Raya kedua Tok Umi jemput keluarga besar Nyang Mat & Nyang Hawa datang beraya. Nyang Mat Nyang Hawa ialah moyang kepada Abang dan adik³nya (ibu & bapa Tok Ayah). Ummi sempat jumpa Nyang Hawa masa hayatnya. Nyang Mat meninggal masa Walid masih di universiti.
Jumlah tetamu ±70 orang (termasuk keluarga tuan rumah). Info awal katanya nak tempah makanan, tapi end up kena masak sendiri.
Pengsan!
Lepas sarapan, marilah merewang....
Menu utama bihun sup. Tukang masaknya Mak Lang Yah, sepupu Walid. Ummi dengan Maklong helpers for that day. Majlisnya sebelah malam.
Dalam masa yang sama, nak kena masak untuk lunch dan layan tetamu datang beraya. Nasi beriani ni Ummi masak. Acarnya Maklong buat. Rezeki saudara Tok Ayah dari Baling; Tok Long Dah sekeluarga. Elok nasi masak, elok depa sampai.
Menu lain;
Nasi goreng - Maklong goreng sebelanga, Ummi sebelanga
BBQ - ayam, ikan, cucuk² (yang the girls prepared ) dan udang
Laksa Siam - ordered dgn kawan Tok Umi
Sate - by Paklong
Sosej cheese, buah dll
Air kopi O, sirap dan air kosong
Kuih muih/ kerepek by Maksu
Kami pakai baju raya tahun lepas, emerald green tapi dek sibuk layan tetamu dan masing² dah kepenatan tak sempat langsung nak ambil gambar sekeluarga.
Dah macam katering sendiri ya... semua pun pandai masak, cepat je lah siapnya. Ramai tu yang datang beraya. Tetamu membawa rezeki.
ReplyDeleteGoyang lutut haha... Takat masak makan sikit² bolehlah, kalau ramai gini surrender 😅
Deletemerewang ramai2 okla...rmi juga tetamu tu
ReplyDeleteYg ramai kanak² riang je hehe... Kita yg tak berapa muda ni la kena pulun hihi
DeleteMasya Allah masak sendiri. Penat tapi puas hati.
ReplyDeleteMujurlah setahun sekali je 🤭
DeleteMeriahnya berkumpul 70 orang. Masak sendiri memang lebih sedap tetapi itu la ye jenuh memasaknya
ReplyDeleteKaki tak jejak lantai dah KSarie 🫣😆
DeleteSeronok berkumpul beramai-ramai mana orang baharu yang tak kenal tu bolehlah berkenalan. Selamat hari raya PH maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSeronok, tapi penat juga sebenarnya haha...
DeleteWah!! Meriah menunya.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteDah lama tak joint merewang.
ReplyDeletebila ramai yg menolong kerja pun jd cepat walaupun penat
ReplyDeletefuhhhh 70 lebih bkmpul ramai tu PH! penat tapi rasa puas hati hehehe
ReplyDeleteMasya-Allah... meriahnya... tapi mesti penat memasak, sebab ramai.
ReplyDeleteSalam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin PH
ReplyDeleteSeronoknya beraya ramai2, masak ramai2
seronok juga merewang ramai2.
ReplyDeleteSeronok merewang ramai- ramai ni...macam- macam telatah ada..
ReplyDeletewuish 70 orang tetamu.. tak rasa kaki dah ni melayan tetamu
ReplyDeletewah meriah menu. ramai tu tetamunya. tapi masak sendiri seronok juga tu kan, masak ramai ramai
ReplyDeleteBila kenduri time raya best sebab sambil kenduri sambil berziarah hari raya. Seronok rewang ramai-ramai ni
ReplyDeletesedapnya nasi beriani tu! tiba2 craving la plakkkk
ReplyDeleteseronok kalau dapat rewang bersama sama di hari raya
ReplyDeleteKalau hari tak raya.. mesti anak² serbu kolam tu
ReplyDelete