Alhamdulillah ada rezeki Ummi turut serta menyantuni Gexxin semasa anak² ni menduduki peperiksaan SPM. Turn Ummi waktu exam subjek Sains tulen la.
Ini masa Paper Kimia (4/12).
Lepas Kertas 1, pihak KSIB akan edarkan air mineral dan bun/roti untuk alas perut. Pihak sekolah hanya benarkan roti/bun sahaja. Itu pun kena tempah dengan koperasi sekolah atau kantin untuk mengelakkan risiko keracunan makanan dsbnya. Air mineral pun disediakan, free flow.
Ini Ummi bertugas masa Paper Fizik 8/12. Floss bun menu untuk hari ni. Murid² kelas pure science ni seramai 56 orang saja (2 kelas).
Masa Paper Bio (10/12) Ummi tak dapat hadir. Ada majlis anugerah di SRAI.
Ini masa paper Add Math (15/12) semalam. Ada parent sponsor mini sosej bun. Dapat 2 jenis bun la semalam. Kali ni 86 orang, sekali dengan students kelas akaun.
Sebelum masuk dewan exam, depa berkumpul di luar dewan untuk bacaan doa. Semalam turn Sheikh Abang baca doa.
Bila anak² masuk dalam dewan peperiksaan, ibu² berkumpul di surau. Ada yang solat hajat, ada yang baca Yasin...
Alhamdulillah selesai dah tugasan Ummi. In Sha Allah 23/12 nanti Paper BA, last paper for SPM 2025. Semua ibu ayah turun rasanya sebab nak jemput anak² balik rumah for good. Sedih la pulak 🥹

Semoga dipermudahkan adik2 exam. Result cemerlang aamin
ReplyDeletekenapa laa zaman sy amik spm x mcm ni...😁
ReplyDeleteooo 23/12 yer last paper...moga2 kejayaan mengiringi anak2 kita semua..aamiin
ReplyDeleteMeriahnya macam2 makanan ada. Sekejap je dah nak habis paper. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang!
ReplyDeleteJaman SPM dahulu kala, takdelah dapat makan2 macam ni.
ReplyDeleteKuih bun yang sangat lazat tu..alhamdulillah pilihan mana yang kita nak saja kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki anak-anak exam. Semuga semuanya dapat menjawab soalan exam dengan cemerlang. Aamin
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki anak anak semua.. Perut tak kosong nak jawab exam..
ReplyDeleteSemoga cemerlang semua student2 Gexxin....
ReplyDeletesedap nampak roti tu. nyumss. good luck anak anak
ReplyDeleteUntung budak-budak ambil SPM itu makan dan minum terjaga.
ReplyDeleteMewah rezeki mereka yang exam ya....Alhamdulilah. Dulu bila Dania masuk dewan je. Ummi tak nak duduk sekolah dah...ummi cari ketenangan kat masjid hijau bangi tu. Buat apa yang patut kat situ. Kalau masih kat sekolah ummi Dania ni berdebar teruk. Ikutkan ada je surau terdekat tapi sebab ummi Dania familiar dengan masjid hijau jadi bawa diri ke situ.
ReplyDeletetengok anak2 yang dah habis exam isnin lepas sebak rasa dada,terbayang anak sendiri nnt..sekejap je diaorang ni dah nak masuk alam dewasa
ReplyDeleterezeki betul mak ayah bacakan yasin.. semoga kalian beroleh kejayaan ya
ReplyDeleteSulaiman sudah merdeka semalam. Itu la. Saya rasa macam mimpi pula, anak dah habis sekolah.
ReplyDeleteSekolah Kyra tak dibenarkan ada ibu bapa yang hadir pada awalnya. Tuptup sekolah dpt “lawatan mengejut” dr org Kementerian sbb ada parents yang tak bersetuju hantar surat protes ke kementerian. Huhuhu.
ReplyDeleteTadi pun kakak ada cakap anak buah last paper BA 23hb... minggu depanlah baru balik. Sekolah Wafi hari ni F5 ada penyerahan anak².. bolehlah back for good.
ReplyDelete