Antara laluan yang boleh dimohon oleh lepasan SPM yang ada latarbelakang tahfiz adalah Darul Quran JAKIM. Antaranya;
1. Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM - mohon guna Keputusan Percubaan SPM.
Abang mohon juga, tapi tak dipanggil interview. Yang berjaya dah daftar bulan 2-3 tempohari. Selepas setahun, sekiranya berjaya dapat teruskan pengajian di UIA.
2. Diploma Tahfiz Al Quran & Al Qiraat
Kebanyakan guru² halaqah di sekolah Abang dan kebanyakan SMKA/SBP TMUA lain ada diploma ni. Permohonan menggunakan keputusan SPM sebenar.
Ada kira² 400 orang calon keseluruhan dan ambilan sekitar 40 orang shj. Ujian yang dilalui;
1. Bertulis - 3 bahagian; B.Arab, Tajwid dan Psikometrik. Setiap bahagian ada 10 soalan, masa menjawab 30 minit.
2. Hafazan - masa diberi 1 jam untuk hafal. Kemudian jumpa penemuduga untuk tasmik.
Yuran pengajian adalah percuma. Cuma bayar yuran pendaftaran. Ada elaun pengajian juga diberikan kepada pelajar yang layak. Selesai diploma selama 3 tahun, boleh sambung ijazah di universiti dalam negara (antaranya USIM) atau pun ke luar negara. Guru halaqah Abang antara salah seorangnya. Habis diploma, flew to Jordan buat degree.
Abang ni belum jelas bidang yang dia minat. Jadi kami mohon dulu mana yang layak. Tengok pada tawaran yang dapat nanti, barulah buat keputusan.
good luck abang
ReplyDeleteSemoga berjaya Abang...
ReplyDeleteSemoga berjaya menempatkan diri di Darul quran ya abang...
ReplyDeleteGood luck... taple. Boleh apply je dulu
ReplyDeleteMudah2an abang berjaya
ReplyDeleteall the best utk abg
ReplyDeleteSemuga berjaya
ReplyDelete