Sunday, 12 April 2026

Cukup Korum

Khamis lepas Ummi ajak Abang cuci beranda. Dia nak ajak kawan² datang beraya. Abang basuh lantai, meja dan kerusi. Bersih berkilatlah, berbanding dengan mop dan lap seperti selalu. 

Bila dah kemas dan bersih tu, ramailah yang melepak...

Peah menunggu hari...
Doakan rezeki Ummi luas, nak sunat (mandulkan) dia. Dia ada kes sebelum ni, jadi Ummi rasa cukuplah dia beranak. 

Emon, satu²nya anak Peah yang survive selepas 2x dia beranak. 

Loyo, bapak tiri kesayangan Emon :D 
Bulan puasa hari tu duduk di surau. Abang Angah selalulah nampak dia. Dah raya ni baru rajin balik rumah kami. Lepas makan, menghilang. Dia dah tua, dah ada kucing jantan lain yang dominan, terpaksalah bawa diri. Ni kira cukuplah korum. Bahagia hati Ummi 😁


9 comments:

  1. Maciam-maciam nama meow tu... hahaha

    ReplyDelete
  2. Kucing pun pandai nak spend masa di surau waktu puasa huhuu

    ReplyDelete
  3. memang kena sunat lah semua kucing2 ni..so tak de isu berbangkit ie beranak tanpa kawalan nanti

    ReplyDelete
  4. awal tetamu datang selepas dah kemas tu.

    ReplyDelete
  5. seronok tetamu bulus ni lepak kat situ ye....

    ReplyDelete
  6. Kucing2 kat rumah ni pun macam tu jgk. Lagi2 lepas bersihkan toilet dieorang, dan2 tu jugak sibuk nak keluar masuk toilet merasmikan toilet yg dah bersih 😂

    ReplyDelete
  7. pantang nampak benda dah bersih, sibuk si bulus mencemark duli ekk

    ReplyDelete
  8. He hee time mengemas dah bersih itu
    La yg paling menyibuk ank2 bulus kan
    Samaa naik
    La dorang tu

    ReplyDelete
  9. Seronoknya ramai anak bulus. Lepas dibersihkan kawasannya sakan semua datang melepak ye

    ReplyDelete