Saturday, 7 March 2026

Kisah & Menu 17 Ramadhan

17 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu. 

Kami ke Aeon Wangsa Maju sekejap, beli baju raya Adik. Hari tu dah beli yang lain. Lepas tu katanya nak yang ini juga, jadi dia kumpul duit nak beli yang ini juga πŸ˜‡ 

Kot ada anak² lepasan SPM nak cari kerja boleh la refer dekat gambar tu πŸ‘†πŸ» Ada kawan U Ummi 2 orang kerja di Aeon ni (dulu Jusco) sampai sekarang masih bersama Aeon ni. Dari trainee dah berpangkat jugalah sekarang ni. 

Sahur pagi tadi goreng nugget, masak sup kepala ikan merah dan sambal goreng. Lauk berbuka semua yilek 😁

Lauk berbuka; ayam masak lemak, pak choy goreng dan ikan pelaling goreng. 

Ummi goreng juga bihun. Ni kiranya balas dendam la... Malam tadi Walid keluar moreh dengan kawan² dia. Ummi pesan bihun goreng. Dibelikan, tapi tak dikejutkan kita. Bangun sahur nampak bekas kosong. Majuk la Ummi pun 😌 
Berbuka hari ni terus kita goreng bihun :)

Ayam gunting Abang beli kot... Nasi goreng Cik Zana bagi. 

Kakak nak juga rasa puding caramel. Ummi bagi resepi, dia buat. Alhamdulillah sedap, kurang manis dari yang Ummi buat hari tu. Good job Tatak 😘

Moreh roti canai malam ni. Depa bawa balik juga air sarsi dan kopi. 

Alhamdulillah. 



13 comments:

  1. terliur tgk sup kepala ikan merah.😊

    ReplyDelete
  2. Dia ingat kita tak boleh goreng sendiri kan bihun tu. Haaha

    ReplyDelete
  3. sedap laa pula tgk bihun tu. kalau ada telur mata lg syokkkk

    ReplyDelete
  4. Nampak bihun rasa nak buat pulak. Sedapnya....

    ReplyDelete
  5. byk2 tu i terliur bihun la plakkk

    ReplyDelete
  6. Bagus juga tu merajuk terus siap beehoon goreng. hehehe

    ReplyDelete
  7. Sikit hari lagi bila adik pun dh ada interest nak masuk dapur, lagi macam2 menu dorang nak explore

    ReplyDelete
  8. Sedapnya..ada hidangan telur kegemaran juga tu makan..

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan bihun. Rumah Cuya memg sejenis tk goreng bihun, tahu beli je hehe

    ReplyDelete
  10. eh ada nugget! lama tak makan, hhehehe

    ReplyDelete
  11. kihkih.. nasib baik Batu Belah jauh dari SG.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya bihun goreng tu. Puding caramel tuh kacak dan tampakπŸ˜‹

    ReplyDelete
  13. Raya tahun ini saya pakai baju apa yang ada dan seadanya sahaja

    ReplyDelete