Friday, 6 March 2026

Kisah & Menu 16 Ramadhan

Adik cuti (Jumaat) sempena Nuzul Quran. Dia ajak Ummi pergi PASTI dia dulu, nak jumpa cikgu². Rindu katanya. Siap bawah buah tangan; kurma Yayasan Al Bukhary (dia repacked dlm bekas tipuware) dan pound cake beli di Speedmart. Terkejut Cg A, Adik dah nak sama tinggi dengannya hehe ... Cikgunya kecik molek orangnya, memang kena 'potong' lah dengan anak² murid. 

Rasmikan tudung pemberian blogger Tot awal tahun hari tu. Ni otw ambil anak² di asrama. 

Sahur makan lauk leftover je. Berbuka pula meriah sikitlah sebab Angah Kakak balik bermalam. 

Ayam bakar, cili kicap, bayam + kacang panjang goreng telur, asam pedas ikan pari, kerang rebus dan ayam goreng Bazar. Adik nak ayam gunting, takde. Abang belikan ayam goreng. 

Kerang Abang bersihkan elok dah. Tapi masa rebus airnya keruh. Ummi salin air, pun masih sama. Kenapa ye? Ada tips tak rebus kerang bagi jernih airnya. 

Atok Man bagi extra bubur lambuk sebab tahu Angah balik. Terima kasih AM. 

Angah balik mestilah ada moreh. Mee goreng dan air sirap dari surau. Kuih keria Cik Ana bagi. 

Alhamdulillah. 






13 comments:

  1. Dia punya menu sahur, meriah sungguh~
    Rasa bersemangat nak makan sahur.

    ReplyDelete
  2. Ya tengok Adik dah besar panjang. Sekejap masa berlalu.

    ReplyDelete
  3. bila anak2 dpt blik bkumpul, rasa tenang hati ibu dpt tgok smua anak2 dpn mata bbuka & sahur sama2 eehehe

    ReplyDelete
  4. Lama tak masak kerang rebus. Malas nak mencuci tu la.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya anak PH, pergi jumpa cikgu siap bawa buah tangan. Seronok cikgu, anak murid masih ingat kat cikgu.

    ReplyDelete
  6. selalu kalau rebus air kerang tu mmg akan keruh sikit... ada masukkan serai x ms rebus tu?

    ReplyDelete
  7. kerang rebus, MZ letak air tersangat sedikit buat syarat jer...dan kena rebus sgt sekejap tak bg isi dia kecut...so tak de lah sempat nampak air jd keruh ke apa

    ReplyDelete
  8. Samalah.. kerang dah bersih tapi keruh airnya.
    Akak sekarang masak kerang tak bubuh air pun.. just masukkan bawang, halia, serai dan garam. Buka api dan tutup kuali. Nanti air kerang keluar. Bila dah masak akak kaut kerang tanpa ambil airnya.

    ReplyDelete
  9. Lamanya tak makan kerang. Baguihnya adik masih melawat cikgu-cikgu di PASTI. Semoga ukhwahnya berkekalan

    ReplyDelete