker/rice cooker. Leceh kena masak banyak kali. Jadi, kali ni Ummi beranikan diri masak sekali gus. Alhamdulillah ikut tips di YouTube, elok hasilnya. 

Nasi lemak, rendang ayam, sambal tumis bilis, telur rebus dan timun. Menu ni kawan² Abang yang requested. Depa tak boleh move on dengan nasi lemak Ummi haha... Lagi satu, depa nak mee goreng. Beres :) Dua menu ni Ummi pernah bawa ke asrama, depa suka. 

Siap, tunggu depa mai ja...

Tetamu first, Aleesya & family
Aleesya ni ahli Geng Main yang termuda :D 

Kemudian kawan² Abang mula sampai. Ada yang parents dropped off, naik Grab dan paling ramai naik motor la... Masing² dah ada lesen. Yang bawa kereta pun ada. Dah besar belaka :) 

First batch yang sampai ni Ummi minta depa buat tahlil ringkas. Semua pun al hafiz, kita tumpanglah berkat depa ☺️

Antara yang hadir... Kali ni tak seramai tahun 2024. Ada yang dah kerja (part time), yang ada hal keluarga dsbnya. 

Peminat setia nasi lemak Ummi, yang tengah² tu siap nak tapau haha ... Tapi tak jadi sebab nak balik jauh lagi, Kajang sana. 

Selain kawan² Abang ni, Adik pun nak juga jemput besties dia. Ummi jemputlah 4-5 keluarga. Budak² baya ni mesti datang ditemani keluargalah kan... 

Selain tu, tetamu lain Cik Ayu & Aqil serta Uncle Akmal. Majlis ni sampai pukul 1 je. Alhamdulillah semuanya selesai menjelang pukul 3. Tapi, kawan² Abang ni depa lepak sampai lepas Asar. Yang bestnya, pakat ulang makan nasi :) 

Afiq bawa keropok. 

Tetamu kali ni lebih kurang 50 org. Penat tu kurang sebab prep awal, masak awal (sejukbekukan sambal tumis, rendang) dan sumbangan tenaga Abang. Part bantuan Abang ni memang banyak meringankan kerja Ummi. Selain cuci mencuci ayam dan cuci rumah, air pun Abang jaga. Ais habis ke, air dah kurang ke semua dia handle. Terima kasih Abang ❤️



24 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki menerima tetamu yang ramai. Makanan yang dihidangkan semua pun menyelerakan. Ahli tahfiz belaka ye. Semoga cemerlang dunia akhirat semuanya. Langsung KSarie teringin nak makan nasi lemak PH๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua dah khatam hafazan 30 Juzuk. Depa SMKA TMUA KSarie...
      Jangan, sedap level budak²/anak² je. Tak berani Sy nak jamu Ksarie ๐Ÿคญ

      Delete
  2. Selesai dah hajat buat kenduri kesyukuran. Tahlil pun pun sesama depa. Kawan² Abang ramailah ya duduk area berhampiran tu yang boleh datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak.
      Lega semuanya dah selesai

      Delete
  3. Alhamdulillah, selesai sudah kunjungan tetamu ke rumah dengan penuh keberkatan menjamu mereka..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Selesai majlis. Saya ingatkan PH buat semalam rupanya Sabtu minggu lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita suka peram entry haha... Ikut que :p

      Delete
  5. Alhamdulillah. Seronok tengok anak² dan tetamu makan hasil air tangan sendiri. Good job, PH! ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nur, diberi kekuatan dan kemudahan nak masak & jamu depa.

      Delete
  6. Alhamdulillah, mesti seronok kawan2 abang dapat makan makanan air tangan PH kan. 50 orang, ramai betul tu. Salute la dekat sis sebab masak semua menu tu sorang2! ๐Ÿซก

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kita pun happy, dapat tunaikan permintaan depa hehe...

      Delete
  7. Alhamdulilah gigih akak memasak ya. Powerrr.. tunjuk ajar ku sifu! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun sekali je rajinnya pun ahak!
      Lama tak dengar tagline tu hihi

      Delete
  8. Boleh meniaga la ni dah ada peminat nasi lemak ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, tak terfikir pun Cie... Takat bagi budak² makan boleh la hihi

      Delete
  9. wahhhh hebatttt๐Ÿ‘๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
    amboiii siap mintak tapau yaaa๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Small gathering gini bole la Anies ๐Ÿ˜
      Yg minta tapau tu mmg peminat #1 nasi lemak kita. Asal jumpa kat asrama, Acik bawa nasi lemak ke? Haha

      Delete
  10. wowww tabik la PH masak utk ramai tetamu tu. terbaek laa! barakallah fiik

    ReplyDelete
    Replies
    1. I prep sikit² MZ. Nak masak sekali harung x mampu. Btw, doakan I sihat & lapang selalu. Ada rezeki bole jemput geng blogger pulak ๐Ÿค—

      Delete
  11. Wah meriah makan² alhamdulilah smpt juga buatkan tahlil ringkas ye.. semoga semuanya sihat dan berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea spontan je Ako. Alang² niat kenduri kesyukuran, buat la tahlil sekali ๐Ÿ˜Š

      Delete
  12. Sebut pulut kuning, terasa nak makan pulut kuning la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta Aunty buatkan, Uncle. Pos mai ke SG sebekaih :p

      Delete