Monday, 16 March 2026

Kisah & Menu 26 Ramadhan

Sebelum balik kampung sambut raya, selamatkan dulu bahan² memasak :) Macam kunyit ni kalau dibiar dalam peti ais seminggu, takut benyet. Jadi Ummi sejukbekukan ia. In Sha Allah panjanglah hayatnya. 

Menu sahur semalam Ummi panaskan asam pedas tetel yang Walid beli di Bazar. Gambar takde, lupa  nak ambil. 

Menu berbuka Ummi masak; talapia masak lemak, labu masak kicap, ayam goreng AF dan tauhu sumbat. Tauhu ni beli dekat Nasi Lemak 7E. 

Murtabak Pak Tam tu last la untuk Ramadhan kali ni. Pak Tam dah tutup kedai, nak balik kampung. Bubur Lambuk Atok Man tu tak pasti bila last day beroperasi. Atok kampung sini je... 

Moreh roti jala dan nasi ala² Arab, ayamnya dimasukkan sekali dalam nasi tu. Ada majlis khatam Quran surau, itu yang ada special menu tu... 

Alhamdulillah. 

11 comments:

  1. Iye... Ramai dah last berniaga kan? Jumpa balik tahun depan

    ReplyDelete
  2. Kat tempat saya pun dah ramai tutup gerai awal

    ReplyDelete
  3. Blk ni nk kena tgk la apa2 yg perlu diselamatkan =D

    ReplyDelete
  4. kat tmpt sy ni, ada tu jumaat lps dah tak berniaga lg pada hal ramai yg masih mencari lauk pauk dia

    ReplyDelete
  5. meriah menu berbuka dan moreh..

    ReplyDelete
  6. peniaga pun balik kampung awal nampaknya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah untuk semua nikmat yang allah berikan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...sikit hari je lagi kita semua nak raya...esok SA last kerja..lepas tu cuti..19hb SA nak siapkan bahan2 nak merendang, mana la tau Jumaat plak raya kan..

    ReplyDelete
  9. Oo sejuk bekukan gitu eh.. nak try nak try.

    ReplyDelete
  10. MZ mcm nak try la beku kan bahan2 utk memasak..memang menjadik yer PH? sbb i lom pernah try buat lg

    ReplyDelete