Tiba² isteri Abg Anas, Kak Syuhada call nak datang rumah.
Otw Maksu
Ah sudah, Maksunya ni dah la sibuk pagi ni 😅
Ummi suruh Walid beli roti canai Pak Tam la, sebab baru pukul 11 pg. Tapi sementara dok menunggu tu masak juga nasi. Kot sampai tengahari, terus jamu nasi la kan. Tapi lauk sekadarnya je la. Ummi plan nak ke kedai top up barang basah, dah depa nak mai cancel la plan. Jalan pun dah mula sesak, sampai Bulatan Batu Caves sana dengarnya sebab jumlah kenderaan menuju ke Tol Gombak berganda² jumlahnya.
Tunggu punya tunggu, orang dah bang Zohor depa baru sampai :)
2 jam dari Sentul ke SG!
Salah timing la mai rumah kami time long weekend/cuti sekolah ni. Terpaksalah hadap jammed juga. Tapi cuti sekolah macam ni barulah depa pun mai KL.Last depa datang tahun lepas.
Tapi dengarnya mana² tempat pun jammed teruk ye. Ada kawan nak balik Jitra, 17 jam belum nampak signboard Jitra lagi. Yang dari Selangor nak ke Pulau Langkawi pun dengarnya sampai di Kuala Perlis dah terlepas bot. Bot Langkawi mana ada beroperasi waktu malam. Semoga dipermudahkan urusan semua ye 🤲🏻
Gambar terbaru cucu³ saudara... Darjah 4, darjah 1 dan setahun lebih. Ummi first time jumpa cucu yang setahun lebih ni. Tengok gambar masa baby ja sebelum ni. Dah boleh berjalan dah dia.
Terima kasih bertandang. Nanti mai lagi. Habaq awai Toksu masak sedap² 🤗
Tu la, jalan dalam KL je yg tak jem. Semalam anak2 dapat jemputan ke birthday party dekat Melawati Mall, dari Sentul ke Melawati Mall je sejam! Sedangkan biasanya dalam 15 minit je sampai. Penangan semua org nak keluar KL balik kampung / jalan2 cuti sekolah.
ReplyDeleteDouble triple jadinya masa tu kan. Kami mmg tak keluar dari SG sbb dah tahu dah mesti heavy traffic
DeleteTau takpe... uncle pun tersangkut jem juga! Orang keluar sarang!
ReplyDeleteUncle gi mana? Kami duduk rumah, bagi chance orang balik kampung 🤭
DeleteMasya-Allah, teruk juga jem jalan ye, musim cuti ni. Saya perasan jumlah kenderaan pun bertambah di tempat saya. Seronok dapat layan cucu² sedara ya, PH.
ReplyDeleteTeruk, macam nak balik raya dengarnya Nur.
DeleteCucu tak nak dekat nenek sedara, dia nak dengan Maksu dia (Adik) je :D
Mesti special ni PH masak untuk cucu² sedara terutama yg 1st time jumpa tu. Tapi kesiannya 2 jam untuk perjalanan yg dekat sahaja. Banyak masa terbazir di jalanan. Ampang ke PT Gombak tu lagi laaaa. Gara² jammed ni la majlis pertunangan anak saudara sy semalam terlewat 2 jam tau, PH.
ReplyDeleteMemang jam teruk semalam. Kelas Abang sepatutnya mula 8 pg pun lewat sejam sebab cikgu tersangkut dalam traffic jam :( mujurlah kami awal² dah ambil jalan selamat, join secara online je sbb tahu dah SG ni akan kena tempiasnya bila cuti panjang gini
DeleteMusim jem ni tak boleh elak memang jalan sesak sana sini. Bertabah la yang bercuti tu.
ReplyDeleteCuti berganda² ni gitu lah keadaan jalan raya.
ReplyDeleteKakak saya balik kg mertua dia kat langkawi, feri penuh katanya. Pantai timur jangan cakaplah, mmng jammed manjang. Ni KL ni pun jem jugak sbb tgh berlangsung event keretapi sarong
ReplyDeleteBertabahlah kalau jem tu kan. Yang penting selamat sampai. Tetamu datang kita get ready seadanya je lah. Kalau sampai pagi, jamu ini. Kalau sampai tengahari jamu itu. Begitulah...ikut kesesuaian.
ReplyDeleteTu lah kita orang pi pantai timur itinary jalan pun dah berubah arah sebab dek jem.
ReplyDeletememang jem teruk masa sabtu ahad awal2 cuti sek tu
ReplyDelete