Tauge hijau atau pucuk tauge ni sedap dibuat sayur. Tauge ni dari biji kacang pis (peas). Tauge biasa yang putih tu dari kacang hijau manakala tauge kasar @ yang gemuk² tu dari kacang soya. Ummi kurang gemar tauge kasar ni, saiznya tu besar² tak berapa reti nak makan.
Pea sprout ni topinya warna coklat, besar sikitlah kacangnya tu, berbanding kacang hijau.
Ummi goreng kilas (stir fry) je sebab sayur gini masak sekejap je baru sedap. Bila makan biar ada rasa crunchy sikit.
Malam tadi Ummi kukus ikan cencaru, kemudian kukus tauge hijau ni bagi lembut sikit kemudian siramkan dengan kuah. Kuahnya Ummi tumis bawang besar, halia dan cili. Kemudian masukkan sos tiram dan air. Anak² suka makanan berkuah jadi kenalah buat kuah. Kalau tak nak kuah, boleh buat garlic oil. Siram atas ikan tu, sedap juga.
Ini pula untuk sarapan pagi Ahad. Ummi letak tauge hijau dalam Mee Goreng. Pun sedap juga, macam kita letak sayur hijau lain.
Ummi ni asalkan tauge (kecuali tauge kasar), Ummi suka. Masaklah apa pun, makan je. Tapi, anak #2 dgn #4 tu dengan tauge ni macam musuh ketat 😂
Sanggup depa sisihkan satu persatu tauge tu.
Ramai je yang macam tu kan :,p
tgh viral tauge ni.. he he he..betul tauge hijau ni goreng kejab je sedap dap..kalau lama2 .. nanti lembik..
ReplyDeletemorning sis!! lama x jenjalan sini :-)
Bila lembik jadi liat sikit kan MA.
DeleteTq² singgah 🌹
nieyl kalau pergi pasaraya, nampak je Tauge Hijau @ Pea Sprout ni memang nieyl akan beli, nieyl sukaaa...sedap
ReplyDeleteSedapkan makan sayur hijau² ni Nieyl kan
Deletex jumpa lagi tauge mcm ni...ker x nampak...
ReplyDeleteBiasanya dah siap pack kalau di supermarket tu Sueann
DeleteSA suka pea sprout ni...goreng campur udang...uiiii best giler
ReplyDeleteAah SA. Campur dgn udang memang asyikkkkkk 😁
DeleteTaugeh dimana-mana sekarang. Hot issue yang sedang melanda media sosial. hihi..
ReplyDeleteSaya suka pucuk tauge ni. Tumis ratah je pun dah sedap. Kadang letak dalam maggi kari campur kimchi ala ala kimchi jjagae gitu. Jarang jumpa jenis gemuk² macam ni. Biasa kurus sikit. Apa jenis taugeh pun saya suka, sedap makan rangup².
Tu la kebetulan pulak 😅
DeleteAkk pernah beli yg panjang sikit, liat pulak bila masak. Yg ni pendek sikit, senang nak kunyah
sedap juga ni rangup rasanya kan, lama dah kak ana tak masak :)
ReplyDeleteYe Kak Ana, tapi kalau masak lama macam liat sikit kan
DeleteSaya pernah makan yang ni. Tapi rasa tercekik sikit.
ReplyDeleteDia kenyal sikit kan banding dgn tauge putih yg lebih rangup tu.
Deleteanak-anak memang tak makan sayur..itu je kesimpulannya.. hahha...tapi, abang mueez suka tauge putih tu..kalau goreng, meratah lah dengan linda
ReplyDeleteBagusnya Abg Mueez 👍🏻
DeleteBoleh geng dgn Abang & Kakak, suka sayur.
saya suka la vege2 hijau gini
ReplyDeleteSame here MZ :)
Deletetengok menu PH, teringat zamant BF. sprout ni zaman breastfeeding harus hari-hari jadi santapan kak mieja...
ReplyDeleteerkkk tauge biasa pun saya tak suka, yg hijau ni kirim salam duluu xD
ReplyDeleteSha suka tauge hijau ini.. Selalu goreng dengan udang..
ReplyDeleteletak fishball pun sedap juga tu... laju bertambah nasi kalau judu dgn ikan gelama goreng fuhhh
ReplyDeleteTaugeh dari kacang soya tu akak tak berapa gemar.. tak tau kenapa kalau makan boleh pening.. mungkin kacang dia banyak sangat kot
ReplyDeleteSaya baru tahu ada tauge hijau ini 😍😍😍😍. Tak pernah lihat kak. Selama ini yg putih saja. Yg tauge kasar tuh pun tak tahu. Saya tiap belanja ke pasar, pakai personal asisten jadi memang dia yg pilih, sesuai yg saya pesan. Tapi rasa2nya tauge hijau atau kasar ini memang tak ada lah dj pasar. Mungkin saya harus lihat di supermarket yg besar.
ReplyDeleteTapi kan saya ingat waktu kecil saya tak pernah suka tauge. Bagi saya memang tak sedap.
Anehnya, saat dah besar, dah kerja, saya jadi suka... 😅. Mungkin anak2 kakak juga akan begitu. Biasanya semakin besar, kita jadi suka dengan sayur
Peminat tauge hadir 🙋🏻♀️
ReplyDeleteSaya pulak suka tauge goreng ikan masin yu. Sedapnya! 🤤
Saya ni, dah berusia, memang sayur begini kegemaran, kurang sebenarnya makan daging2 ni ..cedok gula pun dah tak pernag, minum air putih banyak..tapi anak belanja ke restoran ada juga minum tea ke , nescaffe..sedapnya sayur tu dek..
ReplyDelete