Hari ni gegirls cuti extra sempena Maulidur Rasul esok. Sekolah JAIS selalu ambil cuti extra sempena hari kelepasan am, terutamanya bila hari cuti umum tu jatuh pada hari Jumaat atau Selasa. Cuti kapit.
Jam dah menunjukkan hampir pukul 4 ptg.
Di luar hujan turun mencurah², sejak sejam yang lalu. Perut mula berkeroncong minta diisi. Ummi skipped lunch itu yang terasa lapar tu.
Sambil menumis cili di satu tungku, satu tungku lagi goreng cucur sayur. Ada yang panggil bakwan. Resepi masih sama dari dapur LM, yang pernah Ummi guna sebelum ni. Kali ni Ummi tambah serbuk kunyit sikit, untuk warna cucur lebih menarik.
Nampak sedap pulak cucur sayur tu. Lipis pun hujan lebat petang tadi.
ReplyDeleteHujan² memang sedaplah makan apa pun kan Cie...
DeleteTengok post ni lepas Dinner. Nampak sedap ni PH. Memang peminat cucur pun.
ReplyDeleteMujur dah dinner ye Ezna :3
DeleteRangup tu kalau kunyah mesti bunyi kruk krak kruk krak
ReplyDeleteTepat sekali Uncle :3
Deletehujan² di petang hari memang syok makan cucur panas²..
ReplyDeleteIye Ily, nak² regu dgn Teh @ kopi panas 😋
DeleteBestnya ada cuti extra. Boleh rehat lama sikit kan. Wah, sedapnya bakwan. Cicah pulak tu dengan sambal tumis. Buat perut lapar ni kak.
ReplyDeleteUmmi pun seronok, tak yah keluar menyupir :3
Deletesedap tu bakwan... sekolah kat sini cuti tiga hari je...
ReplyDeleteSK sini pun cuti 3 hari, sekolah KAFA/SRA je 4 hari.
Deleteteringat bakwan teringat arwah mak...fav arwah ni...lama dah x buat
ReplyDeleteMemang ngamlah makan goreng-gorengan dikala cuaca dingin.
ReplyDeletetgk gambar je dah tau rangup sgt niiii fuhhh
ReplyDeleteterliurnyaaaa
ReplyDeleteSukaaaa sangat saya dengan bakwan ini. Bakwan, udang, bakwan sayur, bakwan jagung, semua jenis cucur atau bakwan lah 😍😍😁. Tapi tuhlah, malas masak nya, sebab mesti digoreng. Beberapa teman masak pakai airfryer. Tp bentuk dan rasa memang tidak sama sedap kalau di goreng minyak 😅
ReplyDelete