Hari ni 15.9 'cuti PMX bagi' :D
Hujan awal pagi. Terjaga sekitar jam 3 pg, dengar titisan hujan yang agak lebat di luar. Hujan berterusan hingga ke pagi. Seronok kalau hujan di hari cuti. Boleh tarik selimut lama sikit. Makanya lewat sikitlah bersarapan hari ni.
Roti gandum ni Ummi beli di Village Grocer, Melawati Mall semalam. Roti putih tinggal beberapa keping, mujur ada roti gandum ni. Kenyang betul walaupun makan seketul je.
Lepas tu dia sagat butter + susu pekat, nak buat Pisang Goreng Cheese ala Abang Kantin sekolah dia. Cheese takde, butter pun bolehlah hihi... Sedap juga hasilnya. Selalu depa tak berapa suka pisang goreng, tapi kali ni habis makan bila dibuat begini.
Pisang Tanduk ni pemberian Atok Rizqy. Panjang buahnya. Lama juga Ummi simpan, bagi masak elok dan tunggu anak² asrama balik untuk sama² nikmati hasil kebun Atok Rizqy ni.
Sedap, pekat elok.
Angah ni memang kami train dia in charge bab air. Kalau tetamu datang pun dialah tukang sediakan air, cawan dsbnya.
Dinosaur sebab rupa macam²; ada yang bertanduk, ada yang besar ada kecik macam² hehe...
Itu sikit ini sikit alhamdulillah kenyang.
Macam-macam menu air tangan keluarga :)
ReplyDeleteSekali sekala bergotong -royong di dapur, keluarlah hasil masakan masing2 :D
DeleteAlhamdulillah..bagus semua bekerjasama buat sarapan pg..
ReplyDeleteSapa tak masak, tak leh makan ahaha
DeleteAlhamdulillah. MasyaAllah tabarakallah.. Seronoknya semua pandai masuk dapur.
ReplyDeleteKerahan tenaga hihi
DeleteAlhamdulillah. MasyaAllah tabarakallah.. Seronoknya semua pandai masuk dapur.
ReplyDeleteSeronoknya aktiviti anak-beranak di dapur š macam2 menu terhidang utk sarapan pagi.
ReplyDeleteSekali sekala sis... Lapar pun iye, kenalah semua tolong cepat sikit bole makan š
DeleteDua hari cuti ni hujan berturut-turut awal pagi. Sejuk bangun subuh. Wahh seronoknya macam-macam menu ada. Masing-masing bagi sumbangan tenaga siapkan sarapan.
ReplyDeleteMujur cuti, boleh lengah² sikit nikmati pagi yg nyaman dan sejuk hujan tu . Kalau hari sekolah @ kerja nak tak nak kena tolak selimut ke tepi š
Deletewarghhh fav sy tu pisang tanduk. kalau goreng boleh mkn berkeping2š
ReplyDeleteBetul, Pisang Tanduk goreng mmg sedap. Nak² hujan pulak, layannnn
Deletemcm2 menu tu ..meriah
ReplyDeleteBagusnya semua menghasilkan menu sarapan. Bila bergabung macam2 menu la ada. Meriah.
ReplyDeleteSeronok masak dan makan dengan anak2 kan.
ReplyDeletewah seronoknya bila anak-anak jadi chef. Hebat-hebat semuanya
ReplyDeletebesar sungguh pisang tanduk tu yer
ReplyDeletealhamdulillah..makan ramai2..mcm2 menu ada kan
ammi sekarang ni dok train Alip buat air. Sarapan pagi memang tugas dia buat air dan sediakan cawan semua. Gula tertumpah pun sila selesaikan bahagian awak.
ReplyDeletemeriahnya bekfes..
ReplyDeletepandainya angah goreng pisang.. wafi ni masih takut-takut dengan api.
Duuuuh roti gandumnya saya sukaaaa yg seperti itu kak, masih banyak terlihat bijirinnya ššš. Memang confirm yg begini lah yg sehat dan bikin kenyang
ReplyDeleteSeronok berkumpul ramai2...rumah SA je sunyi...adik no 3 warded sbb thyroid dia tu...adik bongsu balik perlis, yg 2 lagi x balik...ada la hal kot...
ReplyDeletesedap2 belaka juadah homecoooked
ReplyDelete