Sekejap je dah berlalu 10 terawal bulan Ramadhan kan...
Kawan² Adik nak datang buat tugasan Gerko. Adik kemas beranda. Siap letak goodies dari Langkawi atas setiap kerusi :)
Sahur semalam sambal ikan keli dan leftovers berbuka. Gambar pun tak ambil sebab kalut.
Untuk berbuka, Ummi masak tomyam dan daging goreng + kacang panjang. Sayur pun dah habis, nak kena top up. Tomyam Ummi guna serbuk tomyam Seri Aji. Pertama kali cuba. Sedap kata anak².
Popia inti daging dan dim sum. Dua² ni Kakak request. Selain tu, menu wajib murtabak dan bubur lambuk untuk Walid.
Uishhh..Dimsum tu menarik =)
ReplyDeleteSemua menarik ni...betul tu..kita Cinderella ni mana boleh tido lambat
ReplyDeletearitu kita ada menu dimsum juga tp yg PH ni meriah sbb colorful ..kita punya 1 color je yg kuning baris bawah tu hehe
ReplyDeleteDimsum tu sedapnya...popia pun suka juga....
ReplyDeleteBelum jumpa bubur lambuk lagi ni. Biasa jiran selalu buat dan bagi Cie. Sedap bubur lambuk dia.
ReplyDeletesahur tadi masak tomyam untuk kak M...semalam tak dan, sebab banyak lauk lagi
ReplyDeleteYa Cinderella kena bangun awal buat kerja rumah. Aktiviti padat.
ReplyDeleteSejak puasa ni uncle tak sempat pekena megi goreng lagi....
ReplyDeletemegi goreng tu nmpk menggoda hahahah
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
ReplyDeleteDatang buat sedikit tugasan ..siap dapat goodies lagi tu .. balik dengan tangan tak kosong la
ReplyDeleteWah tomyam seri aji tu sedap ye. Banyak stok ni saya ada. Kena cuba nanti
ReplyDeletesy cari daging goreng kat bazar tp yg dijual tak serupa daging goreng huhu keciwaaaa
ReplyDeleteTerbaca post ini masa siang hari. Ahhh sudah terbunyi pula perut😅
ReplyDelete