Tuesday, 24 March 2026

Merewang @ 2 Syawal

Raya kedua Tok Umi jemput keluarga besar Nyang Mat & Nyang Hawa datang beraya. Nyang Mat Nyang Hawa ialah moyang kepada Abang dan adik³nya (ibu & bapa Tok Ayah). Ummi sempat jumpa Nyang Hawa masa hayatnya. Nyang Mat meninggal masa Walid masih di universiti. 

Jumlah tetamu ±70 orang (termasuk keluarga tuan rumah). Info awal katanya nak tempah makanan, tapi end up kena masak sendiri. 
Pengsan! 

Lepas sarapan, marilah merewang....

Gegirls tengah prepare bahan untuk BBQ 

Boys kopek bawang... 

Menu utama bihun sup. Tukang masaknya Mak Lang Yah, sepupu Walid. Ummi dengan Maklong helpers for that day. Majlisnya sebelah malam. 

Dalam masa yang sama, nak kena masak untuk lunch dan layan tetamu datang beraya. Nasi beriani ni Ummi masak. Acarnya Maklong buat. Rezeki saudara Tok Ayah dari Baling; Tok Long Dah sekeluarga. Elok nasi masak, elok depa sampai. 

Hasil airtangan Mak Lang Yah 😋

Menu lain;
Nasi goreng - Maklong goreng sebelanga, Ummi sebelanga 
BBQ - ayam, ikan, cucuk² (yang the girls prepared ) dan udang 
Laksa Siam - ordered dgn kawan Tok Umi 
Sate - by Paklong 
Sosej cheese, buah dll
Air kopi O, sirap dan air kosong 
Kuih muih/ kerepek by Maksu 


Kami pakai baju raya tahun lepas, emerald green tapi dek sibuk layan tetamu dan masing² dah kepenatan tak sempat langsung nak ambil gambar sekeluarga. 






24 comments:

  1. Dah macam katering sendiri ya... semua pun pandai masak, cepat je lah siapnya. Ramai tu yang datang beraya. Tetamu membawa rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goyang lutut haha... Takat masak makan sikit² bolehlah, kalau ramai gini surrender 😅

      Delete
  2. merewang ramai2 okla...rmi juga tetamu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ramai kanak² riang je hehe... Kita yg tak berapa muda ni la kena pulun hihi

      Delete
  3. Masya Allah masak sendiri. Penat tapi puas hati.

    ReplyDelete
  4. Meriahnya berkumpul 70 orang. Masak sendiri memang lebih sedap tetapi itu la ye jenuh memasaknya

    ReplyDelete
  5. Seronok berkumpul beramai-ramai mana orang baharu yang tak kenal tu bolehlah berkenalan. Selamat hari raya PH maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, tapi penat juga sebenarnya haha...

      Delete
  6. Wah!! Meriah menunya.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak joint merewang.

    ReplyDelete
  8. bila ramai yg menolong kerja pun jd cepat walaupun penat

    ReplyDelete
  9. fuhhhh 70 lebih bkmpul ramai tu PH! penat tapi rasa puas hati hehehe

    ReplyDelete
  10. Masya-Allah... meriahnya... tapi mesti penat memasak, sebab ramai.

    ReplyDelete
  11. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin PH

    Seronoknya beraya ramai2, masak ramai2

    ReplyDelete
  12. Seronok merewang ramai- ramai ni...macam- macam telatah ada..

    ReplyDelete
  13. wuish 70 orang tetamu.. tak rasa kaki dah ni melayan tetamu

    ReplyDelete
  14. wah meriah menu. ramai tu tetamunya. tapi masak sendiri seronok juga tu kan, masak ramai ramai

    ReplyDelete
  15. Bila kenduri time raya best sebab sambil kenduri sambil berziarah hari raya. Seronok rewang ramai-ramai ni

    ReplyDelete
  16. sedapnya nasi beriani tu! tiba2 craving la plakkkk

    ReplyDelete
  17. seronok kalau dapat rewang bersama sama di hari raya

    ReplyDelete
  18. Kalau hari tak raya.. mesti anak² serbu kolam tu

    ReplyDelete