Alhamdulillah, cucu saudara Ummi bertambah lagi 2 orang; Irsa (2.4.2024) dan Umaira (9.5.2024). Insha Allah bulan 10 nanti bakal lahir seorang lagi.
Setakat ni dah berbelas orang dah cucu saudara Ummi. Paklong dan Makngah dah jadi datuk dan nenek, makanya secara automatik Ummi pun naik pangkatlah :D Jarak umur antara Makngah (anak ke-2) dan arwah Pakcik (anak ke-3)16 tahun, jauh kan? Beza umur Ummi (bongsu) dgn Paklong pula 20 thn lebih, macam anak dan bapa. Sebab tu Ummi lebih rapat dengan arwah Pakcik, kami hampir sebaya.
Anak saudara Ummi yang sulong pula hanya muda 4 tahun dari Ummi. Sebab tu juga Ummi ramai cucu saudara. Nama penuh cucu² saudara ni memang tak ingat haha... Nama pulak semuanya panjang², at least 3 perkataan setiap seorang. Jenuh Toksu nak hafal haha...
10.5.2024 pula Mama Rizqy bersalin. Girl juga. Adik excited pergi hantar hamper ke rumah Atok Rizqy :) Yang Rizqy pula excited bukak hamper adik dia 😆
23.5.2024 lahir lagi seorang bayi. This one boy...
Semoga semuanya membesar dengan baik, dalam lindungan-Nya selalu hendaknya 🤲
Wah...tahniah PH dah naik pangkat..SA pun sama...dah naik pangkat ke nenek dah...dah ada 4 cucu sedara sebelah Pak Zain...sama- sama...peria banyak sampa tak termakan..panjang- panjangkan sedekah pada kawan- kawan...
ReplyDeleteramai cucu sedara baru...tahniah
ReplyDeletetahniahhhhh!!
ReplyDeletebanyak betul beza usia PH dan along. memang dari seibu seayah ke?
ReplyDeleteammi kalau belah arwah mama, sekarang ni dah pangkat moyang dah. Ammi ada anak saudara yang sebaya ammi dan anaknya dahpun melahirkan 2-3 tahun lepas. tapi tak pernah pun lagi jumpa cicitnya tu
Ya Ammi, kami seibu seayah 😁
DeleteArwah Mak & Pak dulu kawin awal; mak umur 15 tahun. Orang dulu² kan...
Alhamdulillah, bertambah ahli keluarganya. Semoga membesar comel dan sihat nanti dan sihat juga ibunya berpantang.
ReplyDeleteAameen. Alhamdulillah, tahniah sis ada ramai cucu, suka baby umur beza dengan abang ya sis, betkawan dengan anak saudara ya. Moga semua dirahmat Allah hendaknya
ReplyDeletewaahh tahniah PH! meriah rumah ramai cucu hehehe
ReplyDeleteselalu memang begitu lah...macam suami linda cucu sulung, baya2 maksu dia je...jadi sepupu2 dia semua baru 20an...sepupu paling kecik, sebaya anak sulung sendiri...hihihi
ReplyDeletetahniah! ramai dh cucu saudara.. hihi.
ReplyDeletesemoga baby2 membesar dengan sihat..
Bertambah lagi umat Nabi Muhammad....alhamdulilah. Suka beli hadiah baby ni sebab semua comel2. Kita pulak yg rambang mata.
ReplyDeleteOrang zaman dulu karena memang tak membatasi anak, dan biasanya jauuh jarak antara anak 1 dan trakhir, jadi wajar yg skr ini dah banyak punya cucu 😁. Sama juga seperti saya kak. Krn mama anak bungsu dari 12 saudara, dan jarak dia ke Abang pertama 20 tahun, jadinya saya dah banyak punya cucu saudara 😅. Krn keponakan saya rata2 sebaya dengan saya usianya 😁
ReplyDeleteAlhamdulillah bertambah umat Nabi Muhammad SAW di muka bumi ni. Tahniah atas kehadiran cucu saudara baru PH 🌸
ReplyDeleteAlhamdulillah bertambah tambah ahli keluarga.. semoga membesar dgn baik :D
ReplyDelete