Misi menyelamatkan bahan² memasak yang masih berbaki. Semua ni Ummi bersihkan, keringkan kemudian masuk ke dalam ziplock bags sebelum disimpan dalam freezer. Lemon tu hiris nipis, nanti nak guna keluarkan slice by slice.
Walid masih kerja (Khamis). Trafik sesak teruk, melimpah ke Sri Gombak ni. Sampai ofis 9.30 pg, pukul 1.30 ptg boss bagi balik utk sambut raya :)
Sahur pagi tadi hanya panaskan lauk berbuka.
Berbuka pula Ummi buat fish & chips.
Sos tu Ummi letak mayonis + chopped onions + jus lemon + salt & pepper.
Takde nasi sebab kami keluar berbuka di luar. Kononnya esok raya, itu yang keluar tu ...
Kena terawih lagi, dan puasa lagi la kita hehe...
Ummi ordered nasi goreng kampung. Makan ½ tapau separuh. Dah masuk Isyak, tak seronok pulak masih di kedai 😌
Gegirls ordered megi; sorang nak megi goreng, sorang nak megi rebus.
Terima kasih Atok Hj Razak bagi duit raya untuk Abang Angah. Kain pelikat tu Atok kirimkan utk Tok Ayah. Dah berkawan dah dua² atok ni sebab Tok Ayah kalau datang sini mesti solat di surau. Itu yang berkenalan dgn Atok Hj Razak. Selalu bertukar hadiah pulak tu.
Alhamdulillah.
A;hamdulillah dapat tarawih 30 hari
ReplyDeleteDapat la kita berpuasa lagi sehari & buat persiapan akhir untuk sambut raya.
ReplyDeleteHehe mengharapkan raya hari Jumaat sebab balik kampung hari Khamis.
ReplyDeletemmg kita nk raya sabtu compare jumaat...spt dijangka sabtu raya sbb tgk saudi update raya jumaat
ReplyDeleteSaya happy bila raya sabtu. Sebab boleh buat persiapan lebih sikit.
ReplyDeleteBaju raya tu saya teka kaler hijau mint, sekali hijau pekat daa
Wah, dah siap berbuka di luar. Eh, rindu nak makan nasi goreng kampung. 😋
ReplyDeleteSA memang berharap agar raya hari Sabtu sebab SA x ready mental.fizikal..bila raya hari Sabtu..Jumaat tu SA dah santai2 masak...
ReplyDeleteKhamis tu pun sesak ya..
ReplyDeletemasa 29 ramadan tu,MZ dh kat kg ;)
ReplyDelete