Bingkisan raya dari Cik Tah
Sampul hijau tu duit raya untuk Ummi.
Dalam bekas Tupperware ada rendang daging, airtangannya. Rendang Daging Negeri Sembilan + Melaka katanya.
Walid berbuka di ofis, join iftar syarikat bersama anak² yatim.
Tak bagi perhatian mása Walid bgtau tu 🙏🏻
Lepas terawih, dapat pula moreh bihun goreng dan kuih seri muka. Pihak committee program tapaukan juga lauk ayam goreng berempah dan kari kambing. Ramai balik lepas Maghrib rasanya, jadi lauk pauk yang lebih tu diagihkan kpd yang stay sampai selesai terawih. Bihun goreng tu kami pakat makan sorang sikit bagi habis sebab dah bercampur dengan sambal dan kuih. Lauk pauk simpan untuk sahur.
Tqsm 🌹
Sampul cantik ni dari CIMB.
Ini dari Kelab Kebajikan & Rekreasi syarikat.
Nasi impit segera tu sesuai sangat dengan suasana nak raya ni kan...
Alhamdulillah rezeki.
Teringat dulu pun ada join kelab rekreasi syarikat....meriah rezeki tu PH. Alhamdulilah
ReplyDeleteCIMB sini warna hijau. Sedapnya rendang tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Macam-macam dapat. Rezeki melimpah-ruah di akhir Ramadan.
ReplyDeleteWahhh..Seronoknya..Alhamdulillah =D
ReplyDeleteRendang ayam masak Negeri Sembilan tuh menggoda sungguh. Alhamdulillah banyak rezeki diterima di minggu terakhir Ramadan ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Meriah betul rezeki yang diterima..
ReplyDeleteBanyak rezeki dapat tu. Kuih la, makanan la, duit raya la. Alhamdulillah
ReplyDeleteNak tau x..sumbangan KSRM tu kan...SA terlupa bawak balik...hahaha..kami semua rasa macam sumbangan BERSAMAMU TV3...Hahahhahaa
ReplyDeletealhamdulillah. murah rezeki anak2 PH dpt duit raya tu
ReplyDelete